Kategori Beruk

Wednesday, February 29, 2012

Gempar! Batang pokok yang tumbang jadi bengkok supaya tak mengenai kereta seorang wali! [3pics]

Kisah yang kami bawakan hari ini lebih hebat daripada kisah budak terjegil matanya di dewan exam yang diberitakan telah mendapat pertolongan Allah ketika tak dapat jawab exam. Rujuk [sini][sini] dan bersepah diriwayatkan dalam google dan facebook.

Cerita seorang penulis faceberuk dapat dari Europe lebih menarik. Kali ini kisah seorang wali keturunan Bani Mu'awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.

Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk installment kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi sebenarnya, dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia sorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.

Satu hari berlaku ribut topan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah 'diselamatkan' oleh malaikat.




Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.

Jadi, marilah kita sama-sama meningkatkan derma supaya hidup kita diberkati. Dan semoga otak kita diberi oksigen secukupnya untuk mengetahui bahawa cerita ini dongengan bangsat semata untuk rendahkan IQ kamu semua. Amin. - sekian.

5 comments:

kakachan said...

subhanallah...

Anonymous said...

ALLAHU AKBARRRR!!!

Anonymous said...

Dewan peperiksaan kat malaysia, kereta park kat overseas ye. Jauhnya dia park kete untuk ke dewan exam eh.

Anonymous said...

kekasih kekasih allah :)

K.A. said...

baca post sampai habis dulu la baru komen..