Gambar hiasan. |
Gajah sarkas itu tangkap Nguyen pakai belalai ketika budak kecil itu seronok hulur tebu. Selepas ditangkap, diangkat, gajah tua itu menghempas Nguyen ke lantai dan memijaknya sehingga menemui malaikat maut.
Gajah itu berada di kandang berpagar, dirantai kakinya. Menurut timbalan pengarah Vietnam Circus Federation, selalunya gajah tu baik. Tapi si cilik malang itu telah usik gajah tersebut, ketika itu ayahnya pula sedang bercakap telefon, kesempatan itu diambil gajah untuk redemption.
Oleh itu, ketika bawa adik-adik comel anda ke zoo negara, beli tebu RM5 tiga laras untuk bagi gajah makan, sila berhati-hati tahap jingga. Staff kami yg dulu kerja service kuku gajah beritahu, setiap hari ramai orang usik gajah zoo. Hulur-hulur tebu, tak kasi. Hulur-hulur, tak lepas, kemudian gelakkan gajah, bodohkan gajah. Kena tahu gajah juga ada perasaan.
Walaupun wajahnya rilek saja minta tebu, awas, gajah itu sebenarnya mengidap stress. (sumber berita)(sumber gambar)
No comments:
Post a Comment