Kategori Beruk

Showing posts with label Breaking News. Show all posts
Showing posts with label Breaking News. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Perempuan terjun bunuh diri lepas hiris kepala suami pakai pisau. [breaking]

Qie Jian Min jatuh dari tingkat 5
BREAKING NEWS - George Town, Penang: Semalam. Qie Jian Min, 37, yang selalu dipukul suami dia, kali ini melawan... dengan pisau. Ketika bergaduh semalam, dia ambil pisau dan menghiris tangan dan kepala suami dia, Ang Sea Hin, 44, sebelum Qie Jian Min bertindak nekad membunuh diri terjun dari tingkat 5.

Terjun atau... hmm... Qie Jian Min ditemui mati di kaki apartment. 

Mereka berdua adalah warga China.

Qie Jian Mie pernah tiga kali keguguran sebelum ini. Ahad lepas wanita malang itu pernah bertanya kepada sekuriti apartment, kat mana balai polis terdekat untuk dia repot suami dia selalu pukul dia. Pak Guard pun beritahu balai polis terdekat. Dan sekitar tengah malam, jiran-jiran selalu dengar wanita itu melolong minta tolong. Pergaduhan pasangan itu lebih kerap selepas setahun lepas wanita itu keguguran buat kali ketiga.

Ang Sea di hospital
Polis klasifikasi kematian itu sebagai mati mengejut, dan menyerahkan kepada kedutaan China untuk tindakan selanjutnya. (sumber)

Seram gila kalau ada bini sakit mental macam ni. Sekali dia pegang pisau, memang nahas ler.



Friday, February 17, 2012

David Choe, sudah kaya, bekas kenalannya tawar khidmat seks oral berharga RM6juta. [breaking]

BREAKING NEWS - Somewhere: David Choe, 35, grafitti master yang melukis seni grafitti bernilai RM600,300,000 di pejabat Facebook, telah ditawarkan khidmat seks oral oleh seorang perempuan.

Tawaran itu berbentuk servis seks oral setiap hari untuk seumur hidup, pada harga RM6juta.

Choe sudah tak bercakap dengan perempuan murah mulut bangkai itu semenjak lima tahun lepas, ketika itu dia tidak kaya. Tetapi selepas penyenaraian Facebook di KLSE yg menyaksikan saham Choe dibacakan berjumlah $200 juta, perempuan itu sms Choe kembali mahu beri khidmat meloyakan.

Jika tawaran itu diterima dan jika Choe hidup sehingga umur 70, harga seks oral itu akan berharga RM470 sehari. Di bukit bintang, untuk RM470, Choe boleh dapat perempuan yang jauh lebih cerdik. (sumber)

Thursday, February 16, 2012

Rokok elektrik untuk berhenti merokok meletup dalam mulut, muka terbakar, gigi berterabur. [breaking]

EXPLODING NEWS - Florida, US: Tom Holloway, 57, terbakar mukanya dan rongak gigi depannya apabila rokok elektrik yang dia hisap dalam usaha berhenti merokok... kebaaboommm!... meletup.

Ketua balai bomba North Bay berkata, siasatan menunjukkan bateri kepada rokok elektrik itu telah meletup ketika lelaki malang itu melayan rokok palsunya. Ia ibarat sepuntung roket yang dilancarkan dari bibir Tom Holloway. Bukan setakat gigi kapak, Tom juga kehilangan sebahagian dari lidahnya.

Pihak polis masih menyiasat brand rokok yang digunakan Tom. Harapkan rokok elektrik boleh hentikan tabiat merokok tar, tapi meletup pula rokok elektrik itu. Kesian Tom. Rongak dia. (sumber)

Thursday, February 09, 2012

Conan dan Rambo, terserempak dalam hospital [breaking]

BREAKING BREAKING LITTLE STARS, RAMBO RAMBOO RAMBA - Hospital: That's how one fucks his own blog. Siapa tak mengenali CONAN dan RAMBO? Gampang!

Ini.


Zaman 80-an, ini hero kegilaan bebudak, kegeraman gegirlss. Semalam, tanpa sengaja hero tua ini terserempak di hospital. Masing-masing cedera selepas aksi stunt. Atau cover line. Gila nak cakap dekat press Rambo masuk hospital sebab jatuh tangga?


"Still good buddy?"
"Peace..."


Tuesday, February 07, 2012

Bebiri Jantan dan Rusa betina akan berkahwin di Zoo Yunnan sempena Valentine [breaking]


 

BREAKING NEWS - China: Untuk promote kahwin campur antara kaum, sempena hari kekasih Zoo Yunnan akan mengadakan perkahwinan antara bebiri Jantan dan Rusa betina yang sebelum ini telah disahkan bercinta. 
Pihak zoo berpendapat perkahwinan luarbiasa ini akan memberi mesej kepada manusia untuk kawin campur. Masalahnya, ini dah lain spisis. Risau juga kalau ada manusia nanti mahu kahwin sama spisis anjing atau beruk.

Tapi, bebiri dan rusa ini memang awesome, against all odd. Bagi anda yang belum dengar cerita pelik zoo Yunnan ini, post kami sebelum ini menceritakan segalanya. (sumber)

Friday, February 03, 2012

Parlimen Malaysia akan dibubarkan dalam minggu depan. Menurut status FB Husam Musa, juga komen-komen yg menarik. [breaking]


Ini status Hj Husam Musa sejam lepas. Dan kami copy paste komen-komen menarik untuk panduan korang nanti nak pangkah sapa.

Hayazi Hamid Bn menang jika rakyat bodo,

PaPa's Batrisyia duit yang kerajaan keluarkan adalah duit dr rakyat......cukai pendapatan....cukai tanah.....cukai perkhidmatan.......duti eksport.....cvukai rokok.......cukai syarikat.......
 

Chung Hee duit parti umno..... depe kata....

Alanda Huda BR1M ke,SARA ke..tu suma mainan politik..mintak2 jgn la ade yg goyang..kalau dpt tu rezeki,dan duduk kat malaysia,x kirala kau UMNO ke,kau PAS ke,DAP ke..sume kena bayar cukai..so,org PAS,ke DAP ke,kalau dah layak dapat..itu hak diaaa..jgn nak manipulate ye puak2 UMNO anggap Najib tu baik sangat...!

Halimi Naharawi ‎1. Pasti anda layak mengundi
2. Pastikan anda pergi mengundi
3. Pastikan anda pilih satu masa mengundi.
4. Pastikan anda pangkah PR masa mngundi
5. Pastikan anda masukan undian dlm peti undi
6. Pastikan anda berdoa supaya undian anda d kira.
7. Pastikan anda masih ada untuk mndgar kputusan pilihan raya 2012.

Alanda Huda whatever is hassan ali keluar statement,keluar PAS ,begolak mcmanepun PAS tu,saye tetap say NO tu BN..mcmla UMNO tu tulus mulus sangat..! ade masalah dalaman gak diowg ni sebenarnye,TV3suku saje xnak kluar kan..soo biased!

Muhammad Ridzuan temberang.

Encik Mzmj contohilah rakyat jepun.....rakyat mereka berani je tukar kerajaan walaupun kerajaan tuh dah memerintah setengah abad dan membawa jepun menjadi negara maju...kita mesti mencari yg terbaik di antara yg terbaik.....

Mohamad Isa Mohd Yassin Daripada semua yg pasti,,,,.. BN juga yang dipilih semula olih rakyat malaysia.... Maka PAS talkinkan PKR..dan PKR talkinkan PAS.....dan tamatlah sebuah impian...


Thursday, February 02, 2012

Bloody pig. Vietnam, Festival mengerat babi hidup-hidup hingga putus dua. [breaking][15scary pig pics]

The level of a nation’s civilization can be judged by how it treats its animals.

BREAKING PIGS - Vietnam: Only in vietnam. 28 Januari, penduduk kampung Nem Thuong di Vietnam akan menyambut pesta memperingati abad ke 13 anti imperial general Doan Thuong. Duon Thuong dianggap seolah tuhan oleh si penduduk.

Jadi, babi-babi pasti akan bertanya, apa kaitan perayaan kau orang itu dengan aku? Mengapa aku dipotong dua hidup2? Shit!

Yep, during that particular day, mereka akan memotong babi dengan sekali cop, zap, hingga terputus dua, darah babi bersembur, palit pada duit, ambil berkat.

Kesian babi. Jangan lihat grafik ngeri di bawah jika kamu ada belas kasihan terhadap babi.







Tuesday, January 31, 2012

Seberat manakah bayi kamu? 2.6kg? 3.5kg? How about 6.2kg? Can you push him out of your ...? [breaking]


BREAKING NEWS - Iowa, US: Seorang ibu melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat bukan 3 kilo tapi dua kali ganda - 6.2kg.

Malah tanpa pembedahan, tanpa bantuan, normal punya teran ambik nafas teran ambik nafas.. terannn! Gedebap keluar 6.2kilo. Nama baby itu Asher Stewardson, dilahirkan di Iowa, berukuran 59.7cm.

Welcome to the real world, baby. (sumber)

Monday, January 30, 2012

GOODIES KEPADA WARGAKOTA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH 2012 [breaking]

GOODIES KEPADA WARGAKOTA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH 2012

A. GOODIES DBKL KEPADA WARGAKOTA

1.
Semua kompaun trafik yang dikeluarkan oleh DBKL sebelum 1 Mac 2011 dikenakan kadar sebanyak RM30. Pembayaran boleh dibuat bermula 1 Februari hingga 28 Februari 2012 di lokasi seperti berikut :

i.   Kaunter bayaran di ibu pejabat Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut;
ii.  Kaunter bayaran Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak; dan
iii. Semua kaunter bayaran Pejabat Cawangan DBKL kecuali Pejabat Cawangan Bukit Bintang dan Pejabat Cawangan Titiwangsa.

Nota : Orang awam yang mempunyai Notis Kompaun Trafik untuk tahun 2008, 2009 dan 2010 boleh menyemak status kesalahan di laman web DBKL. Sementara orang awam yang mempunyai Notis Kompaun Trafik tahun 2007 perlu mengemukakan notis kompaun asal semasa membuat bayaran.


2.
Penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan seperti futsal, tenis, badminton, kolam renang, squash, gimnasium, ping pong, padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan gelanggang takraw bermula pada 1 Februari sehingga 7 Februari 2012.


3.
Yuran keahlian percuma untuk semua perpustakaan DBKL sepanjang bulan Februari 2012.


4.
Percuma menaiki bot dan pony ride di Taman Tasik Titiwangsa pada 1 Februari hingga 7 Februari 2012.


5.
Penggunaan tandas awam DBKL secara  percuma mulai 1 Februari hingga 7 Februari 2012.

B. GOODIES DARIPADA PIHAK SWASTA

1.
Menaiki Hop On Hop Off dengan bayaran RM1 pada 1 Februari 2012  untuk pemegang My Kad.


2.
Bayaran masuk RM1 ke Petrosains (utk kanak-kanak sahaja), Taman Rama-Rama dan Taman Burung untuk pemegang My Kad sahaja pada 1 Februari 2012.


3.
Diskaun 30% utk bayaran tiket Aquaria pada 1 Februari 2012.


4.
Bayaran ‘flat rate’ kepada pemegang MyKad iaitu RM 20 (dewasa) dan RM 15 (kanak-kanak) bagi menaiki KL Tower pada 1 Februari 2012.


sumber: dbkl.gov.my - Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Ismail Stapa di emel ismailstapa@dbkl.gov.my atau di talian  : 03-2617 9801.

Sunday, January 29, 2012

Juara Lagu ke 26 - Juara Lagu, Persembahan Terbaik & Vokal terbaik. [beraking]

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke 26 tajaan Celcom di TV3

 
Pemenang Persembahan Terbaik - RM10,000 - dimenangi oleh Kisah Hati Alyah

Pemenang Vokal Terbaik - RM10,000 - dimenangi oleh Hafiz, Awan Nano

Pemenang di tempat ketiga - RM12,000 - dimenangi oleh Karma, Faizal Tahir

Pemenang di tempat kedua - RM15,000 - dimenangi oleh Beribu Sesalan, Tiga Suara

Juara Lagu ke 26 - RM35,000 - dimenangi oleh Awan Nano Hafiz

Yark! Mana Yuna?


Friday, January 27, 2012

Baby VS Snake. Bayi Israel berumur setahun gigit kepala ular sampai putus. [breaking]

BREAKING NEWS - Israel: Imad Gadir, 1 tahun baru usianya, tapi terorist tahap Yahudi. Okey, dia memang berbangsa Yahudi. Cute little baby. Apa yang kita bayangkan seorang bayi jumpa ular, baby dan ular akan sama-sama melarikan diri. Tapi Imad Gadir tak.

Dia tangkap ular sepanjang 35 itu, dan gigit kepala ular itu sampai putus! Naturally born terorist.

Imad Gadir dan pak dia dan mayat ular


Mak Imad Gadir, Shaheen Shaheen, masa tengok anak dia gigit ular tu, dia dah menjerit gila babi. Dia panik, dan ke dapur nak ambil susu. Bila dia kembali kepada Imad, budak kecik tersebut kelihatan sudah mula mengunyah ular tersebut penuh berselera.

Kata Shaheen Shaheen, memang nama dia repeating dua kali bukan typo, "Imad ingat ular tu mainan gigit-gigit. Sebab tu dia gigit."

Eli Cohen, pakar binatang perosak kata, "Ia ular coin, tak beracun. Ular itu masih berusia tiga tahun, dan sifatnya membelit mangsa untuk makan (macam ular sawa). Kalau ular tu besar, Imad Gadir mungkin KO."

- sumber (ynetnews)



Student yang jual Baucer Buku 1 Malaysia pemberian Najib boleh dipenjarakan, bontot pula disebat kaw kaw. [breaking]


BREAKING NEWS - Malaysia: Pelajar Universiti, tapi masih ada mentaliti vandalisme. Patutlah tandas U pun bau bangkai. Para pelajar cerdik pandai yang didapati menjual Baucer Buku 1Malaysia pemberian Najib, hari ini dilaporkan akan dipenjarakan 5 tahun, selain denda dan sebatan jika disabitkan kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Curang tu beb haha.

Menurut Asisten Komisioner Abdul Razak Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Kami cuba search Mudah.my tadi untuk cari baucer buku tu ada lagi ke tak, tapi tak ada pun. Tau takut. - (sumber berita harian.)

Thailand, pencuri ditangkap bersama hampir 10,000 spender perempuan. Gambar spender disertakan. [breaking][6pics]

BREAKING PANTIES - Thailand: Seorang pencuri spender telah ditangkap ketika pecah masuk sebuah pusat membeli belah di Bangkok, lapor Daily Chilli. Pencuri bangang itu berumur 48 tahun.

Dia pula mengaku hobi keji itu bermula semenjak dia berumur lapan belas tahun. Beb, dah 20 tahun jadi pencuri seluar dalam perempuan, macam mana boleh kantoi ni?

Dia yang ditangkap bersama-sama 10,000 helai seluar dalam perempuan dilaporkan mempunyai penyakit sawan spender, atau nama saintifik dia panties-kisser-son-of-a. Kalau tidak dapat hidu seluar dalam perempuan sehari, dia akan mengalami gejala sawan paru-paru.

Justeru, paru-parunya mesti diberi sedutan angin bau spender perempuan setiap waktu. Kata pak polis, Major Jeneral Saroj Promcharoen, "Pencuri itu sentiasa menghidu spender koleksinya itu walaupun ketika sedang memandu."

Ini antara koleksi spender perempuan yang sempat kami jumpai.

panties


Thursday, January 26, 2012

Jakarta, wanita gantung coli di pagar rumah tanda batahan. [breaking]

BREAKING BRANEWS - Jakarta: Kalau aku jadi Gabenor, diorang nak gantung coli ke, spender ke, malah kau mereka butuh gantung tetek mereka di situ, apa gusar kalau tak melayan? Anak ayam gedik.

Berita copy paste dari Hmetro berkata:

Penduduk setinggan yang tinggal di Tanah Merah di utara bandar raya ini menggantung coli di pagar Kementerian Dalam Negeri, semalam menuntut supaya Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi menyelesaikan konflik dengan pentadbiran Jakarta mengenai permit kediaman mereka.
Penduduk yang menggantung pakaian dalam wanita itu di pagar kementerian berkenaan di Jalan Medan Merdeka Barat, berkata, Gamawan gagal melaksanakan polisi agar pentadbiran tempatan mengeluarkan permit kepada semua penduduk yang layak. Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo sebelum ini enggan mengeluarkan permit kepada penduduk Tanah Merah, mendakwa mereka tinggal di tanah dimiliki syarikat minyak dan gas Pertamina secara haram.

“Sebagai menteri, Gamawan lebih berkuasa daripada gabenor. Dia patut mengambil tindakan ke atas gabenor kerana enggan melaksanakan arahan,” kata penyelaras demonstrasi, Aris.
Menurut Agensi Statistik Pusat, lebih 7,400 isi rumah dan 27,000 penduduk tinggal di tanah seluas 83 hektar itu. - Jakarta Post



Senang macam khinzir buat post copy paste. hahahaha.

Wednesday, January 25, 2012

Status file-sharing website selepas SOPA, dan senarai file-sharing portal yang telah ditutup. [breaking]

Selepas SOPA dan PIPA mencetus havoc dalam alam internet dan even selepas federal website kena hack oleh hackers, sapa lagi nak hack kalau bukan hackers mangkok, hahaha, semua lawan web yang store media untuk kamu download pakai torrent telah pun ditutup, atau sekurang-kurangnya sedang dipantau FBI.

FBI? Fuck serious!

Ok. Ini status website kesayangan pengguna Unifi setakat jam ini.





Megaupload – Closed

Fileserve – Stopped filesharing. You can only download your own files. Deleting multiple files. Banning Premium accounts. Closed Affiliate Program. Stopped filesharing. You can only download your own files. Closed Affiliate Program. Changed server location on Jan 22, 2012. Taken down it’s Facebook page Now using Digital fingerprinting. Files are being deleted as soon as uploaded (as Hotfile did).

VideoBB – Closed Affiliate Program.

Filepost – Started suspending accounts with infringing material (as Hotfile did)

Uploaded.t… – Blocked U.S. access.

Videozer – Closed Affiliate Program.

Filejungle – Owned by Fileserve (same as above). Testing USA IP addresses blocking.

Uploadstation – Owned by Fileserve (same as above). Testing USA IP addresses blocking.

4Shared – Deleting multiple files

EnterUpload – Down (Redirect)

Faceberuk - dalam pemantau FBI, pernah dikatup, kini kembali dibuka.tidak tahu sampai bila.


Monday, December 19, 2011

Ditindih tayar kereta dalam lumpur longkang, tapi masih hidup - Kuching [breaking]

BREAKING MUDS - Kuching - Semua gambar blur sebab kami rembat dari hardcopied paper of Hmetro. At least, kami tidak copy paste teks dari Hmetro online. Itu value di Faceberuk yang anda akan baca teks yang editor kami karang sendiri.

Kalau ada anonymous yang tidak berpuas hati dengan kami, kami cuma mampu beritahu...

"suit yourself. Boy."

Seorang wanita, 37 tahun, di  Batu 4, jalan Penrissen (we don't know where the hell is that), mahu mengambil satu lap tajam untuk buat pusingan U.

Namun, tanpa sengaja, telah menggesel dan melanggar sebuah motorsikal di sebelah kanannya. Motosikal itu terpelanting ke dalam longkang, dan ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas penunggang dan pembonceng motosikal tersebut terhempas ke dalam longkang bersama-sama motosikal mereka, kereta yang dipandu wanita 37 tahun itu pula menindih mereka berdua.


Kami rasa sudah sampai masa untuk Kerajaan Malaysia guna polisi di Timur Tengah mengharamkan terus wanita daripada memandu kereta. Selain pengalaman kami sendiri menyaksikan kebebalan pemandu wanita (sesetengah wanita, bukan kamu), kami juga berpendapat banyak juga kemalangan ngeri di luar sana disebabkan wanita. Ini hanya salah satu contoh sahaja.

Persoalan yang mudah dan basic:

Sebelum mahu U turn, tak lihat cermin sisi kanan dahulu kah? Main masuk saja?

Motorsikal mengikut polisi JPJ, wajib pasang lampu siang apatah lagi malam, masih tak perasan?

U turn yang dia buat itu, tidak dilaporkan Harian Metro, satu pusingan U di tempat betul atau salah.


Selepas dilanggar, kemudian terjerumus pula ke dalam lumpur, lepas tu tak habis lagi, kena tindih pula dengan bumper depan dan tayar kereta yang merempuhnya, malam itu ternyata bagai neraka buat lelaki berusia 17 dan 21 tahun itu. Salah seorang daripada mereka dihantar ke ICU, dilaporkan stabil.


Nasib baik mereka jatuh terlentang, walaupun ditindih ke dalam lumpur busuk, mereka masih boleh bernafas. Kalau jatuh tertiarap? Menjawab la makcik.

Kami cuma berharap kes ini diadili sepenuhnya dan pihak berkuasa mendakwa yang salah, penunggang motosikal atau wanita 37 tahun terbabit. Jika disebabkan kecacatan jalan, JPJ perlu segera tampil membetulkan mana yang tak clear. Sumber - Harian Metro.


Monday, December 12, 2011

Seorang ulama di Europe mengharamkan wanita Islam memegang mentimun kerana ia boleh menaikkan nafsu syahwat. [breaking]

BREAKING FATWA: Europe - Seorang alim ulamak di Europe mengeluarkan pendapat bahawa dinasihatkan perempuan tidak secara direct menangani pisang atau timun, kerana hal itu mampu menaikkan syahwat mereka secara langsung.

You heard me right. Cucumber. Timun.




Dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam akhbar keagamaan, El-Sawsana, seorang pak syeikh tu terang-terang menyebut larangan seperti tajuk di atas. Larangan terhadap golongan perempuan untuk handle timun dan pisang. Okey, sekarang syeikh, acu kita cuba try berlaku adil, Allah kan adil, sepatutnya orang lelaki pun dilarang handle kerang atau... apam. Do I make any sense?

Alright.

Syeikh syeikh. Syeikh ni menulis guna id anonymous, mengaku grad dari Al-Azhar. Al-Azhar itu sebuah universiti di Mesir dan kamu yang pernah ke Mesir, ke Azhar, pasti tahu persekitaran Al-Azhar itu bagaimana. Gadis koptik selalunya berpakaian dengan trend yang menunjukkan seolah-olah betapa kritikalnya bekalan fabrik ke Mesir. Sememangnya hanya sedikit saja part dari anggota mereka ditinggalkan untuk dikemam imaginasi para lelaki.

Dan imaginasi paling penting untuk gadis pula adalah sebentuk senjata seumpama pisang dan mentimun. Apabila berlaku persentuhan, atau direct work dengan pisang atau timun, mungkin imaginasi wanita terhadap gonad akan tercetus. Malah, nak potong sayur tersebut untuk hidang nasi lemak pun beliau rasa ngilu-ngilu kat bawah, barangggggkali. Lantas hal itu jadi haram.

CUba jawab soalan bodoh ini, salah timun ke salah otak anda?

Ya, salah kamu. At the first place, kalau sampai pisang boleh membuatkan kau steamy, something wrong with you, girls. So, syeikh, kalau kamu pun berpendapat sebegitu, berpendapat hipotalamus perempuan boleh instruct ovari mereka untuk merembes bendalir mazi di lingkaran itu apabila melihat, menyentuh dan menggenggam mentimun, aduhai,  buang la ketayap tu, pls. Mencemarkan institusi intelek Islam saja. Jika lelaki disentuh reseptor berahi mereka oleh amoi-amoi berseluar pendek, ber baju T ketat hingga 80% kawasan gebu tubuh mereka dipertontonkan, that's obvious. Damn obvious. Ini pisang?

Adui... stres stres.

Kalaupun ada gadis gersang sebagaimana cakap pak syeikh, itu localize punya defect, tak perlu generalize untuk semua orang yang normal, memandang timun sebagai timun. Gadis gersang itu perlu dirawat iaitu, kawinkan ia. Kalau keluarkan general statement untuk wanita umum, then it is wronglah.

Kesimpulannya, pisang dan timun baik untuk kesihatan. Pesan Hj Fadilah Kamsah, sebaiknya brekfes, ambil pisang dulu. Then, lunch, makan buah dulu. Bagi dia hadam, lepas tu baru ambil karbohidrat nasi dan protein daging. Timun pun elok untuk turunkan suhu badan. Kalau timun boleh naikkan suhu badan, itu bermakna anda telah menyalahgunakan timun, sila rujuk segera ke psikiatrist.

Sumber - kubakoya.


Friday, December 02, 2011

Seorang ibu 90 tahun dibiarkan mati kelaparan oleh seorang anak lelaki. [breaking][1horrorpic]


Meanwhile you were worried about being guilty and sinned when looking at Charmian Chen fucking hot pictures, a man in China without any guilt-feeling (I guess) left his mother died due to prolonged starve.

That was the real deal man, the real sin of all sins.

Emak tua itu berumur 90 tahun, mempunyai lima anak lelaki dan seorang anak perempuan. Anak keempat yang menjaganya telah membiarkan dia mati kelaparan di atas tikar busuk, dengan keadaan yang cukup menyayat hati.

Anak-anak sekalian, sila ambil perhatian. Jangan buat orang tua kamu sebegini. Neraka jawabnya. (sumber)


Monday, November 14, 2011

Mampukah teh tahi panda mengatasi kopi tahi musang (kopi Luwak)? [breaking shit]

SHITBREAKING NEWS: Chengdu, China - Keringkan tahi panda, jadikan teh lazat dengan harga paling mahal. Jual pun belum sudah buat orang loya geleman. Teh termahal? Mungkin dalam khayalan dia saja. Ptui...


Anyway, selepas pulang dari bercuti, kami di Faceberuk membaca satu berita shitbrix ini. Iaitu seorang pensyarah kolej di China, mahu menewaskan minuman termahal kopi luwak dengan menghasilkan teh tahi panda. Dia percaya kopi tahi yang mahal hanya mampu ditewaskan oleh minuman diperbuat daripada tahi juga.

Tahi lawannya tahi, bro. Shit...

An Yanshi percaya serat yang kaya dalam tahi beruang suhu sejuk dua warna yang bernama Panda itu mempunyai aroma unik yang mampu memberi rasa 'mendreemm' pada penggemar teh. Menurutnya, panda mempunyai sistem pencernaan yang tak effisien, di mana hanya 30% daripada zat makanan yang dimakannya akan dihadam. Selebih 70% lagi akan keluar melalui dubur panda tersebut dalam keadaan masih berzat, masih enak, masih banyak nutrien selain tinggi kandungan fiber.

Pensyarah yang pada hemat kami 'kurang segar' itu mengumpul tahi panda dari sebuah pusat penternakan panda Giant di Sichuan selatan China, bercita-cita untuk memecahkan rekod dunia Guiness bagi minuman termahal.

Kopi luwak, kopi kisaran biji kopi yang diceduk dari tahi musang Nusantara di Indonesia merupakan kopi termahal di dunia dengan harga boleh mencapai 200 pound untuk setengah kilo. Manakala, teh tahi panda ciptaan An Yanshi yang bakal memasuki pasaran minuman tahi binatang ini pula, dipercayai oleh An Yanshi sendiri mampu dijual sehingga 50,000 pound sekilo.

RM252,456 sekilo untuk teh tahi Panda. Mungkin keadaan tahi seperti sembelit, cair, kuning, hitam akan membezakan kualiti teh tersebut, kot-kot yang sembelit itu lebih lemak ke. HAHAHAHAARRR. Teh tahi Panda. Sanggupkah anda telan? - sumber: www.metro.co.uk


Friday, November 04, 2011

Apa perasaan kamu tatkala kamu mahu keluarkan wang daripada mesin ATM, ular yang keluar? [beruktube][breaking]

BREAKING NEWS - Spain: Holy shit! Itu carutan yang paling sesuai untuk situasi sebegini. Ketika mahu mengambil duit dari slot cash di mesin ATM, seorang lelaki Sepanyol terkejut khinzir apabila yang keluar kala itu bukan duit tapi...

ULAR.

First thought, of course, how did it get there? Inside an ATM machine? Crazy little sneaky snake. Kejadian penuh saspens itu berlaku pada awal pagi, menurut polis lokal. Lelaki usia pertengahan dari Llodio, Alava, terkejut melihat ular yang keluar dari money slot namun sempat mengambil duitnya sebelum memanggil pihak berkuasa.

Pihak polis kemudian dikejarkan ke bank Caja Madrid dan mendapati ular itu telah tersepit di dalam ruang duit. Video ular tersepit itu kemudian diambil. Ya, video ini damn boring kerana polis itu takut untuk buat aksi ala The Snakeman di depan kamera.

Polis hanya bermain dengan ular lidi itu macam kanak-kanak ribena. (sumber)