Kategori Beruk

Thursday, February 16, 2012

Rokok elektrik untuk berhenti merokok meletup dalam mulut, muka terbakar, gigi berterabur. [breaking]

EXPLODING NEWS - Florida, US: Tom Holloway, 57, terbakar mukanya dan rongak gigi depannya apabila rokok elektrik yang dia hisap dalam usaha berhenti merokok... kebaaboommm!... meletup.

Ketua balai bomba North Bay berkata, siasatan menunjukkan bateri kepada rokok elektrik itu telah meletup ketika lelaki malang itu melayan rokok palsunya. Ia ibarat sepuntung roket yang dilancarkan dari bibir Tom Holloway. Bukan setakat gigi kapak, Tom juga kehilangan sebahagian dari lidahnya.

Pihak polis masih menyiasat brand rokok yang digunakan Tom. Harapkan rokok elektrik boleh hentikan tabiat merokok tar, tapi meletup pula rokok elektrik itu. Kesian Tom. Rongak dia. (sumber)

No comments: