Kategori Beruk

Wednesday, February 29, 2012

Ketika berita on air, janganlah duk main-main kat belakang. [beruktube]

 

Awkward!
Hahaha.

Gempar! Batang pokok yang tumbang jadi bengkok supaya tak mengenai kereta seorang wali! [3pics]

Kisah yang kami bawakan hari ini lebih hebat daripada kisah budak terjegil matanya di dewan exam yang diberitakan telah mendapat pertolongan Allah ketika tak dapat jawab exam. Rujuk [sini][sini] dan bersepah diriwayatkan dalam google dan facebook.

Cerita seorang penulis faceberuk dapat dari Europe lebih menarik. Kali ini kisah seorang wali keturunan Bani Mu'awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.

Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk installment kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi sebenarnya, dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia sorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.

Satu hari berlaku ribut topan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah 'diselamatkan' oleh malaikat.




Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.

Jadi, marilah kita sama-sama meningkatkan derma supaya hidup kita diberkati. Dan semoga otak kita diberi oksigen secukupnya untuk mengetahui bahawa cerita ini dongengan bangsat semata untuk rendahkan IQ kamu semua. Amin. - sekian.

Tuesday, February 21, 2012

Perempuan terjun bunuh diri lepas hiris kepala suami pakai pisau. [breaking]

Qie Jian Min jatuh dari tingkat 5
BREAKING NEWS - George Town, Penang: Semalam. Qie Jian Min, 37, yang selalu dipukul suami dia, kali ini melawan... dengan pisau. Ketika bergaduh semalam, dia ambil pisau dan menghiris tangan dan kepala suami dia, Ang Sea Hin, 44, sebelum Qie Jian Min bertindak nekad membunuh diri terjun dari tingkat 5.

Terjun atau... hmm... Qie Jian Min ditemui mati di kaki apartment. 

Mereka berdua adalah warga China.

Qie Jian Mie pernah tiga kali keguguran sebelum ini. Ahad lepas wanita malang itu pernah bertanya kepada sekuriti apartment, kat mana balai polis terdekat untuk dia repot suami dia selalu pukul dia. Pak Guard pun beritahu balai polis terdekat. Dan sekitar tengah malam, jiran-jiran selalu dengar wanita itu melolong minta tolong. Pergaduhan pasangan itu lebih kerap selepas setahun lepas wanita itu keguguran buat kali ketiga.

Ang Sea di hospital
Polis klasifikasi kematian itu sebagai mati mengejut, dan menyerahkan kepada kedutaan China untuk tindakan selanjutnya. (sumber)

Seram gila kalau ada bini sakit mental macam ni. Sekali dia pegang pisau, memang nahas ler.



Monday, February 20, 2012

Sunday, February 19, 2012

LOLLS - Seekor lembu pemegang rekod tanduk paling panjang dalam dunia. [1pic]

longest horn steer

2.77 meter.
Tinggi aku 1.78 meter.
Fuuu...