Kategori Beruk

Sunday, October 16, 2011

Putus cinta frust menonggeng. Lelaki keciwa panjat tiang pencawang elektrik voltage tinggi dan.... [Breaking]

BREAKFREAKING NEWS - Chengdu, China: Bulan lepas kami paparkan kisah sedih Zhu Lei, seorang lelaki cina di Fuyang, China, dikecewakan amoinya tatkala meminang dari sudut balkoni. Damn sweet but spoiled. Lantas, amat lojik kalau Zhu Lei frust tertonggeng dan buat benda bodoh setelah itu. 

Tapi cerita hari ini bukan Zhu Lei, bukan juga di Fuyang tetapi di daerah Chengdu, selatan China. Ya, China lagi. Mungkin lelaki mereka dah terlampau kretif sedangkan perempuan pula berkurangan tahap serius lantas ada saja benda-benda bangang yang berani mereka buat tanpa segan silu. 

Akibat frust menonggeng kerana dikecewakan gadis idamannya, seorang mangkuk yang bernama Li Wang, mencipta cara tersendiri untuk meluahkan rasa sedihnya. Bukan berkurung dalam bilik, bukan layan lagu sedih, bukan bunuh diri, bukan mencaci ex-girl di facebook atau twitter tetapi dengan cara memanjat struktur besi pencawang elektrik voltan tinggi dan minum arak!


Lelaki kecewa, Li Wang, memanjat ke puncak tiang pencawang, 120kV punya line membawa sebotol arak. Sambil menikmati horizon langit dengan mata bergenang, dia lalu meneguk arak tersebut tanpa dipedulikan orang ramai yang menyuruhnya turun di bawah. Walaupun selepas kehadiran polis dan penyelamat, dia terus-terusan begitu. 

Memang mahu mampus gamaknya.

Tiga jam dia begitu. Lepak di puncak pencawang, togok arak dalam sorrow. Beratus-ratus orang telah memenuhi tempat kejadian, mungkin kerana merisaukan Li Wang, atau mungkin merisaukan bekalan elektrik ke rumah mereka bakal terputus. Semua mereka menyaksikan saat genting apabila lelaki itu akhirnya mulai longlai, lembik dan pengsan di atas palang besi maut itu. 



"Gila betul. Kami jangka kalau dia tak jatuh patah leher di kaki pencawang selepas pengsan, pasti dia akan  jadi mayat yang hangit berasap direnjat elektrik kuasa tinggi di situ. Tapi, memang dia bernasib baik. Dia berjaya kami selamatkan." kata seorang anggota penyelamat. sumber: metro.co.uk

Kalau cinta menyusahkan kamu, janganlah kamu menyusahkan orang lain pula. OK?


No comments: