Semalam di Metro, katanya haram.
JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mungkin mengharamkan pengambilan kopi paling mahal di dunia - dikenali sebagai kopi luwak - yang dihasilkan daripada biji kopi keluar bersama najis musang.
Pemangku ketua MUI, Maruf Amien, berkata tahap kebersihan kopi itu diragukan selepas biji kopi itu dimakan musang dan terhadam di usus haiwan itu seketika sebelum dibuang sebagai najis.Disebabkan rasanya yang lazat, kadang-kadang harga pasaran bagi kopi luwak boleh mencecah RM1,419 sekilogram.
Kata Maruf, sepatutnya tiada masalah dengan fatwa yang akan dikeluarkan itu.
“Jika petani membersihkan terlebih dulu biji kopi berkenaan sebelum ia dikisar, maka ketika itu ia halal,” katanya. - AP
[Link]
Eh, alih alih hari ini katanya enggak haram pulak. Ini petikan Metro hari ini:
JAKARTA: Badan Tinggi Agama Islam di Indonesia, semalam membatalkan cadangan untuk mengharamkan minuman kopi termahal di dunia yang dihasilkan daripada najis musang.
Sebelum ini badan berkenaan bercadang mengeluarkan fatwa bagi mengharamkan umat Islam negara itu meminum sejenis kopi yang diperbuat daripada biji kopi yang terhasil daripada najis musang. “Selepas perbincangan, MUI memutuskan tidak haram untuk umat Islam Indonesia meminum kopi Luwak,” kata Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Ma’ruf Amien dalam satu sidang media.
“Tidak haram kerana yang penting anda perlu mencuci biji kopi berkenaan bagi membersihkan najis musang itu,” katanya.
Kopi Luwak terhasil apabila biji kopi yang ranum dimakan musang terlebih dahulu sebelum dicernakan haiwan itu dan najisnya kemudian dipanggang.
Menurut Persatuan pengeluar kopi Indonesia, biji kopi Luwak dijual pada harga AS$500 (RM1,600) setiap kilogram (kg) dan hanya 200kg dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia. - AFP
Tu dia mahal gila kopi tu kau. Kalau setakat kerja macam posmen ni, mimpi ler nak minum kopi taik musang ni. Kopi kapal api pun dah cukup bagus ye dak.
Ini kejap haram kejap halal ni mesti ramai duk push MU indonesia ni, maklumlah penggemar kopi ini mestilah dari kalangan orang-orang kenamaan (kot).
Mari kita berkenalan dengan kopi termahal di dunia ni. Ini posmen dapat daripada email.
Ini salah satu jenama kopi Luwak dari Thai
Ini pun sama, cuba cari kat Carefour ada tak. (Filipina)
Ini salah seekor staff di kilang kopi. Kiut gile. Patutla sedap.
Menatam kiut ini nama dia Civet. Nak kata musang, bukan musang pulut la. Musang pulut pemalas, nak harapkan dia buat keje-keje ni semua mmg takkan jalan.
Only the best fruit for the best taste... I mean, for the Civet lunch...
"Pilih yang elok2 ya makcik... tak cukup masak I reject." kata Civet.
Kimberlly in action. Ya, nama Civet tu Kimberlly.
Lunch time!!
Berak time!!
Berak time!!
Coffee time. Uhh...
Dekat sinilah penentu semua hukum. Apakah kopi ini halal atau haram. Ya, basuh atau tidak? Kalau basuh makanya halal ia sebab ia sudah bersih. Semua tahu biji itu tak terhadamkan, jadi keluar ia ketul-ketul sebagai tahi. Taharahkan tahi, tinggal biji. Okey pe? Halal kan?
Jadi haram kalau tak basuh. Oh ya, kalau tak basuh lagi sedap ke? Uweeekkk...
Seorang budak show off.
Itu saja dari posmen. Kalau anak-anak sekalian mahu minum kopi taik musang, sila check kat belakang dia ada cakap dia basuh ke tidak taik musang tu.
No comments:
Post a Comment