Kategori Beruk

Wednesday, October 05, 2011

De Gea, Manchester United keeper, mengaku tak mahu mencuri donut tetapi... [Breaking]

BREAKFREAK NEWS - Beberapa hari lepas, faceberuk buat cover up fasal penjaga gawang Man U, De Gea, kelepet donut dekat Tesco. Well, berita bengong macam itu memang kegemaran kami kat sini. Lolwut? Gaji sejuta sebulan, masih mahu mencuri. Curi donut 5 hinggit pulak tu. Hobi, bosan, atau nak prank diri sendiri?

Jadi, hari ini, Dea Gea mengaku dia tak mahu mencuri. Dia tahu mencuri itu berdosa, dan sentiasa akan bayar harga barang bila dah 'add to chart'. Semua yg dilapor adalah salah faham saja.

Masa tu dia, sepupu dan kawan dia lapar tahap kucing-kucing seksaan Petknode babi, so, dia pun sambar donut Krispy Kreme barang serelung, then terus makan. Dia dah makan, jadi dia kata dia nak bayar le. Tapi tiba-tiba dia sedar wallet tak ada. Gelabah lah dia nak keluar check dalam kereta. Ketika itulah dia ditahan.

"Pak gak ingak aku nok tubik tok sey baya, pahtu aku pong tera la nok ngejah ghoyak nok gi ambik wolet," kata De Gea, "tapi bahaso ore putih aku terabor bengong. Pok guard to pehe setarang. Mujo ado gewe Sepanyol maghi teghe molek ko dio. Ngelas sekali, pok pak pun mintok maaf sebab saloh igak."

Begitu penjelasan De Gea yg kami sampaikan ke dalam bahasa Kelate untuk peminat Red Warriors hok minat Man U sekali.

Menurut De Gea lagi, kejadian tu jadi bahan lawak team dia bila beberapa player Man U beri dia donut free untuk buat lawak masa sesi latihan kat padang. Bila dia ingat insiden tu, dia mmg betul2 rasa kelakar nak mampus.

Harap2 lepas ni hal sebegitu tak disebut lagi, dan pastikan sokongan anda semua terhadap Man U tak terjejas dengan insiden budak kecik ini.

(sumber: digitalspy.co.uk) (sumber gambar)


No comments: