Kategori Beruk

Monday, November 14, 2011

Mampukah teh tahi panda mengatasi kopi tahi musang (kopi Luwak)? [breaking shit]

SHITBREAKING NEWS: Chengdu, China - Keringkan tahi panda, jadikan teh lazat dengan harga paling mahal. Jual pun belum sudah buat orang loya geleman. Teh termahal? Mungkin dalam khayalan dia saja. Ptui...


Anyway, selepas pulang dari bercuti, kami di Faceberuk membaca satu berita shitbrix ini. Iaitu seorang pensyarah kolej di China, mahu menewaskan minuman termahal kopi luwak dengan menghasilkan teh tahi panda. Dia percaya kopi tahi yang mahal hanya mampu ditewaskan oleh minuman diperbuat daripada tahi juga.

Tahi lawannya tahi, bro. Shit...

An Yanshi percaya serat yang kaya dalam tahi beruang suhu sejuk dua warna yang bernama Panda itu mempunyai aroma unik yang mampu memberi rasa 'mendreemm' pada penggemar teh. Menurutnya, panda mempunyai sistem pencernaan yang tak effisien, di mana hanya 30% daripada zat makanan yang dimakannya akan dihadam. Selebih 70% lagi akan keluar melalui dubur panda tersebut dalam keadaan masih berzat, masih enak, masih banyak nutrien selain tinggi kandungan fiber.

Pensyarah yang pada hemat kami 'kurang segar' itu mengumpul tahi panda dari sebuah pusat penternakan panda Giant di Sichuan selatan China, bercita-cita untuk memecahkan rekod dunia Guiness bagi minuman termahal.

Kopi luwak, kopi kisaran biji kopi yang diceduk dari tahi musang Nusantara di Indonesia merupakan kopi termahal di dunia dengan harga boleh mencapai 200 pound untuk setengah kilo. Manakala, teh tahi panda ciptaan An Yanshi yang bakal memasuki pasaran minuman tahi binatang ini pula, dipercayai oleh An Yanshi sendiri mampu dijual sehingga 50,000 pound sekilo.

RM252,456 sekilo untuk teh tahi Panda. Mungkin keadaan tahi seperti sembelit, cair, kuning, hitam akan membezakan kualiti teh tersebut, kot-kot yang sembelit itu lebih lemak ke. HAHAHAHAARRR. Teh tahi Panda. Sanggupkah anda telan? - sumber: www.metro.co.uk


No comments: