Kategori Beruk

Sunday, August 14, 2011

Pakej Sahur | Dangdut, Karaoke, GRO dan ditemani GRO untuk bersahur di dalam bilik.

Asyik cover berita pelik kat luar aje kan. Kat lokal ni pun tak kurang peliknya punya berita. Ya. Tajuk itu betul, tak perlu dibaca berulang kali. Yang diikat di bulan Ramadhan adalah syaitoooniirrrojim, tetapi bukan bapak-bapak syaitooonn yg berkeliaran di kelab-kelab dangdut.

Bersahur dengan GRO beb. Perkgh. Pakej serba meletup ni. Sementara menanti hayat masuk ke lubang kubur, pekena sahur bersama GRO bergetah di dalam bilik itu barangkali satu pencapaian yang mahu dibanggakan di padang mahsyar kelak.

"Kau sahur dengan apa Leman?" Soal Pak Atan (bukan nama sebenar)
"Kurma tiga bijik dan air suam." Jawab Atan dengan wajah warak.
"Peh. Konvensional sangat kau. Aku sahur dengan GRO. Pheww..."

Siasatan wartawan akhbar tempatan mendapati ada kelab dangdut di KL offer pakej sahur meletup tersebut. Dengan hanya bayaran RM40, abah kau, atuk kau, atau pakcik Saleh jiran kau, boleh mendapatkan khidmat GRO (adik manis 20-an bergetah pakai seksi) sebagai teman bersahur, bersahur zahiriah atau sahur batiniah, di dalam sebuah bilik peribadi.

RM40 hinggit bro. Baru 40 hingget. Cuba cakap atuk siapa yang tak kecur liur. Umur atuk 65, barang masih kemas tegak berdiri, hari-hari tengok iklan syampu, tengok filem holywood, masuk fan club 'Selena Gomez di kedai kopi, tapi bini pula 'kontang' nak kahwin muda tak bagi 'awak gatallah', 'orang tua gila merenyamlah', 'orang tua tak sedar dirilah', 'orang tua nak mampos miang macam setanlah', nah, sekarang tok, 40 hingget aje, atuk nak rembat Selena Gomez ke, Jessica Alba ke, apa ke, rembatlah.

Pukul 9 malam, time orang pergi terawih, atuk pergilah ke kelab dangdut di KL ni, pilih ler gadis bergetah tu mana suka, syurga neraka belakang kira.







3 comments:

kaizen said...

ahahaha... sape suruh bini x lepaskn nk kawen 4....

*lain kali b4 kawen tu tny siap2 kalo nak kawen 4 boley ke x...

Anonymous said...

betulkah? atau ini cerita rekaan semata!

Anonymous said...

Betul. Seperti yg dilaporkan harian metro bulan pose lepas.