Kategori Beruk

Tuesday, October 26, 2010

Cerita apa? - Takers

Takers, posmen tengok dalam keadaan mamai mahu tidur. Gile penat dowh. tapi apakan daya sebab tiket free, gagahi juga untuk buntangkan mata depan skrin besar GSC.

Dah la dapat seat depan. haih, sakit leher.

Cerita takers berkonsep biasa, senang diduga dan kelihatan bajet dikeluarkan tak seberapa. Straight forward story.

Menggunakan teknik kamera amatur ketika adegan pantas buat kepala makin kepeningan. Teknik sebegitu mmg posmen tak suka semenjak dulu, lebih2 lagi kalau dah menonton kat depan sekali. Pening!

Cerita mengisahkan sepasukan perompak professional dan tak tembak polis. Mereka menjalankan rompakan dengan baik sekali dan tektikal. Selepas satu rompakan berjaya dilakukan dengan menculik helikopter Harian Metro, diorang pun tiba-tiba disogok lagi oleh seorang rakan mereka yang baru keluar daripada penjara utnuk merompak lagi. Kali ni dengan nilai yang lebih besar.

Kat situlah saspens berlaku, kerana perancangan asal sudah tidak menjadi smooth dan masing-masing mulai curigai siapa yang telah mengkhianati plan mereka. Orang rusia kah, ghost kah, polismen ka, atau posmen di simpang Old Trafford?

Itu saja cerita dia. dan kalau filem Jutawan Fakir arahan Prof Razak posmen bagi 4 bintang, filem takers posmen boleh bagi 3 bintang saja.

1 comment:

Anonymous said...

kampung nya fkiran kau.