Kategori Beruk

Tuesday, September 28, 2010

I am the top greeny's Digi Angels. Thanks Nuffnang.

Posmen kena invite lagi!

Wokey, kali ini sebab dapat score top 30 kuiz kebersihan alam sekitar tempoh hari. Perkgh mesti best punya. Posmen bajet mesti blogger lain yang dapat ni akan post jugak.

Kali ini get together ini kat Lot 10, ofis Digi. Tak sure apa aktiviti depa nak buat tapi kalau Digi punya aktiviti mesti menarik.

Okey, congrats pada semua Digi angels yang turut serta. Jumpa di sana, atau jumpa di stesen komuter batu tiga. Masalahnya dia cakap kena ada kat situ pukul 1.30 sharp! Cuba cerita komuter mana yang sharp time dia? Jadi faham2 lah nak kena tunggu komuter pukul berapa.



Nak isi minyak di Kelantan make sure pandai kecek kelate.

Kawe balik Kalate tempoh hari, isi minyak. Sekali masa isi minyak tu kawe tergelak bila tengok lawak antarabangsa kat peti pam. Adeh, seb baik kawe ore kelate. Kalau orang luar, sure tak faham.



Monday, September 27, 2010

Bas di China bleh 'kangkang' time jem. Gile ah!

Ini penyelesaian paling baru untuk trafik jem di China. Kita masih terkial-kial dengan LRT dan komuter, diorang dah cipta bas yang kereta boleh lalu bawah dia. Posmen dah pikir idea ni dulu tapi tak tahu nak luah kat sapa. Baru berhajat nak masuk Malaysian Inventors Challenge tapi nampaknya China dah buat lebih dulu daripada posmen. Cis.



Sunday, September 26, 2010

Facebook Poker - Kenapa orang Turki tak pakai nama nabi Muhammad?

Sambil main Farmville masa cuti letih hantar kad raya, posmen dan kawan posmen ada sembang. Baik punya sembang, lalu dia cerita pengalaman dia kat Turki. Holiday katanya. Awek-awek Turki dia cakap toksah cerita buat sakit hati saja sebab lahir kat Malaysia.

Lepas tu, satu hal menarik fasal orang turki ni, dia kata orang Turki tak pakai nama Muhammad walaupun depa Islam. Posmen tanya la 'why?'

Dia cakap sebab depa agungkan Nabi. Kalau depa pakai nama Nabi lepas tu perangai macam enam jahannam pergi urut sana sini, minum arak dan cakap bohong, itu satu perkara yang rosakkan nama Nabi. Jadi, mereka takmo conteng arang di muka Rasulullah, lalu mereka guna Mehmet instead of Muhammad.

Itu dia cerita kat posmen, tipu dia tipulah posmen.

Tapi, semenjak semalam ketika posmen terlanjur di meja Poker di internet, posmen tiba-tiba lihat satu fenomena yang telah membetulkan cerita orang Turki. Inilah gambar yang posmen print screen semalam menunjukkan kenapa orang Turki tak pakai nama 'Muhammad'.




Apa pun nama kita, marilah kita sama-sama jaga maruah agama dengan terlebih dahulu menjaga maruah sendiri. Jadi posmen sebenarnya musykil, main poker kat internet haram ke boleh? Posmen tak pakai duit pun, orang lain posmen tak tahu.



Saturday, September 25, 2010

Dah tengok belum video ni? Nothing on you versi takde gigi hehe.


Jangan pandang belakang congkak 2

Bukan bias, tapi posmen suka filem Ahmad Idham. Setakat ni tak ada lagi filem dia yang buat posmen menyampah sampai merajuk tak mau hantar surat lagi seperti yang terjadi selepas posmen tengok Potret Mistik di GSC skrin bapak punya besar tapi cerita macam.......


HAGHHHAAAMMMM!!


Prof tak prof, kalau tak reti buat filem, buat kueh tepung pelita lagi bagus.

Okey, jangan pandang congkak 2. Posmen tahu ni daripada paper Metro yang posmen baca sebelum lempar ke laman cik Bedah pagi semalam. Kalau jangan pandang belakang congkak first dulu kutip 6 juta lebih, yang ini kita tunggu dan lihat berapa. Yang pasti, filem ni memang posmen dah book.

Walaupun Lisa masih ada, posmen musykil juga kot-kot ketiadaan adik ipar Bung Mokhtar akan mencacatkan filem ni sikit. Sebab dulu posmen rasa watak dipegang Sam si zombie makan ayam tu watak yang paling jadi takut.



Apa-apa hal jom tengok trailer dia dulu, layan.


DiGi iPhone 4 Me



Walawei, i phone 4. So, what's wrong with iphone 3 until they upgrade to iphone 4?

Okay, okey. Frankly, I am not a hand phone geek. So, I do not know the answer for my own question above. Phone is phone, talk and sms, that's it. To play game, I prefer PS3 at home. On the go I don't play video game, makes me dizzy. I also do not use a hand phone to watch movie, the tiny screen will spoil the whole excitement. And to watch movie on the go? Oh please, I need a life, a physical life.

By referring to my way of life above, I really hope to have the iphone and see how it can turn me to be a different person. Hopefully, heh. Will see how an iphone can change me...




Friday, September 24, 2010

Webkl dot net

www.webkl.net

Posmen kenal web ni dulu sebab kat dalam dia ada banyak content panas-panas. Terjebak ke dalamnya apabila posmen klik satu line di google tentang video budak sekolah terlampau.

Selepas bekecimpung lama dalam tu baru posmen tahu, banyak lagi benda2 menarik dalam tu lalu posmen jadi ahli dia sampai la sekarang.

Cuma kebelakangan ini webkl makin suram sehinggalah semalam, posmen mendapati web tu dah dibedah kasi cantik. Orang latest web punya design. Ini tidak, dua tahun sama aje barangnya, poll fasal kalau menang pilihanraya apa anda akan buat dan 3 tahun kat situ tak tukar-tukar haha.

Untuk korang kembangkan rakan maya dan promot blog, mungkin boleh push owner dia, tok aslim, untuk letak blog pinger, korang join lah webkl.net sekarang. Mesti best. Web dah lama, tapi semua dah reset jadi baru. So kita kira baru la ek.

Jom! WEBKL.NET

Wednesday, September 22, 2010

Tips berjaya dengan Nuffnang spesial dari Kosmo!

Berikut adalah petikan-petikan penting yang berjaya posmen cekau daripada Kosmo online. Kalau korang nak kerja sebagai Pengurus Blog dengan gaji RM2000 ~ RM10,000 sebulan, korang mesti baca dengan penuh hati-hati dan khusyuk tau.

Pertama;

"Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan."

Tips pertama adalah trafik. Blog tanpa trafik macam tahi tanpa bau, atau contoh lebih bersih adalah seperti plaza tol tanpa kenderaan lalu lalang. Justeru. Untuk buat duit, trafik mesti kencang. Banyak tips untuk raih trafik search saja dekat google, akan keluar blog-blog femes seperti Justkhai, Arifshah, Kujie, dan Denaihati untuk korang rujuk. Tips paling senang, dah terlanjur korang join nuffnang, poslah entry berkenaan nuffnang banyak-banyak, tentu ramai klik nanti. 

Contoh tajuk sesuai:

Buffered Earning lagi!
Cek kedua nuffnang dah sampai! Yey!
Trafik Nuffnang untuk bulan ini.
Tips berjaya dengan Nuffnang spesial dari Kosmo!

Dan pelbagai lagi tajuk-tajuk yang popular untuk anda pilih. 

Berkenaan buffered earning (BE), berdasarkan pengalaman posmen, bukanlah masuk BE kerana trafik tinggi. Tinggi trafik dapat BE, trafik takdak tak dapat BE. Secara praktikal tak kot. Sebab ada blog posmen yang ciput pun berderet masuk BE yang jana dua tiga posen sekali kempen. BE ini kelihatan seperti spider search engine saja yang masuk berdasarkan keywords and kriteria blog. Selebihnya, tugas kita untuk jana trafik agar BE punya impression and CTR tinggi.


Kedua;

"Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Be unique! Itulah short term nya. Apa main tiru-tiru, cuba kalau Power Rangers tiru costume Ultraman agak-agak Power Rangers itu akan femes sampai sekarang tidak?

Jadi, untuk jadi blogger berjaya, korang mestilah unik. Punya gaya olahan bahasa sendiri, tak perlu nak tiru-tiru blogger yang dah femes dengan cara mereka. 

Ingat, hanya yang unik saja akan berjaya terbang tinggi mengalahkan yang biasa-biasa.


Ketiga;

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.

Rasanya ramai aje posmen tengok blog yang wujud cuma untuk cari duit mudah. Taklah mudah, kecuali mereka rasa mudah untuk copy paste kerja orang. Posmen copy paste daripada email yo, penat yo, susah yo! Demi korang, posmen buat juga. Yang tipu tu yang tak best, cilok hasil kerja orang publish atas nama sendiri. Mungkin dapat juga duit, tetapi tak ke mana sebab lama-lama orang akan kenal kaki original dengan kaki tiru kaki busuk penuh cekam.

Tujuan berblog mestilah dengan tujuan murni. Bukan untuk sebar fitnah, bukan untuk buat kurang ajar dekat internet mentang-mentang identiti korang anonymous. Bila niat kita baik, berblog untuk berkongsi maklumat, untuk kongsi lawak, untuk hiburkan orang, mestilah orang akan suka. Kan?


Keempat;

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.


Sentiasalah update. Apa barang kerja sebagai Pengurus Blog kalau blog bersawang seminggu tak update-update. Sekurang-kurangnya 1 pos sehari. Jangan pula banyak sangat, sejam sekali ke sebab takut google cop korang sebagai spam pulak nanti.

Okeylah, itu saja dari posmen untuk kali ini. Selamat menjadi blogger kaya ya! Korang tak perlu jadi kaya untuk jadi blogger, tetapi korang boleh jadi blogger untuk jadi kaya. Huhu.



Saturday, September 18, 2010

M Rajoli meninggal dunia - lymphoma


KUALA LUMPUR, Sept 17 — Comedian M. Rajoli died of a brain tumour at Ampang Hospital here tonight. He was 64.
Malaysian Artistes Association (Seniman) president Harun Salim Bachik said M. Rajoli or Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed breathed his last at 10.55pm after battling with the ailment since 2007.
“He was admitted to the hospital last night after developing complications from the brain tumour. His family members were at his bedside when he passed away,” he told Bernama.
He will be buried at the Muslim cemetery in Keramat tomorrow afternoon.
M. Rajoli had an operation on his brain to remove the lymphatic tumour in October 2007, after which he underwent chemotherapy, physiotherapy and radiotherapy treatments at the Kuala Lumpur Hospital.
He was noted as a comedian in drama series and acted in several movies, including “Congkak” and “Lembing Awang Pulang ke Dayang”. — Bernama


Thursday, September 16, 2010

Posmen2u link exchange

Dear readers,

In starting business, we believe collaboration is the most fundamental element. Likewise, in blogging, for us to start alone is difficult unless we do collaboration. The most effective collaboration in blogging is by exchanging link.

For bloggers with higher Google PR, they come to a blog with selling attitude which we, bloggers with lower PR, must give them something to earn their blog space for our link. Some demand for money. Well, this blog has not generated any money for that purpose.

Therefore, here, I welcome everybody to exchange link with me. We write, we share. We share friends and from there we share our knowledge. And if you are serious in blogging, you have to take this seriously. I will try to reach your blogs and invite you here. But if you happen to be here before that, appreciate you can put your link in the comment box below. I will publish your link in the front page, and hoping you to link me back.

We are on the web, and well, you know, the 'web' is a structure that support each other. I support you, you support me. That's how we are going to do it.

Feel free to leave your link in my comment box, I will link you provided you link me back.

Thanks,
Posmen.