Kategori Beruk

Monday, October 04, 2010

Jangan masak telur dengan garam.

Telur dadar.

Bila bancuh telur dadar, selalunya posmen taruk garam. Kasi masin la. Tapi tak pula posmen tahu bahawa dengan mencampurkan garam ke dalam telur dan memasaknya, akan ada chemical reaction. Sebab walaupun posmen tak belajar tinggi, tapi posmen tahu melalui rancangan Myth Buster di Astro channel 551 bahawa garam itu adalah sodium chloride. Dan sodium chloride sejenis bahan kimia stabil.

Taruk dalam air panas ke sejuk ke sama aje tahap keterlarutan dia. kan?

Tup tup, hari ni dapat email kata seperti tajuk kat atas. Saranan dia suruh taruk kicap soya saja. Kicap lemak manis kot, sebab kalau kicap masin, pasti tak ada beza sama garam, bukan?

Okey, ini isi email:

Do not put salt before or during cooking the egg .

If you put salt before or during cooking the egg, Metamorphosis (chemical
changed) will happen.
It is Poisonous. So just put soy sauce during cooking the egg or put salt
after the egg is cooked.
Please remind your family and friend.
(See attached file: pic45926.jpg)

Ada attachment. Gambar apakah? Posmen buka, saspen. Bila dah bukak, jadi tertanya-tanya... ape ke hei bubuh gambar translate dalam bahasa Cina haha.





No comments: