Dr Jism tiada cop Sirim!
Beritahu Metro hari ini. Periuk nasi aku rege RM100 lebih pun ada cop SIRIM. Takkanlah Dr Jism rege nam tujuh ribu tak ada. Takkan la kott... takkan laaa...
Kini, ada alternatif lain untuk mendapatkan rawatan cas elektrik secara percuma. Yeah!! Tak payah pening-pening kepala nak pasang downline, tak payah pening-pening kepala nak keluarkan RM13,000 untuk sebuah produk elektrik yang tak ada akuan SIRIM. Hanya lentangkan diri anda merentasi sebuah rel keretapi elektrik, sepertimana yang dilakukan oleh orang Jakarta, Indonesia ini. Memang seru habis! Di akhir gambar, aku sertakan sebuah video mengulas kebaikan-kebaikan terapi rel keretapi ini. Hehe.
Mulanya seorang lelaki Cina yang menderita penyakit stroke mahu membunuh diri dengan cara baring atas rel, berharap bila keretapi lenyek dada dan bontot dia, tak adalah rasa sakit sangat kematian itu. Tapi yang jadi pelik, tak jadi mati dia bahkan sembuh pula!
Dipercayai sembuh stroke itu akibat direnjat elektrik rel keretapi.
"Walaupun berbahaya, rawatan itu lebih berkesan. Dia juga tak mengatakan dia tak mampu membeli peralatan yang mahal..."
"Dinamakan terapi elektrik..."
Keh keh keh... kalau dah tak mampu nak beli Dr Jism tu korang boleh la ke sini...
Sementara menunggu tren yang cancel, lewat dan batal tu, boleh la kasi terapi lestrik barang sepam dua. Ada berani?
(sumber)
2 comments:
Kekekekeh sengal tau
But true
Like patploh kali beruk oiii
Dr jism dah ada sirim skrg.
Post a Comment