Kategori Beruk

Friday, August 19, 2011

Kerana dibuang sekolah. Dia buat bom untuk letupkan sekolah.

BREAKING NEWS - It is a freaking bomb! Ini satu lagi bukti kegagalan seorang student genius dibimbing dengan baik. He's goddamn genius.


Ya, freak tapi genius. Bom yang di buat pakai tangan oleh Jared Cano, 17 tahun, bukan bom petrol dalam botol sumbu perca kain seperti yang dirampas beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih2.0. Ini bom sofistikated. Ianya dilengkapi fius, timer, pipe, propellant dan juga shrapnel. Jelas sekali, dia yang sebelum itu telah dibuang sekolah mahu mencipta sejarah berdarah di bumi Tampa, dengan merancang untuk membunuh dua orang bekas guru dia bersama 30 pelajar dalam sebuah dewan di hari pertama sekolah minggu depan.

Ya, kamu tak salah dengar. Bebudak kita paling kuat calar kereta cikgu, tumbuk cikgu. Jared Cano mahu kasi bom terus. "Lesson not learned in blood are soon forgotten." katanya.

Sekali lagi, seperti pattern-pattern remaja bermasalah sebelum ini, pengakuan terakhir buang tebiat sebelum dia melakukan benda 'bersejarah' akan diluahkan di dalam laman sosial. Apa lagi kalau bukan Facebook.  Dengan wall post yang pelik-pelik, tak mustahil peristiwa macam ni menjadi tauladan untuk Mark Elliot Zuckerberg mengambil pendekatan untuk install javascript yang boleh crawl ke wall-wall Facebook remaja dan identify mana-mana remaja yang freakingly ada masalah mental yang deep.

Macam Jared Cano.

Anak pada guru Matematik itu menulis di wall, mungkin semasa rehat sebentar buat bom berbunyi, "i jut [sic] did the dumbest thing ever!".

Ya, the bomb.

"Lessons not learned in blood are soon forgotten." Katanya lagi di wall FB.

That bloody lesson yang dia maksudkan adalah bom buatan sendiri tu bro. Yes, that shit. Peranti letupan yang ada shrapnel dan timer. Macam mana budak yang baru nak ambil SPM boleh buat bom sedemikian canggih Especially shrapnel. Shrapnel adalah internal bullets, seperti bom berangkai yang dilengkapi paku atau bebola peluru yang merembat, mengoyak dan menembusi daging apabila bom meletop.

Untuk install shrapnel ke dalam bom bukan kerja mekanik Brother's bro, apatah lagi budak sekolah menengah yang kantoi macam Jared. Ia memerlukan skill tinggi. Good job.

Jared telah ditangkap selepas polis mendapat info dari orang awam yang tak dikenali. Dia kini dibicarakan.

jared cano
Busted.








No comments: