Kategori Beruk

Saturday, January 28, 2012

Gambar T Shirt paling mahal dalam dunia. RM1.2 juta sehelai. [1pic]


Who the fuck is going to buy this T shit for RM1,200,000.

Faktap berkenaan T Shirt ini -

1- tak ada variation color, hitam je.
2- dibuat seluruhnya menggunakan renewable energy
3 - 100% cotton.
4 - 16 biji mutiara, 8 putih yg berkilau tu, 8 lagi mutiara hitam
5 - Lepas beli, tak boleh return & refund.
6 - Waranti 1 tahun
7 - Free of charge shipping to all places.

Ini semua statement di website dia. Aku tak tahulah sapa la yang gila nak beli t shirt bodoh ni. Jual T shirt sejuta pun cakap free pos, mcm la jutawan tu kesah pos 20hingget. Mcm jual tudung online je mangkuk-mangkuk ni. Manufacture using 100% renewable energy hahahaha. ada aku kesah? hahahaha.

Fake!




Friday, January 27, 2012

Baby VS Snake. Bayi Israel berumur setahun gigit kepala ular sampai putus. [breaking]

BREAKING NEWS - Israel: Imad Gadir, 1 tahun baru usianya, tapi terorist tahap Yahudi. Okey, dia memang berbangsa Yahudi. Cute little baby. Apa yang kita bayangkan seorang bayi jumpa ular, baby dan ular akan sama-sama melarikan diri. Tapi Imad Gadir tak.

Dia tangkap ular sepanjang 35 itu, dan gigit kepala ular itu sampai putus! Naturally born terorist.

Imad Gadir dan pak dia dan mayat ular


Mak Imad Gadir, Shaheen Shaheen, masa tengok anak dia gigit ular tu, dia dah menjerit gila babi. Dia panik, dan ke dapur nak ambil susu. Bila dia kembali kepada Imad, budak kecik tersebut kelihatan sudah mula mengunyah ular tersebut penuh berselera.

Kata Shaheen Shaheen, memang nama dia repeating dua kali bukan typo, "Imad ingat ular tu mainan gigit-gigit. Sebab tu dia gigit."

Eli Cohen, pakar binatang perosak kata, "Ia ular coin, tak beracun. Ular itu masih berusia tiga tahun, dan sifatnya membelit mangsa untuk makan (macam ular sawa). Kalau ular tu besar, Imad Gadir mungkin KO."

- sumber (ynetnews)



LOLLSS - haha. Ilusi mata terbaik untuk latihan menjulingkan mata. Julingkan mata anda untuk melihat seorang lelaki dalam gambar. [1pic]



Student yang jual Baucer Buku 1 Malaysia pemberian Najib boleh dipenjarakan, bontot pula disebat kaw kaw. [breaking]


BREAKING NEWS - Malaysia: Pelajar Universiti, tapi masih ada mentaliti vandalisme. Patutlah tandas U pun bau bangkai. Para pelajar cerdik pandai yang didapati menjual Baucer Buku 1Malaysia pemberian Najib, hari ini dilaporkan akan dipenjarakan 5 tahun, selain denda dan sebatan jika disabitkan kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Curang tu beb haha.

Menurut Asisten Komisioner Abdul Razak Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Kami cuba search Mudah.my tadi untuk cari baucer buku tu ada lagi ke tak, tapi tak ada pun. Tau takut. - (sumber berita harian.)

Thailand, pencuri ditangkap bersama hampir 10,000 spender perempuan. Gambar spender disertakan. [breaking][6pics]

BREAKING PANTIES - Thailand: Seorang pencuri spender telah ditangkap ketika pecah masuk sebuah pusat membeli belah di Bangkok, lapor Daily Chilli. Pencuri bangang itu berumur 48 tahun.

Dia pula mengaku hobi keji itu bermula semenjak dia berumur lapan belas tahun. Beb, dah 20 tahun jadi pencuri seluar dalam perempuan, macam mana boleh kantoi ni?

Dia yang ditangkap bersama-sama 10,000 helai seluar dalam perempuan dilaporkan mempunyai penyakit sawan spender, atau nama saintifik dia panties-kisser-son-of-a. Kalau tidak dapat hidu seluar dalam perempuan sehari, dia akan mengalami gejala sawan paru-paru.

Justeru, paru-parunya mesti diberi sedutan angin bau spender perempuan setiap waktu. Kata pak polis, Major Jeneral Saroj Promcharoen, "Pencuri itu sentiasa menghidu spender koleksinya itu walaupun ketika sedang memandu."

Ini antara koleksi spender perempuan yang sempat kami jumpai.

panties