Denai ekstrem El Caminito Del Rey sudah berusia 110 tahun dan bakal dibaikpulih dalam tahun depan untuk tujuan tourism. Beberapa syarikat yang akan melakukan kerja penyenggaraan itu telah terbitkan foto dan video tak rasmi denai berbahaya itu. Untuk bahagian 'cliff walkway' El Caminito Del Rey yang dah tercabut, rosak atau terkopak terus, mereka pasang besi pacak sementara untuk membolehkan kru syarikat tersebut melepasi. Di akhir artikel, ada video menunjukkan bagaimana mereka meniti dari 'paku' ke satu paku pada ketinggian gila tersebut.
Denai ekstrem lereng bukit ini dibina pada tahun 1905 untuk para pekerja ulang alik daripada dua stesen hidro, telah ditutup pada tahun 2000 selepas dua pekerja terjatuh darinya dan gemulah. Tiada siapa yang akan selamat kalau jatuh, anda pun tahu. Namun ia mempunyai nilai sejarah tersendiri. Oleh yang demikian kerajaan Sepanyol akan membaik pulih denai tersebut agar ia kembali boleh digunakan dan dipertonton kepada pelancong. Kos baik pulih dijangka sekitar 8.3 juta pound.
Antara lubang kerosakan pada 'The King's path' |
Kerosakan yang akan dibaiki |
No comments:
Post a Comment