Kategori Beruk

Tuesday, October 11, 2011

Syarikat keretapi Belanda menyediakan beg kencing personal, wee bag, untuk penumpang mereka. Awesome!

BREAKFREAK NEWS - Belanda: Keretapi seperti komuter atau LRT Ampang dan Kelana Jaya line mana ada toilet dalam koc. Toilet bas ekspres yg travel tujuh lapan jam sehari pun dah tak ada, ini kan pula tren dalam bandar. Secara umum, memang rakyat KL dah berevolusi sistem urat kencing mereka untuk tidak mengada-ngada nak terkucil tatkala berada di dalam koc tren yg sejuk boleh tahan.

Namun, bagaimana jika dalam keterpaksaan? Emergency? Medical condition? Nak kena berlari keluar di stesen depan dan cari toilet? Jika hal tersebut terjadi ke atas warga emas?

personal urinal wee bag


Penyelesaiannya ada di Belanda. Memandangkan hampir 16% syarikat keretapi tidak sediakan tandas dalam koc, Dutch National Railways, mengambil inisiatif gempak dengan menyediakan 'wee bag' atau beg kencing personal untuk penumpang mereka. Something like serkup oksigen emergency atas flight. Yang itu serkup hidung, yang ini serkup 'adik jambu' kat bawah. Damn.

Dengan adanya wee bag emergency, dah rasa nak terkencing, takbley tahan, senak pundi, then tekan butang merah, beg kertas terlipat akan keluar untuk anda tuang air kencing bertoksik anda ke dalamnya. Lega.

Namun, menurut satu interview, wee bag bagus tetapi bagusnya untuk manusia yang ada 'hos' saja. Kalau 'kepala paip' jenis satu lagi yg flat, sukar sebenarnya dan memalukan untuk melakukan proses semulajadi huduh sebegitu di atas seat tren.- (sumber)

No comments: