Patutlah adik saya tak tahu beza monyet dengan kera. Kera adalah binatang seperti monyet. Monyet adalah binatang seperti kera. haha. Kehadiran beruk, siamang, ungka, babun, orang utan, cimpanzi, gorila, king kong, mawas, cerpelai dan lotong menambah kekeliruan pengetahuan alam dan manusia adik saya.
Masak ler sayo nak terangkan kalo korang percaya cerpelai itu sejenis beruk haha. Carpelai itu orang kelate panggil bokbom, bukan beruk
Bokbom. Cute gileee.
Saya balik kg nanti nak tangkap wat mai kl. sapa nak?
Saya balik kg nanti nak tangkap wat mai kl. sapa nak?
Monyet adalah nama umum untuk keluarga macaca (macaque). Kera pula salah satu daripada jenis-jenis monyet. Begitu juga beruk, siamang, ungka, babun, mawas, orang utan dan lotong. Entry ini untuk bercerita jenis-jenis monyet ini. hehe. Sile usha.
Keluarga beruk, monyet, atau kera ada dua. Pertama, New world monkey dan Old world monkey.
1) Contoh2 beruk 'New world monkey' (Terdiri daripada 5 famili: Callitrichidae, Cebidae, Aotidae, Pitheciidae, dan Atelidae)
Beruk-beruk daripada golongan generasi baru ini lebih kiut, aneh, rare, dan eksotik. Kebanyakannya aku rasa diancam kepupusan.
Emperor Tamarin dari famili Callitrichidae.
Squirrel monkey (monyet tupai) dari famili Cebidae.
Night Monkey (beruk malam) Malam2 dia berjaga kot. Dari famili Aotidae
Titis (monyet titi) dari famili Pitheciidae.
Spidermonkey (beruk labah-labah). Ingat Spiderman je wujud haha. Dari famili Atelidae
2) Contoh2 beruk Old world monkeys di tempat kita.
Orang utan (paling femes) Ko dah femes takyah la aku tulis lebih2 pasal ko kan.
Mawas ape bende tu mawas?
Mawas pula adalah sejenis beruk besar iaitu termasuklah orang utan, cimpanzi dan juga big foot. Big foot saya rasa semacam 'orang mawas' yang dijumpai di Johor dulu2. Tak ada la gambar mawas kat wikipedia.
Mawas pula adalah sejenis beruk besar iaitu termasuklah orang utan, cimpanzi dan juga big foot. Big foot saya rasa semacam 'orang mawas' yang dijumpai di Johor dulu2. Tak ada la gambar mawas kat wikipedia.
Ini Beruk belanda kat Sarawak.
Wow kami lihat gajah... buaya auumm... dan monyet.
Ayah cakap monyet itu hanya ada di sarawak tau. Comel la hidung dia hehe.
Ayah cakap monyet itu hanya ada di sarawak tau. Comel la hidung dia hehe.
Gila ramai kera kat UM. Comel aje. Dah lama diorang masuk UM tak pernah grad hehe. Sapa2 yg tak grad2 tu, bleh la wat kwn.
Ini siamang.
Siamang takde ekor. Tangan dia panjang, pastu pergerakan dia lembam aje macam hidup dia takde masalah hehe. Rilek, cool, and steady.
Dulu saya ada kawan, nama dia *****aman. Orang teganu. Dia paling benci perbualan seperti, "Ish si amang nih. Lembab pe gape!" haha. Setelah menyedari akan hal diri masing2 yg sudah dewasa. Kami mengharamkan 'si' di depan namanya.
Saya pernah nampak siamang yang muka kaler putih itu entah nama apa, siamang pakai fair and lovely kot. haha.
Ini ungka.
Ooo. Siamang yang pakai fair and lovely itu ungka namanya haha.
Nak cerita. Kat kampus USM dulu ada ungka cuma orang tak perasan. Ungka-ungka itu akan sahut menyahut apabila bekalan eletrik putus. "Aaukkk... aauuukkkk... aauukkk... aauukkkk..." akan kedengaran bersahutan dari blok 5 dan 6 (blok asrama lelaki-lelaki yang terputus bekalan letrik tatkala sedang chatting) macam ungka dirasuk setan hahaha.
Nak cerita. Kat kampus USM dulu ada ungka cuma orang tak perasan. Ungka-ungka itu akan sahut menyahut apabila bekalan eletrik putus. "Aaukkk... aauuukkkk... aauukkk... aauukkkk..." akan kedengaran bersahutan dari blok 5 dan 6 (blok asrama lelaki-lelaki yang terputus bekalan letrik tatkala sedang chatting) macam ungka dirasuk setan hahaha.
Ini pula beruk.
Ensem kan? Nama english dia pig-tail macaque. Panggil aje beruk. Dia tak kesah sebab memang dia beruk haha. Ekor dia pendek bengkok macam ekor babi ke? Entah tak pernah teliti ekor itu babi. Tapi orang bila tengok beruk dari belakang orang takkan perati ekor dia tapi bontot pink dia haha. Macam bentuk 'love' kan. Itulah asal cinta monyet (baca: beruk) kot hehe. Pekerjaan utama beruk adalah memetik kelapa, buah pinang, petai, dan juga rambutan.
3) Beruk adalah antara spisis monyet yang masih berevolusi sehingga kini menghasilkan spisis baru iaitu:
(1) Berukben
b=beruk
Berukband mula dikenali di kalangan pelayar-pelayar internet Malaysia selepas mendapati internet provider yang mereka subscribe cakap berapi tapi line internet slow macam tahi sembelit haha. Berukband adalah spisis beruk paling kecil setakat ini dan punyai lampu macam ultraman. Kalau dia menyala kelip2 haa... tengah sembelit la tu hahaha. Oleh kerana istilah 'beruk' lebih comel daripada istilah British seperti f*ck, s*ck, atau gampang dalam istilah Indonesia, maka diterimaramailah istilah keji itu iaitu "berukband".
(2) Beruk jalanan
picture credit: http://khaisyakirin.files.wordpress.com
Beruk ini lahir di pentas ceramah politik, yang terus menjadikan spisis ini spisis terbaru beruk iaitu dipanggil "seperti beruk-beruk di jalanan." oleh seorang 'geologis' politik terkenal suatu masa dahulu yang kini dikenali sebagai khairuk. Mungkin memandangkan spisis ini amat tera menunggang bukan lagi memanjat, mula-mula menunggang motor macam beruk tak pedulik nyawa anak orang, keduanya dia tera menunggang anak perempuan orang tak pedulik ape kejadahnya syurga neraka itu. Oleh sebab itu, amat sesuailah digolongkan spisis ini dalam famili Macaca Rempitus Bahlolius atau nama biasanya "beruk-beruk di jalanan."
(3) Beruk mat yeh
"Woi Beruk! Itu duit aku tu beruk mat yeh!" <-- sila jangan bersuara seperti ini ya, xcun ler :)
Sapa kenal mat yeh? Sile bagi tahu hehe sebab saya tak tahu.
kredit: kubakoya.com.
Picture credits: Wikipedia.
No comments:
Post a Comment