Kategori Beruk

Friday, July 29, 2011

Gila! Minum darah isteri untuk kuat.

Lelaki di Madhya Pradesh mendakwa boleh jadi kuat kalau dia minum darah isteri dia. Laporan daripada paper times of India, semalam.

Isteri dia, Deepa Ahirwar, 22 tahun, cakap suaminya akan mengambil darah daripada lengannya guna picagari sebelum isikan darah tersebut dalam gelas dan minum. Perkgh, horror gila. Entah daripada mana suami dia pick up hobi gila-bab tersebut.

Ikut suka dia, kadang-kadang 1 pain. Taruk ice memang layan bila cuaca panas. Apabila membaca berita pelik ini, aku sebenarnya terbayangkan ala-ala dracula gitu, alah Vampire. Mana la tahu ketika bersenggama dia gigit leher isteri dia dan hisap darah, ada nampak kelas sikit. Tapi tak, pakai picagari aje.

Apa pun, hal itu buat Deepa terseksa sebenarnya. Lalu dia lapor ke balai polis, tapi polis pun sebenarnya tak ada kuasa untuk mengambil tindakan sebab bini kan hak laki. Suka hati aku le nak hisap darah ke, hisap apa ke kan kan kan... Sampailah penduduk Shikarpura sendiri membawa perkara ini ke muka pengadilan agar suami Deepa, Mahesh Ahirwar, dihukum atas perbuatan peliknya itu.

(sumber)



1 comment:

W. Hidney said...

ni mesti terpengaruh dengan citer raja bersiung ni. sampai ke india jugak filem2 kita ek hehehe