Semenjak tahun 2007, sudah 23 orang staff media terbunuh di Mogadishu dan seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, 54 rakyat Malaysia berkeliaran di zon panas itu tanpa jaket kalis peluru?
Fail.
Tun Dr Mahathir dan Datuk Dr Alwi Abdul Rahman, doktor paramedik yang mengikuti konvoi, menyatakan di berita TV3 dan di Mysinchew, kalau pakai jaket kalis peluru pun, beliau tetap tak dapat diselamatkan.
"Kalau tak kena dada, boleh jadi kena juga di kepala."
Tapi, secara basic kita tahu dan faham bahawa jaket kalis peluru mampu memberi another 30% kemungkinan kecederaan boleh dikurangkan, sama konsep seperti memakai topi keledar tatkala merempit di hiway PLUS. Dan tak boleh dinafikan persediaan awal itu mampu mengubah segalanya.
Faceberuk merujuk banyak sumber dan ceritanya sama tanpa ada details. Laporan yang paling detail setakat ini dijumpai di blog pro-UMNO papagomo, yang merupakan salah satu blogger yang turut serta dalam misi berbahaya tersebut.
Menurutnya, kenderaan konvoi media Malaysia diserang oleh tentera African Union (AU) yang diiktiraf PBB serta pro kerajaan peralihan, di area 'panas' K-4, Mogadishu, semasa mereka dalam perjalanan balik ke hotel. Dua das tembakan dilepaskan mengenai cermin kanan kereta dan satu lagi di cermin belakang. Ianya dilakukan oleh tentera Brundi. Clearly, ianya bukan 'stray bullet'. One clear shot through and killed. High calibre, close range, dan exactly mencari peparu dan jantung. Peluru itu menembusi pangkal lengan Aji Siregar, sebelum menusuk ke bahu arwah Noramfaizul.
Keadaan arwah semasa dirawat. (sumber)
Kenderaan AU yang dipercayai menembak arwah.Truck yang tinggi, dan no wonder peluru mampu tembus lengan Aji, dan tembus bahu arwah Noramfaizul hingga ke jantung dan peparu.
PKM gpmp ini yang digunakan African Union - gambar contoh.
"It was not immediately known why the peacekeepers fired on the car, " AU rep said.
"The facts are very unclear at the moment," kata Major General Fred Mugisha, "I have spoken personally to the Somali president about the situation and offered my sincere reassurance that a full investigation is under way and that the appropriate action will be taken against any soldiers found to have acted improperly."
Menurut papagomo, mungkin tindakan gila ini melibatkan konspirasi antara AU dan UN untuk memburukkan pemberontak Islam Al-Shabaab, dan juga boleh menjadi modal untuk kerajaan Somalia menuntut lebih banyak bajet daripada PBB untuk misi ketenteraan di Somalia. US pasti akan mempolitikkan hal ini, menggambarkan Somalia sebagai 'tidak selamat' dan meraih lampu hijau untuk masuk campur. Semua ini tidak mustahil sama sekali.
"Satu lagi pekara yang kita perlu ketahui pada 4hb September iaitu Ahad esok akan ada persidangan nasional Reconcilation di Mogadishu yang mana melibatkan kesemua puak dalam Somalia. Pada tarikh itu juga pihak African Union turut membentangkan bajet belanjawan buat mereka yang dilaporkan sekitar 1 Billion US Dollar bagi kos operasi di Mogadishu Somalia." - papagomo.
Ugandan peacekeepers from AMISOM stand near bodies of slain members of Al Shabaab group of insurgents killed during fighting in Mogadishu (sumber)
Menurut saksi lain di tempat kejadian, Halima, dia nampak memang truck tentera AU mendatangi kenderaan Noramfaizul dari belakang dan melepaskan tembakan. Tersalah tembak? A crazy man in the AU uniform? Askar AU dengan AK47 tiba-tiba kena sawan babi? Well, sukar nak terima hakikat macam tu. Lagipun, tiada laporan mengatakan kenderaan tentera kerajaan yang mengawal turut ditembak. Hanya jeep Allahyarham dan kawan-kawan yang ditarget. Apa-apa pun, details masih berada di dalam laporan yang bakal dikeluarkan kerajaan Somalia.
RM200k + perbelanjaan pembelajaran dua anaknya tak mampu mengurangkan kesedihan balu Noramfaizul, namun sebagai orang Islam, Norazrina Jaafar perlu reda dan kuat semangat. Semua rakyat Malaysia terasa dengan kehilangan Allahyarham. Al-Fatihah.
(sumber)
No comments:
Post a Comment