Holcim Award antarabangsa yang ketiga di Milan baru-baru ini mengumumkan konsep arkitek dari German - Flussbad - sebagai pemenang utama. Projek Flussbad mencadangkan pengubahsuaian Sungai Spree di bandaraya Berlin menjadi kolam renang.
Sungai --> kolam renang.
745 meter panjang punya swimming pool. Iaitu jikalau dibangunkan, akan menjadi kolam renang terpanjang di dunia. Arkitek, realities:united membayangkan projek itu sebagai simple dan cost efficient. Sebahagian tebing sungai di bandar itu akan diubah jadi tangga, kemudian di bina padanya fasiliti biasa kolam renang - lockers, bilik persalinan dan bilik air.
Peta aliran sungai yang dicadangkan ditukar jadi kolam renang |
Kolam terpanjang tersebut mempunyai sistem penapisan air semulajadi, menapis air yg memasuki kolam |
Sebahagian tebing Lustgarten quay dijadikan tangga untuk memasuki kolam |
Map kolam (biru muda) |
Ada berani nak apply konsep ini di Sungai Klang? (sumber)
No comments:
Post a Comment