Kategori Beruk

Friday, August 05, 2011

Sharbinee Allawee disarankan memakai glove vibrate untuk saingi Khairul Fahmi

Kuala Lumpur - Untuk memastikan tahap permainan goalie back up, Sahrbinee Allawee maju ke tahap yang lebih tinggi, sekurang-kurangnya dapat menyaingi ketangkasan Khairul Fahmi, pemain Terangganu itu disarankan memakai glove ciptaan terbaru Minoru Shinohara iaitu vibrating glove atau sarung tangan bergetar.

"Trrrrrr...." gitu...

Research di universiti Jepun telah menemui bahawa dengan menginjek sedikit getaran ke hujung jari pemakai glove, kecekapan pemakai menggunakan glove itu akan meningkat.

This device may one day be used to assist individuals whose jobs require high-precision manual dexterity..." kata Ueda dari  Georgie Tech.

Deria sensitiviti, penglihatan, pendengaran, mekanisme motor dan refleks penjaga gol itu akan bertambah baik sekiranya menggunakan glove bergetar ini. Macam magik.

vibrating glove


"Sekurang-kurangnya dia boleh save free kick bodoh dekat Singapore tempoh hari, bukan tengok saja macam orang lumpuh mati akal. Lepas tu salahkan benteng. " kata seorang lelaki yang mengikuti perkembangan bola sepak di negara ini.

Getaran halus sekitar 75 hingga 150% daripada getaran normal pada kulit manusia itu dihasilkan melalui satu actuator yang dipasang pada glove tersebut. Dengan adanya getaran ini, tangan goal keeper akan lebih cekap dan peka.

vibrating glove

vibrating glove
(glove bergetar ini boleh mengenal pasti permukaan kasar dengan lebih tepat)

Faceberuk mungkin akan menyarankan Dato' Rajagobal untuk membeli glove bergetar ini sebagai sampel bergantung kepada tahap kebizian faceberuk update blog.





No comments: