Kategori Beruk

Showing posts with label Fauja singh. Show all posts
Showing posts with label Fauja singh. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Rekod Fauja Singh tak pernah diiktiraf Guiness World of Record. Kasarnya berbunyi, "Orang tua syok sendiri." [breaking]

BREAKING NEWS - London: Fauja Singh, lelaki berusia 100 tahun menetap di London, yang telah menamatkan marathon 42km dengan penuh populariti di Toronto sebenarnya tidak pernah diiktirafkan rekodnya oleh Guiness World of Record (GWR).


Faceberuk pernah mengulas larian beliau yang dihabiskan dalam jangka masa 8jam, 25 minit, 16 saat pada post lepas, tetapi kami lupa untuk meminta maklum balas daripada pihak GWR sendiri.

Namun GWR telah terlebih dahulu memberitahu TOI, Times of India, bahawa pihak mereka memang mengkagumi pak syeikh sikh yang masih larat bermarathon dalam usia sebegitu, tetapi mereka tak boleh nak iktiraf rekod yang dicadangkan pihak Fauja Singh itu sebab... 

"Atuk kau takde surat beranak ori oit!"

Sebegitu bunyinya secara sinis. Fauja gagal tambat hati GWR sebab tidak mampu melampirkan salinan surat beranaknya bersama permohonan rekod "dunia lelaki tertua menghabiskan marathon 42km". Akibatnya, semua acara pemecahan rekodnya tak pernah diakui.

Fauja Singh, pernah bekerja sebagai seorang petani di Punjab, berpindah ke Britain pada 1992, melampirkan salinan pasport sebagai bukti umurnya. Di passport itu tertera 1 April 1911 sebagai D.O.B miliknya, tetapi pihak Guiness World of Record tetap mahukan salinan sijil kelahiran.

Passport tak dilayan.

Menurut trainer Singh, Hermander Singh, semasa pak Singh dilahirkan surat beranak tak wujud lagi. Main beranak saja, main agak-agak umur. Jadi pihak Singh seterusnya meberikan GWR surat pengesahan dari kerajaan India mengatakan tiada rekod kelahiran dibuat pada tahun 1911 di India, tetapi GWR tetap tak mahu tunduk. No way.

Pihak Fauja Singh masih tak berpuas hati, mereka memberikan pula sebuah mesej daripada Queen Elizabeth II yang mengucapkan tahniah kepada Singh di hari lahir ke 100, tetapi ini turut ditolak.

Selepas ini apa lagi usaha mereka, Faceberuk masih belum terima update. Jika ada, kami akan bawakan secara santai kepada anda-anda semua. Jangan lupa untuk simpan sijil beranak anda elok-elok jika mahu buat rekod berkaitan umur nanti. Okey? (sumber: TOI)


Monday, October 17, 2011

Pak Singh berumur 100 tahun menamatkan 42km larian, pemuda 27 tahun pula mati 300 meter dari garisan penamat.

BREAKFREAK NEWS - Toronto: Anda pasti kenal Fauja Singh selepas anda melihat wajah berjambang beliau di TV3 semalam. Semalam, Fauja yang berumur 100 tahun berjaya jadi kaki marathon paling tua dalam sejarah apabila menghabiskan larian sejauh 42km dalam mada lapan jam, sebelas minit dan lima perpuluhan sembilan saat. 8 jam, 11 minit, 5.9 saat. Kalau dizoom tepat seurat jambangnya cecah finishing line, mungkin ianya 5.889 saat. Damn.

Walaupun menamatkan lariannya di kedudukan terakhir sekali, maklum la atuk dah tua, tapi dia tetap berbangga dengan pencapaiannya.

Namun apa yg tidak dilaporkan adalah, ketika atuk Singh menghabiskan lariannya, seorang lelaki lain berumur 27 tahun pula tersungkur 300 meter dari garisan penamat. Apabila dihantar ke hospital, lelaki itu sudah meninggal dan disahkan doktor akibat sakit jantung.

That is soooo freaking contrary.

Kami tak tahu siasatan kematiannya secara terperinci, tetapi secara perbandingan pada kejadian yang cukup contrast itu, anda perlu mengikuti saranan Fauja Singh untuk hidup sihat yang lama.

fauja singh

Fauja Singh berkata untuk kekal cergas di usia lewat itu, rahsianya adalah dia mengamalkan makanan vegetarian, tea, roti bakar dan kari saja. Hear that? To live longer, guys, forget your crunchy Mr Potato, forget your sweet horny beer, forget your smoky heaven Dunhill, forget your juicy grilled pork, and even forget your Nyotaimori, tuna, pizza, and all stuff you commonly eat unconciously.

Will you?

Man. Either to live 1000 years as an oak tree, or live one day as a god; you choose. (sumber berita)