Kategori Beruk

Thursday, August 25, 2011

Gigi rosak kini boleh tumbuh sendiri. Good news!

Kecuali Mr Bean, selalunya orang kebanyakan takut dengan doktor gigi. Especially bila dengar mesin gerudi pengorek gigi yang bunyi high pitch tu. Seram gila.

Terima kasih kepada Universiti Leeds. Penemuan terkini bakal menyaksikan gigi yang serpih, berlubang atau separuh patah boleh tumbuh kembali menggunakan cecair atau pasta yang boleh merangsang sel-sel putih gigi untuk regenerate sendiri. Tak perlu nak drill. Tak perlu rasa sengal gila babi masa drill enamel rapat dengan detine. Tak perlu juga nak korek dalam-dalam. Hanya sediakan surface dan tampal sejenis cecair di situ, selepas beberapa minggu bahagian gigi yang rosak akan tumbuh balik.

Cecair yang digunakan ialah P 11-4, sejenis peptide-based fluid, yang disapu ke permukaan enamel gigi yang rosak/hilang. Cecair itu akan meresap masuk ke dalam pori mikro enamel yang terbuka akibat asid, dan cecair peptide P11-4 akan membentuk sejenis gel di situ lalu menarik molekul calcium melekap di enamel seperti magnet.

"This may sound too good to be true, but we are essentially helping acid-damaged teeth to regenerate themselves. It is a totally natural non-surgical repair process and is entirely pain-free too," kata Professor Jennifer Kirkham daripada University of Leeds Dental Institute. Beliau bertanggungjawab mengetuai team research teknik baru itu.

Teknik itu telah pun diuji ke atas beberapa batang gigi orang dewasa dan hasilnya sangat mengkagumkan. Peptide P 11-4 bertindak sebagai reverse cavitation dan menutup pori enamel yang rosak dengan baik. 

Menurut Prof Jennifer lagi, "If these results can be repeated on a larger patient group, then I have no doubt whatsoever that in two to three years time this technique will be available for dentists to use in their daily practice. The main reason that people don't go to the dentist regularly is fear. If we can offer a treatment that is completely non-invasive, that doesn't involve a mechanical drill, then we can change that perceived link between dental treatment and pain. This really is more than filling without drilling, this is a novel approach that enables the patients to keep their natural teeth!"

The University of Leeds study is being funded by Switzerland-based start-up credentis AG, which has licensed the technology and plans to introduce P 11-4 to dentists worldwide. 


1 comment:

Nurul Naim said...

Mane nk dapat cecair p 11-4 ni please reply sya berminat....