Kategori Beruk

Thursday, September 08, 2011

Menyanyi sambil mandi. Kaki tergelincir ke dalam mangkuk tandas dan terlekat.

BREAKING NEWS - Berita tergempar, atau orang Kelate sebut, 'Goghi, berito panah boh!'. Seorang budak lelaki yang barangkali berangan mahu masuk AF jadi macam Mawi, tergelincir dan terlekat kaki kirinya ke dalam lubang taik tandas ketika dia asyik berkaraoke sambil mandi. Gila melecet ketiak aku gelakkan berita ni haha.

Seorang staff Faceberuk gelak sambil berbuih mulutnya ketika disampaikan berita ini kepadanya. Katanya, dia cuba membayangkan situasi ketika Ahmad Aminuddin tu ketika melalak sambil shower ketiak dan tiba-tiba terpeleot kakinya ke lubang taik. Mesti macam gampang gayanya, kata staff tersebut dengan mulut berbuih putih ala-ala Sabri Chik.

Bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan kaki beliau yang dipercayai terendam dalam air taik lebih setengah jam juga. Mungkin kulit kakinya sudah lemau diresapi molekul air taik haha. Kesian bro. Cuba cium bau kaki mung Mat, ada bau yang membunuh tak.



(sumber: Berita Harian)




No comments: