Kategori Beruk

Saturday, September 25, 2010

Jangan pandang belakang congkak 2

Bukan bias, tapi posmen suka filem Ahmad Idham. Setakat ni tak ada lagi filem dia yang buat posmen menyampah sampai merajuk tak mau hantar surat lagi seperti yang terjadi selepas posmen tengok Potret Mistik di GSC skrin bapak punya besar tapi cerita macam.......


HAGHHHAAAMMMM!!


Prof tak prof, kalau tak reti buat filem, buat kueh tepung pelita lagi bagus.

Okey, jangan pandang congkak 2. Posmen tahu ni daripada paper Metro yang posmen baca sebelum lempar ke laman cik Bedah pagi semalam. Kalau jangan pandang belakang congkak first dulu kutip 6 juta lebih, yang ini kita tunggu dan lihat berapa. Yang pasti, filem ni memang posmen dah book.

Walaupun Lisa masih ada, posmen musykil juga kot-kot ketiadaan adik ipar Bung Mokhtar akan mencacatkan filem ni sikit. Sebab dulu posmen rasa watak dipegang Sam si zombie makan ayam tu watak yang paling jadi takut.



Apa-apa hal jom tengok trailer dia dulu, layan.


No comments: