Kategori Beruk

Tuesday, October 12, 2010

Kuala Lumpur Melaka Express Sdn Bhd (Delima) beri RM1000 kepada keluarga mangsa.

Posmen naik gila sebentar. Semua surat nak hantar besok posmen baling ke pinggir dinding. Tak percaya pendengaran sendiri.


"Waris mangsa boleh menghubungi nombor tertera untuk menuntut wang ehsan tersebut." kata pembaca berita wanita TV3 lagi.

What do you expect? Macam ni ke:

"Hello."
"Hello, syarikat bas Delima Sdn Bhd. Boleh saya bantu?"
"Saya Amri, anak saya meninggal dalam kemalangan tempoh hari. Err... wang seribu ada lagi?"

Kau gila ke apa Vincent Mah? God. Satu hal - seribu? Hal kedua - hubungi nombor tertera untuk tuntut seribu itu? Pemandu bas kamu speeding, diulangi speeding, dan bunuh 12 orang. Take some effort to go for everybody involve, apologize dan bagi sumbangan. 

Langsung tak ada moral value. Yang dah pergi, kita kira takdir dan relakan mereka pergi. Tapi selagi tindakan tak diambil, posmen takut di masa depan akan ada orang yang kita sayang pergi dengan cara yang sama. 

Tindakan perlu diambil. Bawa ke mahkamah. Jual semua bas Delima, bahagi-bahagikan pada semua keluarga mangsa.


No comments: