Kategori Beruk

Tuesday, February 22, 2011

Lawak jijik kisah murid-murid perempuan dan lipstik (pengajaran)

Di sebuah sekolah SBP di daerah Besut, satu fenomena aneh telah timbul di kalangan para pelajar perempuan. Masing-masing muka cun dan cantik, studi pun tak ada masalah tetapi mereka kebelakangan ini dilihat suka buat 'lips mark' dekat cermin tandas.

Lepas selesai make up depan cermin tandas, terus Lisa bawa wajahnya ke depan dan cium cermin untuk tinggal bibir dia kat situ. "Wow, seksi!" Kata Lisa sebelum beredar masuk kelas.

Fasya, kawan Lisa pun macam tu. Kadang-kadang, selepas berak pun, Fasya sempat melencong ke cermin dan cium cermin itu barang sekucup. Lekatlah bentuk mungil bibirnya di situ lalu buat dia bangga akan hal itu.

Cikgu disiplin perempuan, cikgu Wani, dah perasan dah kejadian itu tetapi dia masih diamkan. Selepas beberapa minggu dibiarkan, fenomena itu semakin meruncing apabila cikgu Wani menerima aduan seorang tukang cuci sekolah, Pak Amat.

"Letih dah cikgu, sorang-sorang pakai Maybelline. Depa tenyeh baik punya bibir depa kat cermin tu. Bila kering dia melekat macam gam gajah. Sakit ketiak pakcik nak sental cermin tu satu-satu." kata Pak Amat sambil membuat raut wajah orang dalam kesusahan.

Mendengar keluhan Pak Amat, cikgu Wani lalu memanggil semua pelajar perempuan ke tandas selepas prep. Pak Amat juga ada. Cikgu Wani lalu menasihati semua pelajarnya.

"Kejadah apa korang cium cermin ni semua? Apa dapat?" kata cikgu Wani sambil cekak pinggang.

"Best cikgu, ada kelas gitu bila cermin-cermin ni ada lipstick kitorang." Kata Linda, kawan Fasya. Linda yang berbaju kelawar kemudian sempat ke cermin dan buat lips mark lagi seketol. "Hihi." Dia sengih.

Cikgu Wani geleng kepala. "Macam ni lah, sebenarnya saya kesian dekat Pak Amat ni. Dia yang tiap-tiap hari duk basuh toilet ni, kamu pula buat macam tu, tak kesian kat dia ke?"

"Kesiaannnn..." kata Pak Amat perlahan sambil menongkat di mob.

Budak-budak perempuan yang berpakaian santai (ada juga pakai baju tidur/kelawar) semua cebek kat Pak Amat.

"Kamu tahu tak betapa susahnya nak tanggalkan kesan ni semua?" tanya cikgu Wani tegas. "Baiklah," cikgu Wani berpaling ke arah Pak Amat, "pak Amat, tunjuk kat diorang macam mana susahnya Pak Amat basuh cermin-cermin ni semua selama ini."

"Selama ni, macam ni lah pakcik basuh cermin ni semua." Kata Pak Amat sebelum mengangkat mobnya.

Selepas Pak Amat mendemontrasikan bagaimana dia membasuh cermin tilik itu semua, semua pelajar perempuan di situ diserang histeria. Masing-masing mencari sinki lalu muntah di dalamnya. Muntah hijau punya. Yang tak sempat sambar sinki pula berlarian keluar tandas dan berguling-guling di atas rumput tepi kaki lima tandas. Mereka semua muntah-muntah dan mengutuk Pak Amat tujuh keturunan.

Selepas malam itu, tiada lagi kesan lipstick di cermin tilik tandas. Perkara itu menarik perhatian pengetua sekolah.

"Ehem, cikgu Wani," sapa cikgu Bakar (pengetua) di tepi kantin. "Nak pergi mana? Dah makan?"

"Dah," jawab cikgu Wani.

"Ehem... cantik awak hari ni..." kata cikgu Bakar perlahan.

"Apa?" cikgu Wani buat-buat tak dengar.

"Oh. Ehem, sebenarnya. Saya tengok masalah lipstik di tandas Aspuri dah selesai, awak buat macam mana?" tanya cikgu Bakar sambil sikat janggut pakai jari.

"Oh, itu... mari saya tunjukkan."

Cikgu Wani ajak cikgu Bakar ke tandas Aspuri yang tak jauh dari situ kerana dia nampak kelibat Pak Amat di situ. Dia pun panggil Pak Amat.

"Pak Amat sekejap."

"Ada apa cikgu?" Soal Pak Amat termengah-mengah.

"Ni cikgu Bakar nak pakcik tunjuk macam mana pakcik basuh cermin tandas ni tempoh hari." cikgu Wani sengih.

"Ohh..." Pak Amat sengih. Kemudian dia keluarkan span dan celup ke dalam air sabun dalam bekas Axion, dia pun mula menggosok cermin.

Cikgu Bakar angkat kening. Macam tu je?


Cikgu Wani ke depan. "Bukan Pak Amat, bukan macam tu, tapi seperti yang kita demo depan budak-budak gedik tu tempoh hari."

"Ooooo..." Pak Amat sengih besar. Dia pun ambil mob keramat dia. Kemudian dia celup bebulu kasar mob kaler kelabu tu ke dalam mangkuk tandas. Dia henjut mob tu pat lima kali, kemudian dia angkat. Boleh dilihat cebisan-cebisan kaler kuning melekat di situ. Kemudian dia bawa mob tu ke cermin gaya dan kasi sental cermin tu baik punya.

"Sebab itulah budak-budak tu muntah sampai gelepar hehe." Kata cikgu Wani.


p/s: there are teachers, there are also educators.





1 comment:

Anonymous said...

eee macam kotorrrrrr je adeehhh