Menggunakan pelbagai material, Matthew Albanese berkebolehan seni menghasilkan sebuah landskap dunia yang mistik, menarik dan awesome! Setiap aspek seperti canvas, warna, pencahayaan diatur baik menghasilkan satu lukisan dunia imaginasi yang mengkagumkan.
Something like this!
Seperti batu karang di dasar laut, bukan? Hasil seni ini dinamakan "How to breathe under water". Matthew hanya menggunakan wayar, bijian, lilin, bijian jeli, tapak sulaiman diawet, dan walnuts. Pencahayaan dari enam punca pelbagai saringan dipasang untuk melengkapkan sebuah pemandangan yang sempurna. Gambar ini diambil direct, tanpa ada alteration daripada Photoshop.
Ini cuma model skala kecil, namun... awesome.
Ini lagi satu gambar model dunia bunian yang cun gila. Diorama dibuat guna cat dan kertas, benang, bulu burung unta yang dicat pakai tangan, cokelat, wayar, tali rapia, pita pelekat, dan kain. Apa effect dia pakai untuk hasilkan suasana berkabus tu aku tak pasti. Selain dari suasana berkabus ini, ada juga versi sunset. Cun juga.
Dan rupa model sebenar yang digunapakai untuk sesi photoshoot dunia ciptaan ini adalah seperti di bawah.
Nampak tak kehebatan seni Matthew? Berikut antara lain gambar terbaik yang dihasilkan Matthew menggunakan barang-barang biasa serta kanvas menjadi sebuah model landskap yang cukup menarik.
Efek lava guna cahaya mentol |
Set ruang tamu mini itu betul-betul dibakar untuk dapat efek api. |
Guna gula |
No comments:
Post a Comment