Kategori Beruk

Thursday, August 26, 2010

Carefour Malaysia cakap 'Sini sudah tara boleh cari makan.'

Ada orang sebut k4, sebut betul-betul adalah ka-fu. Sebutan Perancis barangkali.

Posmen suka ke Carefour Subang, selain parking free yang mana selepas parking boleh menjalar ke Subang Parade, Carefour juga murah. Lagipun, Posmen dah kenal susun atur barang-barang dalam tu jadi tak perlu pening kepala nak selongkar satu-satu cari berus gigi.

Akan tetapi, mengejutkan apabila pasaraya besar dari Perancis itu akan keluar dari Malaysia, juga dari Singapore dan Thailand. Semua aset ini akan dipindahkan ke India, bersaing dengan Wal Mart India.

Ayoo... In Carefour eyes, we've loss to Indian capati maker.

Kalau dahulu India dikenali sebagai negara rasuah dan mempunyai gap yang sangat besar antara golongan kaya dan golongan merempat, kini Carefour telah mengesan di sana telah berlaku pengembangan populasi 'middle class' yang sangat aggresif. Posmen fikir mungkin kerana pertambahan mendadak golongan tenaga mahir dan separa mahir dalam bidang telekomunikasi, pemprosesan makanan, textile, kimia juga IT.

Especially dalam bidang IT, posmen rasa India sedang leading.

Golongan middle class di India ini merupakan sejenis manusia yang kuat kerja dan kuat makan. Di antara 1.5 bilion populasi India, 350 juta adalah warga berpendapatan pertengahan seperti jurutera, doktor, peguam dan penebar roti canai yang mana mereka ini mempunyai selera kerbau dan juga kuasa shopping yang lebih gila babi berbanding rakyat 1Malaysia yang suka 'window shopping' sahaja. Mereka inilah yang membentuk satu 'potential market' yang cukup besar.

Nampaknya kita, Singapore dan Thailand telah ditewaskan India. Carefour pun dah nak cabut. Selepas ini pula siapa, Tesco? Jusco? Giant pun?

First branch Carefour akan buka di Seelampur, New Delhi bulan depan. Harap-harap Carefour tidak mengekalkan polisi parking free di sana kerana mereka cukup kaya untuk bayar parking, bolehlah Carefour buat side income di situ.

Sumber: The Star, Business TimesBernama, Livemint.




Ketam melayu VS ketam Cina

Ketam Melayu & ketam Cina ada benarnya....

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?  
 

Cina: Ada ...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?  
 

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina....... sana dalam bekas tak ada tutup...ketam melayu la....  

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasi tutup?  

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?  
 

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.

Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik Lepas tu mula la bergaduh sesama sendiri.

Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semua nak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai







from: email.

Wednesday, August 18, 2010

Sunday, August 15, 2010

Friday, August 13, 2010

Dulu anak buaya gigit kaki, ini mak dia ditemui mati... gila besar!

Masih ingat tak pos posmen dulu akan anak buaya (katanye jerung tetapi sebenarnya buaya) gigit kaki budak yang mandi manda kat pantai Port Dickson. Ngeri gila kalau korang usha kat sini.

2 hb Ogos bebaru ni, orang jumpa mak dia pula meninggal di pinggir pantai Port Dickson juga. Kalau ada mak, mesti ada bapak, kan kan kan?

Korang rasa masih ada lagi ke orang nak mandi di pantai Port Dickson lagi sekarang?










Teks asal berita:


TELUK KEMANG 2 Ogos - Memang benar ada buaya di Port Dickson!

Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.

Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.

Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.

Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.

''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia bersama beberapa rakan yang lain menarik bangkai buaya itu ke pantai selepas yakin reptilia berkenaan sudah tidak bernyawa lagi sebelum menghubungi anggota polis dan orang ramai untuk mengesahkan penemuan bangkai berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lokasi kejadian bertukar menjadi 'pesta' apabila orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan bangkai haiwan itu dari dekat.

Kata mereka, selama tinggal di Port Dickson dan berkunjung ke Tanjung Agas, ini adalah kali pertama reptilia sebesar itu ditemui oleh penduduk.

Bagi Mohd. Farez Mohd. Said, 19, dia percaya reptilia berkenaan datang dari kawasan paya bakau Sungai Linggi dan berada di laut untuk mencari ikan di pesisir pantai.

''Kami memang biasa memancing di situ dan penemuan bangkai buaya ini menakutkan kerana ia besar," katanya.
Bagi Azay Mohd. Safri, 30, pula, dia tidak menduga ada buaya 'tersesat' di laut dan ia boleh mengancam nyawa manusia lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ketika reptilia berkenaan kelaparan.

''Tentulah kami terkejut kerana ada buaya di laut Port Dickson," ujarnya.

Dalam pada itu Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Zafifi Ramli berkata, pihaknya akan menyiasat kewujudan bangkai buaya di Tanjung Agas itu dan punca kematian haiwan itu.

''Kita akan menjalankan kajian terhadap bangkai buaya itu dengan bantuan kakitangan Zoo Melaka," ujarnya. 
 




Thursday, August 12, 2010

Harga ayam naik sempena puasa.


Ini terbukti apabila tinjauan yang dibuat di pasar seluruh negara hari ini mendapati berlaku kenaikan harga ayam antara 30 sen sehingga RM1.30 sekilogram (kg).

Di ALOR SETAR, harga ayam yang pada kebiasaannya sehingga serendah RM5.70 satu kg kini mencapai RM7 menyebabkan pengguna merungut.

''Baru-baru ini saya beli baru RM6.50, tapi hari ini naik mendadak kepada RM7. Saya minta pihak berkuasa buat pemantauan, jangan biar pengguna teraniaya," kata Saniah Ahmad, 42, ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar hari ini.

Sementara itu, peniaga yang ditemui pula mendakwa kenaikan harga ayam berpunca daripada pembekal.
''Saya tiada pilihan dan terpaksa menjual mengikut harga pasaran walaupun mahal," kata Abdul Shukur Darus, 30.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Salleh Ma'amor yang dihubungi berkata, buat masa ini harga ayam ditentukan oleh pasaran.
''KPDNKK menjangka harga ayam akan mengalami kenaikan sehingga RM1 satu kg menjelang Ramadan. Bagaimanapun dua minggu menjelang Aidilfitri, ayam akan dijadikan barang kawalan dan harganya akan terkawal," katanya.

Di KOTA BHARU, harga ayam di Pasar Siti Khadijah dilaporkan telah dinaikkan sebanyak 40 sen sejak dua hari lalu iaitu menjelang umat Islam berpuasa dan kini dijual pada harga RM7 satu kg.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, beberapa peniaga mengakui kenaikan tersebut dibuat semata-mata kerana ketibaan Ramadan.

Seorang peniaga, Alimah Abdul Latif, 52, berkata, sebelum ini dia menjual ayam RM6.60 satu kg dengan harga daripada pemborong ialah sebanyak RM6.30.

''Tetapi dua tiga hari lalu, pemborong naikkan harga ayam kepada RM6.60, kami sebagai peniaga pun terpaksalah menjual lebih tinggi kalau tidak, tiada untung," katanya.

Di PULAU PINANG, tinjauan di Pasar Taman Tun Sardon dan Pasar Bayan Baru mendapati berlaku kenaikan harga ayam sebanyak 30 sen.

Ayam yang sebelum ini dijual pada harga RM7.20 satu kg telah dinaikkan kepada RM7.50 pada hari ini.
Di SEREMBAN, Pengarah KPDNKK negeri, Norashiken Ishak berkata, harga tertinggi bagi satu kg ayam yang siap diproses hari ini adalah RM7.50 berikutan berlakunya permintaan tinggi pada musim perayaan ini.
Kenaikan sehingga 30 sen berbanding harga sebelum ini masih berada dalam paras siling antara RM5 hingga RM7.50 satu kg.

Tinjauan di beberapa pasar di Seremban menunjukkan akibat pengaruh bulan Ramadan dan menjelang perayaan Aidilfitri kelak, ada kecenderungan peniaga menaikkan harga ke paras maksimum yang dibolehkan iaitu RM7.50 satu kg.

Di MELAKA, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, semua peniaga masih mematuhi arahan dengan menjual ayam pada harga antara RM6.90 hingga RM7.20 satu kg.
Menurutnya, berdasarkan pemantauan penguat kuasa sejak semalam mendapati tidak ada laporan berkaitan peniaga menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Di KUANTAN, harga ayam juga masih terkawal apabila ia dijual pada harga biasa iaitu antara RM6.90 hingga RM7.50 sekilogram.

Tinjauan Utusan Malaysia ke Pasar Besar Kuantan hari ini mendapati tidak berlaku kenaikan ketara oleh peniaga ayam di premis berkenaan.

Sementara itu, Pengarah KPDNKK Pahang, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz ketika dihubungi memberitahu, hampir semua kedai runcit dan pasar raya di negeri itu masih menjual ayam pada harga biasa.

Di JOHOR BAHRU, pemantauan di beberapa pasar di negeri itu mendapati ayam masih kekal dijual pada harga antara RM6.60 dan RM7 satu kg dan tiada sebarang kenaikan yang dilaporkan.

Monday, August 02, 2010

Mereka dibakar hidup-hidup - 18SG

Perlukah kita percaya akan video ini? Apakah orang Islam ini begitu kejam? Tidak. Tidak ada dalam mana-mana ajaran agama termasuk Islam untuk hukum manusia dengan cara bakar hidup-hidup.

Mereka ini semua bukan Muslim, dan video ini tidak lain hanya untuk memburukkan Islam di mata masyarakat antarabangsa.

Mulanya, posmen tak mahu nak share. Sebab video ini sangat buruk. Tetapi, untuk pengetahuan semua, ini video yang posmen maksudkan.


18SG