Di sebuah warung kaki lima, tiga orang sahabat sedang menikmati kopi pagi sambil bercerita tentang perkembangan karier masing-masing. Mereka bertiga memang mempunyai sebuah profesyen yang ampuh sekali.
Johny berkerja sebagai pengurus pemasaran Fedex Malaysia. Bard pula pengurus syarikat DHL cawangan Mongolia. Manakala Mat Nor adalah pengurus besar Pos Malaysia cawangan Brickfield.
"Jadi," Johny menyisip kopi putih, " ekheemmm... macam mana kempen terbaru kau di Mongolia, Bard?"
Bard senyum dengan lesung pipit. Membetul-betulkan tali lehernya. Dia percaya tali lehernya lebih mahal daripada Johny punya. "Hmm... not bad. We've got a lot of challenge to deal with local authorities. But, well, you know DHL. We create solutions!"
Johny ketawa ala korporat, "Wah, bagus. Tapi kat Malaysia, Fedex still number one. That's why kau lari ke Mongolia." Pap! Johny tepuk bahu Mat Nor di sebelahnya yang ralit makan roti canai cicah susu pekat manis, "Betul tak Mat Nor, haha."
Mat Nor angkat muka, "betul betul." Dia kembali tunduk menyuap roti canai. Celaka korang cakap omputih berdesup.
"Alah," Bard memaut jemari tangan meletak kedua siku di atas meja, "we are almost there, wait and see. With 6.5 sigma implementation next month, we will double up our efficiency."
"Really?" Johny buat-buat berminat, "Apa target?"
"For deliveries intra-country, we will promise eight hours delivery time. If later than that, no charge." Bard kemudian senyum bongkak.
Mat Nor angguk-angguk ala-ala kagum. Dalam hati: berlagak macam sial kau ye Bard, dah tak reti cakap Melayu?
"Oh," Johny berbunyi (nama sebenar dia Sani), "Lapan jam. Lembab sangat tu. Kat Malaysia ni, Fedex dah achieve lima jam dah lama." Johny lap-lap mulut yang sedang senyum simpul pakai tisu.
Bard terkesiap, "Oh, tak, aku rasa bukan lapan jam tapi tiga jam." Bard akhirnya cakap Melayu.
"Iye ke..." Johny sengih sinis.
"Bos!" tiba-tiba terdengar satu suara lelaki India dari belakang Mat Nor.
"Ya," jawab Mat Nor.
Lelaki India itu adalah anak buahnya merangkap seorang posmen bernama Ravi. Pergerakan Ravi yang masam mendekati mereka membantutkan perbualan Bard dan Johny.
"Bos," Kata Ravi "ini hari manyak panas, saya mahu minum dulu. Sikit jam lagi saya start itu mottto ayy." Ravi sengih.
"Ravi," Mat Nor senyum, "Ini kawan saya, Bard dari DHL dan Johny dari Fedex. Diorang punya servis, parcel dalam negara, 3 jam hantar sudah sampai. Fuh, Ravi, cuba kamu cerita kita punya motto berapa jam."
"WOooh, itu macam ka?" Ravi tunjuk muka beria-ia.
Bard dan Johny sengih aje.
"Itu tak cukup bagus," kata Ravi lagi.
Bard dan Johny tersentak, bulat mata mereka. Tak cukup bagus?
"Kita punya pos Malaysia lagi cippat, memang sikit pun takbley lawan." Ravi sengih, "Kita punya surat, besok hantar... semalam suda sampai."
Ravi dan Mat Nor kemudian gelak macam orang gila.
1 comment:
Hahah.. Memang laju gile pos malaysia.. Hahaha..
Post a Comment