Kategori Beruk

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, February 02, 2012

Erlan Mealla freak scorpion kick goal. [beruktube]

 

Great or freak?


Monday, October 24, 2011

Weekend big shock lagi. Sial la nak cerita pasal Man U minggu ni. [1pic]

Damn! What's wrong?

We don't want to post this. 
But we need to.
So that the boys know. 
Man U were humiliated.
And.
QPR got pride.



Sunday, October 23, 2011

Weekend shock. Messi missed, Ronaldo hatrick. [beruktube]

Unlikely Messi. 


Barcelona hanya memerlukan Messi untuk menyepak bola ke dalam gol untuk topple Levante dan lead liga Sepanyol seperti biasa yang mereka buat. Tapi, mungkin injury time penalty ketika kedudukan kosong kosong satu beban yang terlampau buat the magical Messi. Bola disepak perlahan, predictable, dan mudah ditampan penjaga gol Sevilla, Javi Varas.

Sebaliknya, Ronaldo, yang missed tiga game tak score sebijik haram gol, malam tadi skor tiga bijik dalam time frame yang cool gila. Dia skor hatrik minit ke 23, 28, 38.

Video Messi missed penalti:

 

Video Hatrik Ronaldo:


Wednesday, October 05, 2011

De Gea, Manchester United keeper, mengaku tak mahu mencuri donut tetapi... [Breaking]

BREAKFREAK NEWS - Beberapa hari lepas, faceberuk buat cover up fasal penjaga gawang Man U, De Gea, kelepet donut dekat Tesco. Well, berita bengong macam itu memang kegemaran kami kat sini. Lolwut? Gaji sejuta sebulan, masih mahu mencuri. Curi donut 5 hinggit pulak tu. Hobi, bosan, atau nak prank diri sendiri?

Jadi, hari ini, Dea Gea mengaku dia tak mahu mencuri. Dia tahu mencuri itu berdosa, dan sentiasa akan bayar harga barang bila dah 'add to chart'. Semua yg dilapor adalah salah faham saja.

Masa tu dia, sepupu dan kawan dia lapar tahap kucing-kucing seksaan Petknode babi, so, dia pun sambar donut Krispy Kreme barang serelung, then terus makan. Dia dah makan, jadi dia kata dia nak bayar le. Tapi tiba-tiba dia sedar wallet tak ada. Gelabah lah dia nak keluar check dalam kereta. Ketika itulah dia ditahan.

"Pak gak ingak aku nok tubik tok sey baya, pahtu aku pong tera la nok ngejah ghoyak nok gi ambik wolet," kata De Gea, "tapi bahaso ore putih aku terabor bengong. Pok guard to pehe setarang. Mujo ado gewe Sepanyol maghi teghe molek ko dio. Ngelas sekali, pok pak pun mintok maaf sebab saloh igak."

Begitu penjelasan De Gea yg kami sampaikan ke dalam bahasa Kelate untuk peminat Red Warriors hok minat Man U sekali.

Menurut De Gea lagi, kejadian tu jadi bahan lawak team dia bila beberapa player Man U beri dia donut free untuk buat lawak masa sesi latihan kat padang. Bila dia ingat insiden tu, dia mmg betul2 rasa kelakar nak mampus.

Harap2 lepas ni hal sebegitu tak disebut lagi, dan pastikan sokongan anda semua terhadap Man U tak terjejas dengan insiden budak kecik ini.

(sumber: digitalspy.co.uk) (sumber gambar)


Friday, September 30, 2011

De Gea, penjaga gol Manchester United, ditangkap mencuri donut di Tesco. Wth?

de gea donut

De Gea, gaji RM 350,000 seminggu atau RM 1,044,000 sebulan, curi donut berharga RM5.90 dekat pasaraya Tesco. The fuck is that?

Dia bersama dua orang kawan, masuk ke pasaraya itu macam taknak beli apa-apa. Tapi, tiba di rak Krispy Kreme, dia dan kawannya sambar sebijik donut Original Glazed masing-masing, dan memakannya. Bayarnya belum.



Kemudian, mereka mau blah macam tu saja, taknak bayar. Mungkin lupa kot. Namun perbuatan keji mereka dikesan CCTV berdekatan. Sekuriti lalu menahan mereka dan berlaku sesi soal siasat. Dia diberi amaran tanpa repot polis.

Duit banyak pun nak mencuri lagi. Mangkuk punya goalkeeper. Dia punya gaji sebulan dah buleh bukak sebijik Tesco kat Jalan Ampang, bukaklah. Lepas tu nak mencuri satu rak donat pun curilah. Takdak sapa nak kesah lol - Sumber: Dailychilli


Wednesday, September 28, 2011

Theyab Awana pemain bolasepak UAE a.k.a back-heel-penalty man mati kemalangan. [BREAKING]

BREAKING NEWS - Kingdom Saudi Arabia: Faceberuk mungkin masih baru dalam bidang jurnalisme atau plagiarisme dengan follower ciput dan rating rapat di lantai, tetapi pada para pengikut blog ini yang setia semenjak dahulu pasti pernah melihat entry kami yg ditagged [beruktube] memaparkan sepakan penalti paling kurang ajar dalam sejarah bola sepak. 

 
Hari ini, di TV3, kami mendapati pemain itu, Theyab Awana telah meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya. Pemain kebangsaan Saudi Arabia super kretif berusia 21 tahun itu, telah terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari sesi latihan dalam persiapan menentang Korea Selatan 11 Oktober ini, perlawanan kelayakan pusingan ketiga peringkat kumpulan piala dunia 2014 di Brasil.

Keretanya hilang kawalan ketika memandu ke Abu Dhabi, lalu merempuh sebuah lori. Dia mati on the spot.

Gemulah Theyab memang terkenal dengan sepakan penaltinya yang diambil menggunakan tumit kaki, iaitu dari belakang. Ambil lajak, lari, kemudian berpusing sepak ikut belakang. Berlagak gila sebenarnya sepakan itu. Tapi masuk, sial. Ianya satu penghinaan tahap babi tunggal buat penjaga gol Lubnan yg menjaga gawang ketika itu. Kini semua itu tinggal sejarah pahit buat semua penyokong bola sepak KSA. Harap pembaca faceberuk dari Lubnan boleh memaafkan tindakan arwah itu seadanya. Sedangkan Nabi maafkan ummat, kan?

Video Theyab ambil penalti pakai back heel.




Sunday, September 18, 2011

Sukan bangang ini sebenarnya wujud - tiup air dalam teko [12pics]

Sorry Tariking fans. Tapi betul, aku fikir tariking teh tarik itu pertandingan paling bangang dalam dunia. Sehinggalah aku dapati sebenarnya di negara lain ada lagi sukan yang lagi bangang daripada itu. Tiup air dalam teko. Weirdo!



 
 
 
 
 


Tuesday, August 09, 2011

Biar betik!! SS... Safee Sali dilamar kelab Bundesliga, Jerman. [beruktube]

 

wa salute sama lu brader. lepas conquer indon, kita gerak pergi jerman. kalau di pelita jaya dapat basic rm10,000, eh rm plak. USD10k. agak2 level player bundesliga gaji berapa pound? 

buat yg nak rembat SS tu kelab Stuttgart? ...


Friday, August 05, 2011

Sharbinee Allawee disarankan memakai glove vibrate untuk saingi Khairul Fahmi

Kuala Lumpur - Untuk memastikan tahap permainan goalie back up, Sahrbinee Allawee maju ke tahap yang lebih tinggi, sekurang-kurangnya dapat menyaingi ketangkasan Khairul Fahmi, pemain Terangganu itu disarankan memakai glove ciptaan terbaru Minoru Shinohara iaitu vibrating glove atau sarung tangan bergetar.

"Trrrrrr...." gitu...

Research di universiti Jepun telah menemui bahawa dengan menginjek sedikit getaran ke hujung jari pemakai glove, kecekapan pemakai menggunakan glove itu akan meningkat.

“This device may one day be used to assist individuals whose jobs require high-precision manual dexterity..." kata Ueda dari  Georgie Tech.

Deria sensitiviti, penglihatan, pendengaran, mekanisme motor dan refleks penjaga gol itu akan bertambah baik sekiranya menggunakan glove bergetar ini. Macam magik.

vibrating glove


"Sekurang-kurangnya dia boleh save free kick bodoh dekat Singapore tempoh hari, bukan tengok saja macam orang lumpuh mati akal. Lepas tu salahkan benteng. " kata seorang lelaki yang mengikuti perkembangan bola sepak di negara ini.

Getaran halus sekitar 75 hingga 150% daripada getaran normal pada kulit manusia itu dihasilkan melalui satu actuator yang dipasang pada glove tersebut. Dengan adanya getaran ini, tangan goal keeper akan lebih cekap dan peka.

vibrating glove

vibrating glove
(glove bergetar ini boleh mengenal pasti permukaan kasar dengan lebih tepat)

Faceberuk mungkin akan menyarankan Dato' Rajagobal untuk membeli glove bergetar ini sebagai sampel bergantung kepada tahap kebizian faceberuk update blog.





Friday, July 29, 2011

Terberuk!! Penalti paling kurang ajar dalam dunia. [beruktube]


soalannya:

1 - apakah goal keeper itu terasa dimalukan di khalayak ramai?

2 - laju sangatkah bola itu?

3 - apakah penyepak itu dikira bermoral?

4 - atau dia mmg sejenis suka main belakang?

Sunday, July 11, 2010

7 Perkara terlarang dilakukan ketika suami korang tengok world cup

Lihat pada tajuk sudah tahu pesanan saya ini untuk siapa. Ya untuk anda para wanita, para isteri yang budiman. World Cup tinggal dua tiga hari lagi untuk kick off. Laki kamu akan lebih masa di depan TV berbanding katil lepas ini.

Kamu akan dapati dia sentiasa bersila ketat depan TV tengok bola. Boleh nampak tak kaki lelaki itu kadang-kadang bergerak-gerak, dan kadang melibas angin?

Haa... nampak. Itu bukan lagi seorang lelaki tetapi hantu. Hantu bola. Maka menjadi tanggungjawab saya untuk memberi tips-tips ini agar kamu terhindar dari membuat hantu itu mengamuk.

Sepuluh perkara pantang dilakukan ketika si dia sedang ralit tengok world cup:

1) Buat ulasan bola tanpa pengetahuan spesifik lalu kedengaran sangat spastik atau keji sebenarnya. 

Contoh pertama ulasan tersebut, "haha muka pengadil macam Sabri Yunus" ketika pengadil bagi penalti kat team lawan. Contoh2, "Lar apsal la nak kejar bola sebiji tu, kasi la sorang satu." Contoh 3, "Eh corak Jersi dia macam warna langsir orang sebelah laaa." Contoh 4, "HAHAHAHA." Kamu gelak macam hantu kat player yang sedang bergaduh gara-gara team nak kalah. Team itu pula team pujaan laki kamu. Pendek kata kamu gelakkan team laki kamu yang bakal kalah 4-0. Haaa.. jaga-jaga. Tak kena gaya, ada yang makan selipar nanti.

2) Mencuba buat lawak tak cukup intelek (lawak bodoh).

Ketika perlawanan memuncak, emosi lelaki sangat serius. Boleh lihat riak wajahnya yang diterangi cahaya televisyen itu sangat serius macam bos jepun baru rugi 900juta Yen. Maka, di ketika itu, jangan cuba pergi cucuk tulang kering dia dengan hanger sampai dia melompat terkejut/kegelian. Nanti tak fasal-fasal kamu kena makan hanger tersebut. Lawak bodoh ketika perlawanan memuncak menempah bencana. Perkara 1 di atas kadang-kadang termasuk kategori ini juga sebenarnya.

3) Kutuk team pujaan si dia.

Sengaja atau tak sengaja. Sila periksa pasukan manakah yang menjadi kegemaran suami korang. Tak susah, tanya aje. "Abang abang, rasa-rasa World Cup nanti sapa menang?". Sambil-sambil pakaikan tie pun buleh tanya kan. So that, nanti korang tak tersalah kutuk team dia. "Fabregas Spain ke? Patutla lemah..." Sekali tengok jelingan ekor mata suami kamu dah lain macam. Sila beredar sekarang dan bancuh kopi jantan untuk dia cepat-cepat.

4) Perli dia solat tahajud malas tengok world cup rajin.

Ini pedas amat ni kalah wasabi. Jadi, time dia tengah ralit tengok bola tu jangan sesekali kamu cuba naik mimbar baca khutbah atau pasang kaset ceramah Ust Asri bertajuk 'Solat Malam' di sekitar TV tu. Cuba try cari time lain untuk aktiviti amar makruf nahi mungkar itu sebab ketika tengok bola, fikiran orang lelaki ni dia tak berapa nak center. Kalau cukup center dia takkan bakar kerusi stadium yang tak tau apa apa tu.

5) Cuba tarik perhatian si dia untuk ke ranjang.

Faham, malam ni malam Jumaat. Tapi Brazil lawan Argentina tuuu... Atau. Mungkin sebab sebenarnya kamu jeles bila laki kamu tengok bola dengan khusyuk seolah-olah bola itu lebih gebu dari kamu. Sampaikan kamu selak peha kat sebelah dia pun dia buat buat mati pucuk.

Cuba-cubalah bersabar, usah 'usik' dia dulu. Pergi ambil wudhu dan dirikan solat malam. Bukan apa, ketika itu nafsu dia semacam 'temporary malfunction'. Otak dia pun sama. Jadi, sedikit-sedikit kamu kacau dia, dia akan senyum dan tolak dengan baik. Kamu cuba untuk lebih-lebih sikit, dia buat donno. Kalau betul-betul lebih, ada yang nak kena marah nanti. Pasti kamu akan kecewa ditolak suami untuk bersama. Lalu, besok masak tanpa perasaan buat gulai kari kamu rasa macam air garam. Akhirnya suami kamu memilih untuk makan sambil tengok bola kat gerai mamak aje. Kamu berpeluk tubuh sendirian kat rumah. Laki kamu bersorak sama kawan-kawan berpelukan di gerai mamak tengok Messi sumbat gol. Lepas tu tukar-tukar baju tengok ketiak baju dah macam peta Afrika Selatan.

6) Cuba dapatkan pendapat dia berkaitan hal selain hal World Cup.

Contoh, "bang ketiak I makin bucuk la, nak tukar deodorant la. Deodorant apa bagus ek?" Kamu tanya soalan ini ketika dia sedang layan Portugal lawan Jerman. Pasti soalan kamu di jawab sepi. Atau kalau suami kamu sikit mithali dia jawab, "pakai kapur barus aje." sambil matanya tak lepas dari TV.

Serious kukatakan, bila kekhusyukan tonton bola tahap dewa, telinga para suami akan pekak badak, totally disabled. Serious ni. Bukan sebenarnya dia sisihkan kamu sebab kamu kan isteri kesayangan dia, tapi sebenarnya soalan/ngomelan kamu tu tak sampai ke gegendangnya. Kalau sampai pun bunyi dia macam bunyi lebah atau bunyi kucing nak mengawan. Kamu akan perasan soalan ringkas pun boleh buat dia blur nak jawap apa tak tau. Justeru. Hal-hal rumah tangga, perabot baru, kucing tak mau makan, atau apa-apa hal aje, simpanlah terlebih dahulu biar game Portugal vs Germany tu habis dulu. Kalau team Portugal (team pujaan laki kamu) menang, memang waktu terbaik untuk minta langsuir eh langsir baru.

7) Alih siaran.

Haa... ini memang disaster. Mungkin kerana tensen tengok laki kamu bertapa selama seminggu kat depan TV kunyah kuaci, kamu lalu pedajal game dia dengan tukar siaran TV pergi ke Astro Awani. Susuk Christiano Ronaldo tengah gelecek bola bertukar jadi susuk Dr Fadilah Kamsah tengah sengih bagi motivasi. Ketika itu laki kamu pasti akan jadi blur gila babi punya. Lalu kamu kata, "tengok astro awani lagi baiklah. Bermanfaat."

Saya tak sanggup nak cerita kejadian berikutnya sebab kesian.

Okey, cukup 7 dahulu. Yang lain-lain lagi akan disambung nanti kalau ada.... hehe...



Saturday, July 10, 2010

Siri Video Clip Gol paling bangang dalam sejarah!! Haha.

Sebelum layan German lawan Uruguay malam ini. Mari kita bersantai dengan video sumbatan gol paling bedebah sepanjang zaman yang dapat posmen dapat cari dalam kotak peti surat posmen tadi. Gol-gol ni punyalah bangang sampai korang akan terberak bila gelak nanti. Konfirm! Kalau tak percaya, cuba usha...






Amacam, okey tak? haha. Kan posmen dah kata, lawak gile haha. Okey, okey. Lepas dah gelak ni, cuba baca pula tips yang posmen rembat kawan punya, 7 pantang larang untuk isteri ketika suami tonton bola. Layan...


Monday, June 28, 2010

Taktik Germany menjadi. England bungkus!

Siapa kata ulasan di entry ini adalah lawak semata-mata?

Cuba perhatikan kebenaran ini.



Bandingkan dengan ini:


Hehe... sama bukan?



England barai. Argentina belasah Mexico ... fuh ... fuh

So, we got the results now. An interesting match is waiting us in the quarter final, it is Argentina to take on Germany.

Early last night, we saw how England was taught how to play football by Germans. I was expecting a big score against England, and well it was a little bit bigger.

Germany vs England result.

And a moment just now, Argentina has proven their power in the World Cup. The first goal is controversial, second goal is a gift and the third goal is unstoppable. Another goal by Higuain, and two by Tevez.


My prediction last night was, Argentina 3 - 0 Mexico.


Again, I missed one goal, this time for Mexico. I was right that Dos Santos was not going to find a target, but a young talented player, Hernandez come in the frame to score that complimentary goal.

Now, I think Alex Ferguson might need to start reconsidering how he is going to arrange the striker positions in the next Barclay's EPL season. At least Hernandez got balls to score one goal. Rooney?

What the hell is wrong with Rooney? He could not even play football. Can't you see last night? That's horrible.

That is the latest update up to now. And we will have two good games tonight. Netherlands will beat Slovakia by a penalty shot. Brazil will eat Chile alive with a small score. Maybe 2-0.



Tevez scored a long range goal to make it three.

Messi was still yet to score. I think he will score against Germany in the quarter final.



German 4 - 1 England - Rooney should not be in the team!


Akakaka. I told you already, England will loose to Germans. I also made my prediction in my last post, it was Germany 3 - 1 England. 


Muller goal. That guy kicked hard huh!



Yeah, I missed one goal. That's okay, because I feel I am quite good at predicting now. I got France 2-0 Mexico last day. And this time I missed one goal for Germany. I can't wait to watch the next match.


Now, I have to go to sleep, the next match is even better. Argentina and Mexico. This one for sure I will go for Argentina. The score line will be a large number as both team apply attacking football. But I cannot see how Dos Santos can find a target.

I love to see Mexico to go through, but Argentina seems too strong to be beaten. So, I have to choose

 Argentina to win by 3-0 score.

Let's sleep and see.



Thursday, June 24, 2010

Ramalan aku akan England.



Okey, good. England pass ujian pertama. Main tentang Slovenia semalam macam cipan aku tengok, tapi still lucky, dapat pertahan 1 gol.

Rooney apsal? Dia uluran ke apa?

Seperti yang aku jangkakan sebelum ini, England akan bertemu Jerman.

Dan menurut firasat Jin gua tengkorak yang aku bela, dia kata England kalah dengan Jerman dengan aggregate...


3-1


Aku dah bet Mexico 2 - 0 France sebelum ni. So, this is my second bet.



Saturday, June 19, 2010

5 Sebab England tak akan menang World Cup.



England nampak macam duduk dalam kumpulan mudah, tetapi masih tak boleh menang perlawanan, kenapa? Vuvuzela? Jabulani? Main teruk salahkan terompet adalah alasan tiada telur.

5 sebab England tak boleh menang World Cup:

1) Penyerang mandul. Aku tak tahu apa jadi dengan rooney, tapi seriously tiga-tiga mamat striker tu main tak boleh blah. Korang tengok la goal shot punya stat. Hampeh! Emiley Heskey dah tak patut jadi first eleven. Main macam baru lepas sunat. Peter Crouch? Peter what? Urkgghh..

2) Gugup. Mungkin ranking Fifa naik mendadak, jadi pasukan pilihan lalu main under pressure. Aku tak rasa kehadiran david bekham buat team England passing macam budak-budak Felda united, Rooney main macam anjing kejar ekor sendiri dan Johnson cross asyik cari kamera siling. Bunguksss! Woi mangkuk, cross ke depan goal pun tak boleh ke? Bayar juta-juta, training hari-hari tapi cross macam gampang! Frust gila.

3) Goal Keeper. David James punya performance dengan Portsmouth dah tak menentu. Robert Green pula season sebelum season lepas memang amat menjadi dengan West Ham, tetapi Robert Green jenis berani mati punya keeper. Bila dia buat silap, terus kasi David James masuk first eleven. Aku kurang percaya dengan David James.

4) Kalah dengan German. Kalau ke second round pun, most probably akan jumpa German. Slovenia akan jumpa Ghana atau Serbia. England lawan German agak-agak siapa menang? England? I don't think so.

5) Fabio Capello.




Friday, June 18, 2010

Saturday, June 12, 2010

Jadual Perlawanan World Cup di TV1


Sumber Asal: http://myjazmanie.com

Thierry Henry tak main ler jap lagi. Dang!!



WEih, Henry tak main la jap lagi. Harap dekat Ribery ajer ler nampaknya. Tapi boleh ke Ribery tampan bola pakai tangan depan gol sehebat Henry? haha.

Kalau Anelka boleh kerja sama Malouda macam dalam Chelsea kira dah bagus

Aku bajet:


France 2 - Uruguay 0. 


Tengok siapa yang kena!