Kategori Beruk

Monday, December 19, 2011

Ditindih tayar kereta dalam lumpur longkang, tapi masih hidup - Kuching [breaking]

BREAKING MUDS - Kuching - Semua gambar blur sebab kami rembat dari hardcopied paper of Hmetro. At least, kami tidak copy paste teks dari Hmetro online. Itu value di Faceberuk yang anda akan baca teks yang editor kami karang sendiri.

Kalau ada anonymous yang tidak berpuas hati dengan kami, kami cuma mampu beritahu...

"suit yourself. Boy."

Seorang wanita, 37 tahun, di  Batu 4, jalan Penrissen (we don't know where the hell is that), mahu mengambil satu lap tajam untuk buat pusingan U.

Namun, tanpa sengaja, telah menggesel dan melanggar sebuah motorsikal di sebelah kanannya. Motosikal itu terpelanting ke dalam longkang, dan ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas penunggang dan pembonceng motosikal tersebut terhempas ke dalam longkang bersama-sama motosikal mereka, kereta yang dipandu wanita 37 tahun itu pula menindih mereka berdua.


Kami rasa sudah sampai masa untuk Kerajaan Malaysia guna polisi di Timur Tengah mengharamkan terus wanita daripada memandu kereta. Selain pengalaman kami sendiri menyaksikan kebebalan pemandu wanita (sesetengah wanita, bukan kamu), kami juga berpendapat banyak juga kemalangan ngeri di luar sana disebabkan wanita. Ini hanya salah satu contoh sahaja.

Persoalan yang mudah dan basic:

Sebelum mahu U turn, tak lihat cermin sisi kanan dahulu kah? Main masuk saja?

Motorsikal mengikut polisi JPJ, wajib pasang lampu siang apatah lagi malam, masih tak perasan?

U turn yang dia buat itu, tidak dilaporkan Harian Metro, satu pusingan U di tempat betul atau salah.


Selepas dilanggar, kemudian terjerumus pula ke dalam lumpur, lepas tu tak habis lagi, kena tindih pula dengan bumper depan dan tayar kereta yang merempuhnya, malam itu ternyata bagai neraka buat lelaki berusia 17 dan 21 tahun itu. Salah seorang daripada mereka dihantar ke ICU, dilaporkan stabil.


Nasib baik mereka jatuh terlentang, walaupun ditindih ke dalam lumpur busuk, mereka masih boleh bernafas. Kalau jatuh tertiarap? Menjawab la makcik.

Kami cuma berharap kes ini diadili sepenuhnya dan pihak berkuasa mendakwa yang salah, penunggang motosikal atau wanita 37 tahun terbabit. Jika disebabkan kecacatan jalan, JPJ perlu segera tampil membetulkan mana yang tak clear. Sumber - Harian Metro.


No comments: