Kategori Beruk

Wednesday, October 12, 2011

Thanatron atau 'Death Machine' dilelong untuk orang ramai. Need an easy death anybody?

BREAKDYING NEWS - New York: Mati. Bayangkan kesakitan dan ketakutan yg akan kamu rasa. Goncangan jantung tatkala imej di sekeliling kamu berlari dan akhirnya merempuh kuat. DAM! Gelap. Mayat kamu pecah di atas tar kaki bangunan. Apakah itu yang kamu mahu di akhir hayat kamu?


Berasaskan kengerian itu, arwah Dr. Jack Kevorkian mencipta Thanatron, berasal dari perkataan Greek bermaksud 'death machine' untuk membantu orang yang mahu mati untuk mati dengan rileks. Selalunya pesakit yang tiada harapan untuk pulih, dan memilih untuk cepat-cepat mati saja disaran mengguna Thanatron.

 Jika kamu mahu mati dengan Thanatron, kamu akan dibaringkan dan jarum tiub intravenous (IV) akan dimasukkan ke lengan kamu. Satu bag air akan disalurkan ikut barbiturate, menitis satu satu, ini standard treatment untuk pesakit hospital. Air jernih tersebut air garam cair.

Apa yang membezakan Thanatron dengan beg air saline hospital adalah, alat kematian ini ada dua lagi beg tambahan iaitu beg Sodium Thiopental dan Potassium Chloride. Di sana akan ada satu suis. Suis untuk hentikan air garam, dan memulakan titisan beg kedua iaitu cecair dadah Sodium Thiopental. Untuk memulakan proses kematian, kamu perlu petik suis itu sendiri.

Yes, kamu mesti lakukan sendiri. Sebab tu namanya alat untuk membunuh diri. Suis kecil itu akan diletakkan di tangan kamu. Hanya petik, 2 minit kamu akan mati. Cuba bayangkan suis itu ada di tangan kamu sekarang. Would you press it?

Dadah ekstrem Sodium Thiopental akan hantar kamu ke alam koma, deep coma. Kemudian selepas koma 60 saat, Potassium Chloride akan automatik triggered. Ketika 'tidur' itu baja Potassium Chloride yang digunakan untuk hukum bunuh di kebanyakan penjara itu akan hentikan degupan jantung kamu dan within seconds... 'maaa rabbukaaa...' akan kedengaran.

Okey, cukuplah dengan muqoddimah panjang lebar itu. Yang sebenarnya breaking news adalah: Alat membunuh diri ini, Thanatron, akan dilelong di New York pada 28 October, bersama-sama dengan Dr Kevorkian punya sweater, paperwork dan lukisan. So, need an easy death anybody?

Kerana menjalankan akviti 'mematikan' pesakit, Dr Kevorkian dipenjara selama 8 tahun dan meninggal pada June lepas di usia 83 tahun. (sumber: Reuters)


No comments: