Google, pengusaha enjin carian internet terkemuka akan membeli Motorola Mobility dengan harga USD12.5 bilion. Motorola Mobility adalah subsidiari kepada Motorola yang secara spesifik mengeluarkan telefon pintar yang menggunakan aplikasi OS Android seperti Motorola Atrix dan Xoom tablet PC.
Pengambil alihan itu menyaksikan Google semakin serius untuk menembusi pasaran hardware, selepas produk software futuristik mereka menjadi mainan troll para pelayar internet. Untuk mengelakkan konflik dengan pengeluar telefon pintar lain yang menggunakan Android sebagai OS, Andy Rubin menyatakan yang Google akan menjaga integriti hubungan mereka dengan klien, atau partners. Apa-apapun, jelasnya, Android adalah open platform.
Google dijangkakan akan mengembangkan portfolio patent dalam industri telefon pintar dan akan menjadi pesaing baru kepada Apple, Microsoft dan Oracle.
Urusniaga pembelian itu akan dimuktamadkan akhir tahun ini, atau awal tahun depan.
(sumber)
No comments:
Post a Comment