Kategori Beruk

Monday, December 12, 2011

Seorang ulama di Europe mengharamkan wanita Islam memegang mentimun kerana ia boleh menaikkan nafsu syahwat. [breaking]

BREAKING FATWA: Europe - Seorang alim ulamak di Europe mengeluarkan pendapat bahawa dinasihatkan perempuan tidak secara direct menangani pisang atau timun, kerana hal itu mampu menaikkan syahwat mereka secara langsung.

You heard me right. Cucumber. Timun.




Dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam akhbar keagamaan, El-Sawsana, seorang pak syeikh tu terang-terang menyebut larangan seperti tajuk di atas. Larangan terhadap golongan perempuan untuk handle timun dan pisang. Okey, sekarang syeikh, acu kita cuba try berlaku adil, Allah kan adil, sepatutnya orang lelaki pun dilarang handle kerang atau... apam. Do I make any sense?

Alright.

Syeikh syeikh. Syeikh ni menulis guna id anonymous, mengaku grad dari Al-Azhar. Al-Azhar itu sebuah universiti di Mesir dan kamu yang pernah ke Mesir, ke Azhar, pasti tahu persekitaran Al-Azhar itu bagaimana. Gadis koptik selalunya berpakaian dengan trend yang menunjukkan seolah-olah betapa kritikalnya bekalan fabrik ke Mesir. Sememangnya hanya sedikit saja part dari anggota mereka ditinggalkan untuk dikemam imaginasi para lelaki.

Dan imaginasi paling penting untuk gadis pula adalah sebentuk senjata seumpama pisang dan mentimun. Apabila berlaku persentuhan, atau direct work dengan pisang atau timun, mungkin imaginasi wanita terhadap gonad akan tercetus. Malah, nak potong sayur tersebut untuk hidang nasi lemak pun beliau rasa ngilu-ngilu kat bawah, barangggggkali. Lantas hal itu jadi haram.

CUba jawab soalan bodoh ini, salah timun ke salah otak anda?

Ya, salah kamu. At the first place, kalau sampai pisang boleh membuatkan kau steamy, something wrong with you, girls. So, syeikh, kalau kamu pun berpendapat sebegitu, berpendapat hipotalamus perempuan boleh instruct ovari mereka untuk merembes bendalir mazi di lingkaran itu apabila melihat, menyentuh dan menggenggam mentimun, aduhai,  buang la ketayap tu, pls. Mencemarkan institusi intelek Islam saja. Jika lelaki disentuh reseptor berahi mereka oleh amoi-amoi berseluar pendek, ber baju T ketat hingga 80% kawasan gebu tubuh mereka dipertontonkan, that's obvious. Damn obvious. Ini pisang?

Adui... stres stres.

Kalaupun ada gadis gersang sebagaimana cakap pak syeikh, itu localize punya defect, tak perlu generalize untuk semua orang yang normal, memandang timun sebagai timun. Gadis gersang itu perlu dirawat iaitu, kawinkan ia. Kalau keluarkan general statement untuk wanita umum, then it is wronglah.

Kesimpulannya, pisang dan timun baik untuk kesihatan. Pesan Hj Fadilah Kamsah, sebaiknya brekfes, ambil pisang dulu. Then, lunch, makan buah dulu. Bagi dia hadam, lepas tu baru ambil karbohidrat nasi dan protein daging. Timun pun elok untuk turunkan suhu badan. Kalau timun boleh naikkan suhu badan, itu bermakna anda telah menyalahgunakan timun, sila rujuk segera ke psikiatrist.

Sumber - kubakoya.


No comments: