Kategori Beruk

Wednesday, September 28, 2011

Theyab Awana pemain bolasepak UAE a.k.a back-heel-penalty man mati kemalangan. [BREAKING]

BREAKING NEWS - Kingdom Saudi Arabia: Faceberuk mungkin masih baru dalam bidang jurnalisme atau plagiarisme dengan follower ciput dan rating rapat di lantai, tetapi pada para pengikut blog ini yang setia semenjak dahulu pasti pernah melihat entry kami yg ditagged [beruktube] memaparkan sepakan penalti paling kurang ajar dalam sejarah bola sepak

 
Hari ini, di TV3, kami mendapati pemain itu, Theyab Awana telah meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya. Pemain kebangsaan Saudi Arabia super kretif berusia 21 tahun itu, telah terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari sesi latihan dalam persiapan menentang Korea Selatan 11 Oktober ini, perlawanan kelayakan pusingan ketiga peringkat kumpulan piala dunia 2014 di Brasil.

Keretanya hilang kawalan ketika memandu ke Abu Dhabi, lalu merempuh sebuah lori. Dia mati on the spot.

Gemulah Theyab memang terkenal dengan sepakan penaltinya yang diambil menggunakan tumit kaki, iaitu dari belakang. Ambil lajak, lari, kemudian berpusing sepak ikut belakang. Berlagak gila sebenarnya sepakan itu. Tapi masuk, sial. Ianya satu penghinaan tahap babi tunggal buat penjaga gol Lubnan yg menjaga gawang ketika itu. Kini semua itu tinggal sejarah pahit buat semua penyokong bola sepak KSA. Harap pembaca faceberuk dari Lubnan boleh memaafkan tindakan arwah itu seadanya. Sedangkan Nabi maafkan ummat, kan?

Video Theyab ambil penalti pakai back heel.




No comments: