Kategori Beruk

Showing posts with label Yue Yue. Show all posts
Showing posts with label Yue Yue. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Candle Light Vigils. Nyalaan lilin beramai-ramai untuk Yue Yue. [6pics]

Semalam, sekitar 200 orang berkumpul di pasar perkakas di Foshan, untuk memberi tribute khas buat arwah Yue Yue, atau nama sebenarnya Wang Yue. Di bandar-bandar utama lain, 'candlelit vigil' iaitu aktiviti menyalakan lilin di waktu malam secara pukal untuk mengingati sesuatu tragedi atau kehilangan, turut diadakan.

Di Foshan, mereka yang berkumpul betul-betul di spot Yue Yue digilis 2 kali, memulakan acara dengan berdiri diam dalam seminit, sebelum mereka beramai-ramai mengalunkan doa yang kami cuba translate berbunyi macam gini:
"Telah berlalu satu waktu remangan roma dirasai seluruh negara dan luka itu menjadi luka setiap orang. Jika kami yang berada di situ pada hari itu, kami akan berhenti dan membawa adik kecil itu ke pinggir. Kami akan tolong dia, menjerit minta tolong, telefon talian kecemasan dan melindunginya. Kami takkan komplen sistem perundangan yang mandul atau keruntuhan moraliti, kerana bermula dengan kami, kami akan sebarkan kasih sayang dan mengusir sikap tak bertanggungjawab."

A candlelight vigil for Yueyue (her full name was Wang Yue/王悦), at Nanhua University in Hengyang, Hunan.


Jambangan bunga diletakkan tepat di tempat Yue Yue dilanggar.


Maksud: Little Yueyue, walk the road well... Heaven is cold


Sudah pasti, dalam tahun 2011 ini, kisah tragis Yue Yue akan menjadi tragedi kemanusiaan yang paling diingati rakyat China. (sumber)


Friday, October 21, 2011

Yue Yue, meninggal. [breaking]


Takziah untuk semua. Untuk semua yang mengikuti cerita kemanusiaan paling menerujakan abad ini. Takziah kepada semua bloggers Malaysia yang saling sama-sama update kisah tragis Yue Yue

Yue Yue, yang digilis dua kali dan dibiarkan oleh 18 orang yang lalu, telah meninggal tengah malam tadi waktu tempatan.

Tujuh hari dalam ICU, guna military experts dan pakar persendirian, tak mampu untuk pulihkan sistem Yue Yue yang rosak teruk akibat perbuatan dua orang manusia celaka yg bawak lori dan van. May this curse them to the end of their life.

Yue yue, walaupun dilaporkan stabil oleh media pro government, sebenarnya dah 'brain dead' semenjak dimasukkan ke ICU. Life support machine saja dia punya talian hayat. So, last night, akibat daripada otak yang sudah mati keseluruhannya, semua organ penting turut shut down. 

Rest in peace, girl. Al-fatihah. (sumber)