Kategori Beruk

Monday, January 30, 2012

GOODIES KEPADA WARGAKOTA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH 2012 [breaking]

GOODIES KEPADA WARGAKOTA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH 2012

A. GOODIES DBKL KEPADA WARGAKOTA

1.
Semua kompaun trafik yang dikeluarkan oleh DBKL sebelum 1 Mac 2011 dikenakan kadar sebanyak RM30. Pembayaran boleh dibuat bermula 1 Februari hingga 28 Februari 2012 di lokasi seperti berikut :

i.   Kaunter bayaran di ibu pejabat Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut;
ii.  Kaunter bayaran Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak; dan
iii. Semua kaunter bayaran Pejabat Cawangan DBKL kecuali Pejabat Cawangan Bukit Bintang dan Pejabat Cawangan Titiwangsa.

Nota : Orang awam yang mempunyai Notis Kompaun Trafik untuk tahun 2008, 2009 dan 2010 boleh menyemak status kesalahan di laman web DBKL. Sementara orang awam yang mempunyai Notis Kompaun Trafik tahun 2007 perlu mengemukakan notis kompaun asal semasa membuat bayaran.


2.
Penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan seperti futsal, tenis, badminton, kolam renang, squash, gimnasium, ping pong, padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan gelanggang takraw bermula pada 1 Februari sehingga 7 Februari 2012.


3.
Yuran keahlian percuma untuk semua perpustakaan DBKL sepanjang bulan Februari 2012.


4.
Percuma menaiki bot dan pony ride di Taman Tasik Titiwangsa pada 1 Februari hingga 7 Februari 2012.


5.
Penggunaan tandas awam DBKL secara  percuma mulai 1 Februari hingga 7 Februari 2012.

B. GOODIES DARIPADA PIHAK SWASTA

1.
Menaiki Hop On Hop Off dengan bayaran RM1 pada 1 Februari 2012  untuk pemegang My Kad.


2.
Bayaran masuk RM1 ke Petrosains (utk kanak-kanak sahaja), Taman Rama-Rama dan Taman Burung untuk pemegang My Kad sahaja pada 1 Februari 2012.


3.
Diskaun 30% utk bayaran tiket Aquaria pada 1 Februari 2012.


4.
Bayaran ‘flat rate’ kepada pemegang MyKad iaitu RM 20 (dewasa) dan RM 15 (kanak-kanak) bagi menaiki KL Tower pada 1 Februari 2012.


sumber: dbkl.gov.my - Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Ismail Stapa di emel ismailstapa@dbkl.gov.my atau di talian  : 03-2617 9801.

No comments: