Kategori Beruk

Tuesday, August 16, 2011

Seorang Warga Emas di China menyaman Google Maps 80juta Yuan.

China, 16 August - Seorang warga emas, Ang Xing, 83, di provinsi Nanping, China, bercadang untuk menyaman syarikat enjin carian terbesar dunia Google atas perbuatan syarikat itu secara sengaja menyuruhnya melakukan satu perbuatan membunuh diri, semalam.

Beliau yang dijumpai para wartawan semalam kelihatan sangat dukacita dan butthurt akibat salah informasi yang diberikan oleh Google Maps.

Menurutnya, tidak sepatutnya enjin peta satelit terbaik di dunia itu menyuruhnya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan orang tua. Dia yang berjaya print screen imej Google Maps yang akan dijadikan bukti, berkata dengan penuh emosi,

"Pak cik tak tahu jalan. Perjalanan pakcik ini sangat jauh lalu atas saranan seorang saudara pakcik, pakcik pun guna Google Maps untuk berikan instruction. Tapi pakcik rasa bagai tak percaya apabila Google Maps suruh pakcik berenang melintasi lautan Pasific untuk ke tempat tersebut, yang berada di Taiwan. Pakcik rasa diperdaya."

Lalu beliau menunjukkan bukti paparan instruction 'maut' oleh Google Maps yang telah dirakam.

google maps kelakar


Dengan menunduk dan sedih mengelap air mata, pakcik itu berkata, "Cilaka Google ingat pakcik ini penyu barangkali. Pakcik akan saman Google Maps, Google Translate, Google News, Google Sun dan semua anak beranak google. Saman semuanya." - Laporan troll dari Faceberuk.




1 comment:

Sha-na.Szied said...

ya Allah ade gak kes macam ni.. lek2 sudah la. tp mmg patut pon~~