Kategori Beruk

Saturday, November 06, 2010

Nancy Ajram - Fi Hagat



 

aku suka video ni. video nancy ajram. bukan sebab dia cun, tapi aku suka emosi mereka. nak bekeluarga itu bukan senang, tapi tak cuba tak tahu. kan?

enjoy...


Tuesday, October 26, 2010

Cerita apa? - Takers

Takers, posmen tengok dalam keadaan mamai mahu tidur. Gile penat dowh. tapi apakan daya sebab tiket free, gagahi juga untuk buntangkan mata depan skrin besar GSC.

Dah la dapat seat depan. haih, sakit leher.

Cerita takers berkonsep biasa, senang diduga dan kelihatan bajet dikeluarkan tak seberapa. Straight forward story.

Menggunakan teknik kamera amatur ketika adegan pantas buat kepala makin kepeningan. Teknik sebegitu mmg posmen tak suka semenjak dulu, lebih2 lagi kalau dah menonton kat depan sekali. Pening!

Cerita mengisahkan sepasukan perompak professional dan tak tembak polis. Mereka menjalankan rompakan dengan baik sekali dan tektikal. Selepas satu rompakan berjaya dilakukan dengan menculik helikopter Harian Metro, diorang pun tiba-tiba disogok lagi oleh seorang rakan mereka yang baru keluar daripada penjara utnuk merompak lagi. Kali ni dengan nilai yang lebih besar.

Kat situlah saspens berlaku, kerana perancangan asal sudah tidak menjadi smooth dan masing-masing mulai curigai siapa yang telah mengkhianati plan mereka. Orang rusia kah, ghost kah, polismen ka, atau posmen di simpang Old Trafford?

Itu saja cerita dia. dan kalau filem Jutawan Fakir arahan Prof Razak posmen bagi 4 bintang, filem takers posmen boleh bagi 3 bintang saja.

Sunday, October 24, 2010

First time ever: Nuffnang Premier Screening Ticket!!

Hehe. Posmen dah lama try ejas ticket wayang nuffnang. Banyak dah posmen masuk, 2012, inception, dan lain-lain tapi semua tak berjaya. Samada buat post atau cuma komen di post nuffnang. Hampir-hampir putus asa.

Bukan apa, kalau posmen tak keje jadi posmen, nescaya posmen akan ada banyak masa dan duit untuk gi panggung wayang. Jadi, ini peluang keemasan posmen untuk layan screen gila babi besar dekat GSC MidValley!

Untuk pertama kali dalam sejarah berblogging dengan Nuffnang, posmen akhirnya kena invite Premier Screening GSC filem Takers. Malam besok. Dia bagi 2 pasang tiket, jadi posmen dah ajak kawan special tonton sekali.



Jangan tanya sapa na. Yang pasti dia lelaki hehe. Gay? Woi, celupar haha. Dia teman baik posmen, sebab dulu dia pernah belanja posmen buka pose di hotel mahal-mahal, jadi sekarang kita balas budi la. Apala sangat yang posmen ada, tiket wayang free aje lah untuk dia huhu.

Korang pon pergi tak? Jumpa di sana nanti ya!

p/s: Oh ya, lepas tengok besok, boleh la buat review seketul... :)



Friday, October 15, 2010

Boleh book sekarang - Proton Inspira, apa yang korang boleh dapat?

Boleh dapat sebijik Evo ten la beb! hehe. posmen tak mampu ler nak pakai kete semewah ni. maklum ler gaji ciput aje.

Apa yg menarik, design yang mengekalkan 80% design mitsubishi. Enjin juga menggunakan teknologi enjin 4B11 yang digunapakai dalam Lancer.

Hmm... harga tu yang buat kelat air liur sikit. Mahai dowh. Waja dulu 60k ja kan? Kopak la posmen kalau mahu beli.






Thursday, October 14, 2010

Tren komuter di Saudi untuk jemaah Haji.


Gambar masa depa tengah test drive.


Mai posmen terai translate berita dalam bahasa London kat bawah. Semua fasiliti transport itu bernilai SR6.5 bilion, duk ada dalam RM6 bilion gitu. 

Dalam sejam 72,000 jemaah haji dia boleh angkut. 

Tapi kalau KTMB yang buat statement ni mampuih posmen nak percaya. KTMB kalau nak operate tren kat saudi kena cari siap-siap perkataan 'tren dibatalkan' dalam bahasa Arab. Mcm cilake punye KTMB komuter.

Panjang 300 meter, sekali masuk 3000 orang. Panjang tuh, kalau komuter baru dalam dekat2 80 meter rasanya. 

Harap2 dapatlah abah posmen naik metro ni nanti. Kalo ada rejeki. InsyaAllah.



ARAB NEWS
Published: Oct 2, 2010 23:44 Updated: Oct 3, 2010 00:33
JEDDAH: The newly established Mashair Railway, which links the holy sites of Mina, Arafat and Muzdalifa with Makkah, will have a 30-day test run before opening to transport domestic and GCC pilgrims during the upcoming Haj season.

Municipal and Rural Affairs Minister Prince Mansour bin Miteb will inspect the railway (also known as the Makkah Metro) on Tuesday to make sure the facility is ready to transport the guests of God. The railway will bring about a dramatic change in pilgrim transportation between the holy sites.

Established at a cost of SR6.5 billion, the new railway will have a capacity to transport 72,000 pilgrims in an hour. Nine stations have been constructed in Arafat, Mina and Muzdalifa, each having three stations. This is the second largest project implemented by the Ministry of Municipal and Rural Affairs after the SR4.5 billion high-tech Jamrat Bridge project in Mina.

Habib Zain Al-Abidine, deputy minister of municipal and rural affairs, said the railway will have 10 trains in the first phase, each with a length of 300 meters. “Each train will carry 3,000 passengers.”

He said Saudi authorities have not yet fixed the fare. “The matter is in the hands of Second Deputy Premier and Minister of Interior Prince Naif, chairman of the Supreme Haj Committee. Once the prince gives his directives, we’ll announce the fare,” he said.

The time for transporting pilgrims from Arafat to Muzdalifa will be reduced to five minutes on the 9th of Dul Hijjah when the faithful will move together from the plain of Arafat to Muzdalifa. And another five minutes will take them from Muzdalifa to Mina on the 10th.

Zain Al-Abidine said the railway would operate throughout the year.
The second phase of the project will link Mashair Railway with the Grand Mosque in Makkah with a station on Umm Al-Qura Road. It will also be linked with the Haramain Railway that connects Makkah with Madinah and Jeddah.

The trains will have a test run covering 6,000 km each before starting regular operations. The first test run took place last Thursday. The railway will have 20 trains in the next stage, each with 12 carriages and each carriage holding 250 passengers. About 20 percent of passengers will be seated while 80 percent will be standing. Trains will have a speed of 80 to 120 km/hour


Wednesday, October 13, 2010

TM Point is too busy playing facebook to serve customer & being extremely rude



KANTOI!!! Hahahahaa...







Sekarang, posmen sampaikan isi email. Dah memang itu kerja posmen, menyampaikan surat menyurat. Korang bacalah ek, pengalaman diorang dengan TMpoint yang awek kaunternya sibuk main facebook.

From email:


Dear all SBM & Head Of TMpoint,
Am again sharing the latest complaint received – based on the customer experience at our TMpoint, this complaint was sent to all the important bodies within the Government and to add ‘pain’ the complainant also enclosed photos to further strengthen the issues.
We are in the midst of investigating (will not ‘jump into conclusion’ yet) BUT importantly I am sharing with all of you, as I always believed ‘ if it may happened to others, chances of happening in your own TMpoint are there.  Extremely, PLEASE IMMEDIATELY DO THE NECESSAY to tidy up your State & TMpoint from the similar virus and let’s hope no more similar cases being reported about us ( TMpoint )
Do monitor from time to time………………..  If you are interested to know which State & TMpoint – buzz me personally.
Share this with all your subordinates in your daily Pep Talk, PLEASE so that they are fully aware, when it comes to customer dissatisfaction, they can go to this level in officiating the complaint.
Regards


**********



Dear ALL,

Despite of the two complaints below (please refer to the mails below if TM is ever concerned about customer satisfaction), I continue to encounter EXTREMELY poor service in TM ………………

I was at the ………….(TMpoint) AGAIN at 1.29pm on 25/8/2010 (Wed) as I did not receive my monthly statements in the last two months. The front desk customer service personnel, ..................(CSR) was being rude and NOT willing to assist as she was too busy playing facebook. She was so engrossed with her facebook that she did not realize that I snapped her photo while she was playing it. She was subsequently stunt when I took the photo of her face. The photos are enclosed for your evidence. As you can see, there are other customers waiting for her to serve.

The matter was brought up to the Team Leader Puan……………(TL)

I cannot believe a national icon GLC like TM with strategic KPIs set by the government could tolerate such service level. In addition, despite of writing to some the key personnel listed in TM annual report, no one take us seriously!!!!!! I hope our beloved Prime Minister is able to get the RIGHT PEOPLE to behave in an ACCOUNTABLE manner before the RAKYAT lost faith totally..... He has make many progressive changes, unfortunately it is disappointing to see that such basic service is still a challenge.

Customer Centricity Perspective KPI "Committed to spend at least 5% of revenue per annum for improvement in quality of customer experience" *Quoted from TM KPI report for 2010-2012 I assumed that the 5% of the revenue is provided for staff to be multitasking by playing facebook and attending to customer at the same time.

By the way, I am not just a RAKYAT Malaysia who paid tax but I am also a responsible TM customer who is trying to pay my streamyx bill despite of not receiving my monthly statement.

I am not here to break anyone's rice bowl but the company should diligently assign the right people as front-liners as it is extremely disturbed to see that a company can BE RUDE to a customer who is trying to pay the bill.


 
Disappointed customer,
Lee Ching Kuan

Gambar terbaru tragedi bas terbalik 10.10.10

Posmen bawak laju pon, posmen naik motor aje. Kalau terlanggar divider jalan, posmen sekor-sekor jatuh dan cedera atau ke kubur terus.

Ini, kau bawak bas, bawa lori, bawa van, consider la orang lain jangan duk memecut tak ingat. Kadang2 bila tgk bas kilang bawak mcm orang gila, posmen rasa geram nak stop kan dia dan panjat tangga driver untuk lepaskan penumbuk barang sebuku. Bodoh punya mentaliti.

Yang terbunuh muda muda pulak tu. Bakal engineer, bakal doktor, bakal guru. Satu kerugian yang besar untuk negara. Kalau ada la pemandu lori ka bas ka tersesat ke blog hina posmen ni, dengaqla posmen nak habaq, bawak la pelan-pelan. Kalau ngantuk jangan la pecut, berhenti dan pekena dunhil sepam dua. Bagi member plak bawak. Sedih sangat kalau dah jadi mcm ni.

Orang dah mati pecah kepala, lagi nak kasi seribu sorang? Dah terlambat dah mangkuk...





























Tuesday, October 12, 2010

Lawak iklan Politik oleh P1, err, P1? Haha. Kelakar Gile!


Awat ni kat belakang sekali ada tulih P1. Jadi, boleh la kalau kita kata ini next P1 punya iklan? Hehe. Apa-apa pun, semoga terhibur dengan lawak kurang asam ini.

Err... rasa-rasa dia nak ajuk cakap sapa? hehe.



Kuala Lumpur Car rent

Useful info if you happen to find rental car in Kuala Lumpur. Have a nice stay.




Do visit: http://www.attsrentacar.com.my/ for more info.



Wireless Hybrid TV by YTL Communication

Tauke besar pada P1 Wimax akan melancarkan Hybrid TV kira-kira tahun depan. Menggabungkan teknologi wireles 4G dan digital TV broadcasting.

YTL Comms dah meterai perjanjian Lesen dan Servis dengan Sezmi Corp kat KL. So, posmen anggap kira jadilah tu. Boleh lah lepas ni kalau nak potong astro pulak. Menyampah betul kalau satu-satu market dimonopoli oleh sebuah provider saja. Ikut suka hati bapak tiri jiran dia saja nak buat apa.

Bila ada kompetitor, barulah kita sebagai pengguna ada choice untuk buat perbandingan. Barulah seimbanga supply dan demand.

TV hybrid baru ni pulak, yang bestnya, korang boleh nonton di TV, lappy, ataupun telefon canggih. Perkgh.

Sumber: business times.

Kuala Lumpur Melaka Express Sdn Bhd (Delima) beri RM1000 kepada keluarga mangsa.

Posmen naik gila sebentar. Semua surat nak hantar besok posmen baling ke pinggir dinding. Tak percaya pendengaran sendiri.


"Waris mangsa boleh menghubungi nombor tertera untuk menuntut wang ehsan tersebut." kata pembaca berita wanita TV3 lagi.

What do you expect? Macam ni ke:

"Hello."
"Hello, syarikat bas Delima Sdn Bhd. Boleh saya bantu?"
"Saya Amri, anak saya meninggal dalam kemalangan tempoh hari. Err... wang seribu ada lagi?"

Kau gila ke apa Vincent Mah? God. Satu hal - seribu? Hal kedua - hubungi nombor tertera untuk tuntut seribu itu? Pemandu bas kamu speeding, diulangi speeding, dan bunuh 12 orang. Take some effort to go for everybody involve, apologize dan bagi sumbangan. 

Langsung tak ada moral value. Yang dah pergi, kita kira takdir dan relakan mereka pergi. Tapi selagi tindakan tak diambil, posmen takut di masa depan akan ada orang yang kita sayang pergi dengan cara yang sama. 

Tindakan perlu diambil. Bawa ke mahkamah. Jual semua bas Delima, bahagi-bahagikan pada semua keluarga mangsa.


Monday, October 11, 2010

A boy hit his son. He 'eat' that boy!

Entry ini bukan entry kelakar tetapi seram. Bila posmen kata ia seram, bermakna ia betul-betul menakutkan, mengerikan dan tidak sesuai ditonton oleh bebudak. Jadi, jangan claim posmen tak cakap pulak okeh. Tak tahu peristiwa ni kat mana, tapi posmen baru dapat daripada kotak email. Layan...







Monday, October 04, 2010

Surat Resign Paling sempoi hehe.


JULIANA BONUS   BT CHE ROSS
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG .
19 DEC 2005

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII... ... ... . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju... . Tersangat BAHAYA... ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja  jugak!!!

 
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter    
    pulakk... ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH

     TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu... . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak

      marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing

     HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!  
 
15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh...Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat...Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! ..baru ada keadilan......Aminnnn

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ... ... ... ... tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya... ... ..  
 IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG... ... ... ... ...

SEKIAN, TERIMA KASIH..



Post special untuk peminat Liverpool wakaka...



Tak tahan posmen tengok sebelum match start, macam2 'scorecast' geng-geng pundit taik kucing tu buat kat EPSN channel. 4 - 0 lah, 3 - 0 lah, 4 - 1 lah. Liverpool 6 - 0 Blackpool pun ada. Oo.. mentang2 la kawan tu baru promoted, korang hentam dia ya.

Sekali kena 2 bijik dengan Black pool. Itu pun cantik punya gol.

Sangat suka hati ini hari haha. Walaupun Man U pun tak bleh nak menang, tapi tak pa la biaq pi la dia.



Jangan masak telur dengan garam.

Telur dadar.

Bila bancuh telur dadar, selalunya posmen taruk garam. Kasi masin la. Tapi tak pula posmen tahu bahawa dengan mencampurkan garam ke dalam telur dan memasaknya, akan ada chemical reaction. Sebab walaupun posmen tak belajar tinggi, tapi posmen tahu melalui rancangan Myth Buster di Astro channel 551 bahawa garam itu adalah sodium chloride. Dan sodium chloride sejenis bahan kimia stabil.

Taruk dalam air panas ke sejuk ke sama aje tahap keterlarutan dia. kan?

Tup tup, hari ni dapat email kata seperti tajuk kat atas. Saranan dia suruh taruk kicap soya saja. Kicap lemak manis kot, sebab kalau kicap masin, pasti tak ada beza sama garam, bukan?

Okey, ini isi email:

Do not put salt before or during cooking the egg .

If you put salt before or during cooking the egg, Metamorphosis (chemical
changed) will happen.
It is Poisonous. So just put soy sauce during cooking the egg or put salt
after the egg is cooked.
Please remind your family and friend.
(See attached file: pic45926.jpg)

Ada attachment. Gambar apakah? Posmen buka, saspen. Bila dah bukak, jadi tertanya-tanya... ape ke hei bubuh gambar translate dalam bahasa Cina haha.





Tuesday, September 28, 2010

I am the top greeny's Digi Angels. Thanks Nuffnang.

Posmen kena invite lagi!

Wokey, kali ini sebab dapat score top 30 kuiz kebersihan alam sekitar tempoh hari. Perkgh mesti best punya. Posmen bajet mesti blogger lain yang dapat ni akan post jugak.

Kali ini get together ini kat Lot 10, ofis Digi. Tak sure apa aktiviti depa nak buat tapi kalau Digi punya aktiviti mesti menarik.

Okey, congrats pada semua Digi angels yang turut serta. Jumpa di sana, atau jumpa di stesen komuter batu tiga. Masalahnya dia cakap kena ada kat situ pukul 1.30 sharp! Cuba cerita komuter mana yang sharp time dia? Jadi faham2 lah nak kena tunggu komuter pukul berapa.



Nak isi minyak di Kelantan make sure pandai kecek kelate.

Kawe balik Kalate tempoh hari, isi minyak. Sekali masa isi minyak tu kawe tergelak bila tengok lawak antarabangsa kat peti pam. Adeh, seb baik kawe ore kelate. Kalau orang luar, sure tak faham.



Monday, September 27, 2010

Bas di China bleh 'kangkang' time jem. Gile ah!

Ini penyelesaian paling baru untuk trafik jem di China. Kita masih terkial-kial dengan LRT dan komuter, diorang dah cipta bas yang kereta boleh lalu bawah dia. Posmen dah pikir idea ni dulu tapi tak tahu nak luah kat sapa. Baru berhajat nak masuk Malaysian Inventors Challenge tapi nampaknya China dah buat lebih dulu daripada posmen. Cis.



Sunday, September 26, 2010

Facebook Poker - Kenapa orang Turki tak pakai nama nabi Muhammad?

Sambil main Farmville masa cuti letih hantar kad raya, posmen dan kawan posmen ada sembang. Baik punya sembang, lalu dia cerita pengalaman dia kat Turki. Holiday katanya. Awek-awek Turki dia cakap toksah cerita buat sakit hati saja sebab lahir kat Malaysia.

Lepas tu, satu hal menarik fasal orang turki ni, dia kata orang Turki tak pakai nama Muhammad walaupun depa Islam. Posmen tanya la 'why?'

Dia cakap sebab depa agungkan Nabi. Kalau depa pakai nama Nabi lepas tu perangai macam enam jahannam pergi urut sana sini, minum arak dan cakap bohong, itu satu perkara yang rosakkan nama Nabi. Jadi, mereka takmo conteng arang di muka Rasulullah, lalu mereka guna Mehmet instead of Muhammad.

Itu dia cerita kat posmen, tipu dia tipulah posmen.

Tapi, semenjak semalam ketika posmen terlanjur di meja Poker di internet, posmen tiba-tiba lihat satu fenomena yang telah membetulkan cerita orang Turki. Inilah gambar yang posmen print screen semalam menunjukkan kenapa orang Turki tak pakai nama 'Muhammad'.




Apa pun nama kita, marilah kita sama-sama jaga maruah agama dengan terlebih dahulu menjaga maruah sendiri. Jadi posmen sebenarnya musykil, main poker kat internet haram ke boleh? Posmen tak pakai duit pun, orang lain posmen tak tahu.



Saturday, September 25, 2010

Dah tengok belum video ni? Nothing on you versi takde gigi hehe.


Jangan pandang belakang congkak 2

Bukan bias, tapi posmen suka filem Ahmad Idham. Setakat ni tak ada lagi filem dia yang buat posmen menyampah sampai merajuk tak mau hantar surat lagi seperti yang terjadi selepas posmen tengok Potret Mistik di GSC skrin bapak punya besar tapi cerita macam.......


HAGHHHAAAMMMM!!


Prof tak prof, kalau tak reti buat filem, buat kueh tepung pelita lagi bagus.

Okey, jangan pandang congkak 2. Posmen tahu ni daripada paper Metro yang posmen baca sebelum lempar ke laman cik Bedah pagi semalam. Kalau jangan pandang belakang congkak first dulu kutip 6 juta lebih, yang ini kita tunggu dan lihat berapa. Yang pasti, filem ni memang posmen dah book.

Walaupun Lisa masih ada, posmen musykil juga kot-kot ketiadaan adik ipar Bung Mokhtar akan mencacatkan filem ni sikit. Sebab dulu posmen rasa watak dipegang Sam si zombie makan ayam tu watak yang paling jadi takut.



Apa-apa hal jom tengok trailer dia dulu, layan.


DiGi iPhone 4 Me



Walawei, i phone 4. So, what's wrong with iphone 3 until they upgrade to iphone 4?

Okay, okey. Frankly, I am not a hand phone geek. So, I do not know the answer for my own question above. Phone is phone, talk and sms, that's it. To play game, I prefer PS3 at home. On the go I don't play video game, makes me dizzy. I also do not use a hand phone to watch movie, the tiny screen will spoil the whole excitement. And to watch movie on the go? Oh please, I need a life, a physical life.

By referring to my way of life above, I really hope to have the iphone and see how it can turn me to be a different person. Hopefully, heh. Will see how an iphone can change me...




Friday, September 24, 2010

Webkl dot net

www.webkl.net

Posmen kenal web ni dulu sebab kat dalam dia ada banyak content panas-panas. Terjebak ke dalamnya apabila posmen klik satu line di google tentang video budak sekolah terlampau.

Selepas bekecimpung lama dalam tu baru posmen tahu, banyak lagi benda2 menarik dalam tu lalu posmen jadi ahli dia sampai la sekarang.

Cuma kebelakangan ini webkl makin suram sehinggalah semalam, posmen mendapati web tu dah dibedah kasi cantik. Orang latest web punya design. Ini tidak, dua tahun sama aje barangnya, poll fasal kalau menang pilihanraya apa anda akan buat dan 3 tahun kat situ tak tukar-tukar haha.

Untuk korang kembangkan rakan maya dan promot blog, mungkin boleh push owner dia, tok aslim, untuk letak blog pinger, korang join lah webkl.net sekarang. Mesti best. Web dah lama, tapi semua dah reset jadi baru. So kita kira baru la ek.

Jom! WEBKL.NET

Wednesday, September 22, 2010

Tips berjaya dengan Nuffnang spesial dari Kosmo!

Berikut adalah petikan-petikan penting yang berjaya posmen cekau daripada Kosmo online. Kalau korang nak kerja sebagai Pengurus Blog dengan gaji RM2000 ~ RM10,000 sebulan, korang mesti baca dengan penuh hati-hati dan khusyuk tau.

Pertama;

"Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan."

Tips pertama adalah trafik. Blog tanpa trafik macam tahi tanpa bau, atau contoh lebih bersih adalah seperti plaza tol tanpa kenderaan lalu lalang. Justeru. Untuk buat duit, trafik mesti kencang. Banyak tips untuk raih trafik search saja dekat google, akan keluar blog-blog femes seperti Justkhai, Arifshah, Kujie, dan Denaihati untuk korang rujuk. Tips paling senang, dah terlanjur korang join nuffnang, poslah entry berkenaan nuffnang banyak-banyak, tentu ramai klik nanti. 

Contoh tajuk sesuai:

Buffered Earning lagi!
Cek kedua nuffnang dah sampai! Yey!
Trafik Nuffnang untuk bulan ini.
Tips berjaya dengan Nuffnang spesial dari Kosmo!

Dan pelbagai lagi tajuk-tajuk yang popular untuk anda pilih. 

Berkenaan buffered earning (BE), berdasarkan pengalaman posmen, bukanlah masuk BE kerana trafik tinggi. Tinggi trafik dapat BE, trafik takdak tak dapat BE. Secara praktikal tak kot. Sebab ada blog posmen yang ciput pun berderet masuk BE yang jana dua tiga posen sekali kempen. BE ini kelihatan seperti spider search engine saja yang masuk berdasarkan keywords and kriteria blog. Selebihnya, tugas kita untuk jana trafik agar BE punya impression and CTR tinggi.


Kedua;

"Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Be unique! Itulah short term nya. Apa main tiru-tiru, cuba kalau Power Rangers tiru costume Ultraman agak-agak Power Rangers itu akan femes sampai sekarang tidak?

Jadi, untuk jadi blogger berjaya, korang mestilah unik. Punya gaya olahan bahasa sendiri, tak perlu nak tiru-tiru blogger yang dah femes dengan cara mereka. 

Ingat, hanya yang unik saja akan berjaya terbang tinggi mengalahkan yang biasa-biasa.


Ketiga;

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.

Rasanya ramai aje posmen tengok blog yang wujud cuma untuk cari duit mudah. Taklah mudah, kecuali mereka rasa mudah untuk copy paste kerja orang. Posmen copy paste daripada email yo, penat yo, susah yo! Demi korang, posmen buat juga. Yang tipu tu yang tak best, cilok hasil kerja orang publish atas nama sendiri. Mungkin dapat juga duit, tetapi tak ke mana sebab lama-lama orang akan kenal kaki original dengan kaki tiru kaki busuk penuh cekam.

Tujuan berblog mestilah dengan tujuan murni. Bukan untuk sebar fitnah, bukan untuk buat kurang ajar dekat internet mentang-mentang identiti korang anonymous. Bila niat kita baik, berblog untuk berkongsi maklumat, untuk kongsi lawak, untuk hiburkan orang, mestilah orang akan suka. Kan?


Keempat;

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.


Sentiasalah update. Apa barang kerja sebagai Pengurus Blog kalau blog bersawang seminggu tak update-update. Sekurang-kurangnya 1 pos sehari. Jangan pula banyak sangat, sejam sekali ke sebab takut google cop korang sebagai spam pulak nanti.

Okeylah, itu saja dari posmen untuk kali ini. Selamat menjadi blogger kaya ya! Korang tak perlu jadi kaya untuk jadi blogger, tetapi korang boleh jadi blogger untuk jadi kaya. Huhu.



Saturday, September 18, 2010

M Rajoli meninggal dunia - lymphoma


KUALA LUMPUR, Sept 17 — Comedian M. Rajoli died of a brain tumour at Ampang Hospital here tonight. He was 64.
Malaysian Artistes Association (Seniman) president Harun Salim Bachik said M. Rajoli or Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed breathed his last at 10.55pm after battling with the ailment since 2007.
“He was admitted to the hospital last night after developing complications from the brain tumour. His family members were at his bedside when he passed away,” he told Bernama.
He will be buried at the Muslim cemetery in Keramat tomorrow afternoon.
M. Rajoli had an operation on his brain to remove the lymphatic tumour in October 2007, after which he underwent chemotherapy, physiotherapy and radiotherapy treatments at the Kuala Lumpur Hospital.
He was noted as a comedian in drama series and acted in several movies, including “Congkak” and “Lembing Awang Pulang ke Dayang”. — Bernama


Thursday, September 16, 2010

Posmen2u link exchange

Dear readers,

In starting business, we believe collaboration is the most fundamental element. Likewise, in blogging, for us to start alone is difficult unless we do collaboration. The most effective collaboration in blogging is by exchanging link.

For bloggers with higher Google PR, they come to a blog with selling attitude which we, bloggers with lower PR, must give them something to earn their blog space for our link. Some demand for money. Well, this blog has not generated any money for that purpose.

Therefore, here, I welcome everybody to exchange link with me. We write, we share. We share friends and from there we share our knowledge. And if you are serious in blogging, you have to take this seriously. I will try to reach your blogs and invite you here. But if you happen to be here before that, appreciate you can put your link in the comment box below. I will publish your link in the front page, and hoping you to link me back.

We are on the web, and well, you know, the 'web' is a structure that support each other. I support you, you support me. That's how we are going to do it.

Feel free to leave your link in my comment box, I will link you provided you link me back.

Thanks,
Posmen.





Thursday, August 26, 2010

Carefour Malaysia cakap 'Sini sudah tara boleh cari makan.'

Ada orang sebut k4, sebut betul-betul adalah ka-fu. Sebutan Perancis barangkali.

Posmen suka ke Carefour Subang, selain parking free yang mana selepas parking boleh menjalar ke Subang Parade, Carefour juga murah. Lagipun, Posmen dah kenal susun atur barang-barang dalam tu jadi tak perlu pening kepala nak selongkar satu-satu cari berus gigi.

Akan tetapi, mengejutkan apabila pasaraya besar dari Perancis itu akan keluar dari Malaysia, juga dari Singapore dan Thailand. Semua aset ini akan dipindahkan ke India, bersaing dengan Wal Mart India.

Ayoo... In Carefour eyes, we've loss to Indian capati maker.

Kalau dahulu India dikenali sebagai negara rasuah dan mempunyai gap yang sangat besar antara golongan kaya dan golongan merempat, kini Carefour telah mengesan di sana telah berlaku pengembangan populasi 'middle class' yang sangat aggresif. Posmen fikir mungkin kerana pertambahan mendadak golongan tenaga mahir dan separa mahir dalam bidang telekomunikasi, pemprosesan makanan, textile, kimia juga IT.

Especially dalam bidang IT, posmen rasa India sedang leading.

Golongan middle class di India ini merupakan sejenis manusia yang kuat kerja dan kuat makan. Di antara 1.5 bilion populasi India, 350 juta adalah warga berpendapatan pertengahan seperti jurutera, doktor, peguam dan penebar roti canai yang mana mereka ini mempunyai selera kerbau dan juga kuasa shopping yang lebih gila babi berbanding rakyat 1Malaysia yang suka 'window shopping' sahaja. Mereka inilah yang membentuk satu 'potential market' yang cukup besar.

Nampaknya kita, Singapore dan Thailand telah ditewaskan India. Carefour pun dah nak cabut. Selepas ini pula siapa, Tesco? Jusco? Giant pun?

First branch Carefour akan buka di Seelampur, New Delhi bulan depan. Harap-harap Carefour tidak mengekalkan polisi parking free di sana kerana mereka cukup kaya untuk bayar parking, bolehlah Carefour buat side income di situ.

Sumber: The Star, Business TimesBernama, Livemint.




Ketam melayu VS ketam Cina

Ketam Melayu & ketam Cina ada benarnya....

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?  
 

Cina: Ada ...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?  
 

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina....... sana dalam bekas tak ada tutup...ketam melayu la....  

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasi tutup?  

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?  
 

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.

Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik Lepas tu mula la bergaduh sesama sendiri.

Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semua nak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai







from: email.

Wednesday, August 18, 2010

Sunday, August 15, 2010

Friday, August 13, 2010

Dulu anak buaya gigit kaki, ini mak dia ditemui mati... gila besar!

Masih ingat tak pos posmen dulu akan anak buaya (katanye jerung tetapi sebenarnya buaya) gigit kaki budak yang mandi manda kat pantai Port Dickson. Ngeri gila kalau korang usha kat sini.

2 hb Ogos bebaru ni, orang jumpa mak dia pula meninggal di pinggir pantai Port Dickson juga. Kalau ada mak, mesti ada bapak, kan kan kan?

Korang rasa masih ada lagi ke orang nak mandi di pantai Port Dickson lagi sekarang?










Teks asal berita:


TELUK KEMANG 2 Ogos - Memang benar ada buaya di Port Dickson!

Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.

Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.

Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.

Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.

''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia bersama beberapa rakan yang lain menarik bangkai buaya itu ke pantai selepas yakin reptilia berkenaan sudah tidak bernyawa lagi sebelum menghubungi anggota polis dan orang ramai untuk mengesahkan penemuan bangkai berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lokasi kejadian bertukar menjadi 'pesta' apabila orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan bangkai haiwan itu dari dekat.

Kata mereka, selama tinggal di Port Dickson dan berkunjung ke Tanjung Agas, ini adalah kali pertama reptilia sebesar itu ditemui oleh penduduk.

Bagi Mohd. Farez Mohd. Said, 19, dia percaya reptilia berkenaan datang dari kawasan paya bakau Sungai Linggi dan berada di laut untuk mencari ikan di pesisir pantai.

''Kami memang biasa memancing di situ dan penemuan bangkai buaya ini menakutkan kerana ia besar," katanya.
Bagi Azay Mohd. Safri, 30, pula, dia tidak menduga ada buaya 'tersesat' di laut dan ia boleh mengancam nyawa manusia lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ketika reptilia berkenaan kelaparan.

''Tentulah kami terkejut kerana ada buaya di laut Port Dickson," ujarnya.

Dalam pada itu Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Zafifi Ramli berkata, pihaknya akan menyiasat kewujudan bangkai buaya di Tanjung Agas itu dan punca kematian haiwan itu.

''Kita akan menjalankan kajian terhadap bangkai buaya itu dengan bantuan kakitangan Zoo Melaka," ujarnya.