Kategori Beruk

Sunday, July 11, 2010

7 Perkara terlarang dilakukan ketika suami korang tengok world cup

Lihat pada tajuk sudah tahu pesanan saya ini untuk siapa. Ya untuk anda para wanita, para isteri yang budiman. World Cup tinggal dua tiga hari lagi untuk kick off. Laki kamu akan lebih masa di depan TV berbanding katil lepas ini.

Kamu akan dapati dia sentiasa bersila ketat depan TV tengok bola. Boleh nampak tak kaki lelaki itu kadang-kadang bergerak-gerak, dan kadang melibas angin?

Haa... nampak. Itu bukan lagi seorang lelaki tetapi hantu. Hantu bola. Maka menjadi tanggungjawab saya untuk memberi tips-tips ini agar kamu terhindar dari membuat hantu itu mengamuk.

Sepuluh perkara pantang dilakukan ketika si dia sedang ralit tengok world cup:

1) Buat ulasan bola tanpa pengetahuan spesifik lalu kedengaran sangat spastik atau keji sebenarnya. 

Contoh pertama ulasan tersebut, "haha muka pengadil macam Sabri Yunus" ketika pengadil bagi penalti kat team lawan. Contoh2, "Lar apsal la nak kejar bola sebiji tu, kasi la sorang satu." Contoh 3, "Eh corak Jersi dia macam warna langsir orang sebelah laaa." Contoh 4, "HAHAHAHA." Kamu gelak macam hantu kat player yang sedang bergaduh gara-gara team nak kalah. Team itu pula team pujaan laki kamu. Pendek kata kamu gelakkan team laki kamu yang bakal kalah 4-0. Haaa.. jaga-jaga. Tak kena gaya, ada yang makan selipar nanti.

2) Mencuba buat lawak tak cukup intelek (lawak bodoh).

Ketika perlawanan memuncak, emosi lelaki sangat serius. Boleh lihat riak wajahnya yang diterangi cahaya televisyen itu sangat serius macam bos jepun baru rugi 900juta Yen. Maka, di ketika itu, jangan cuba pergi cucuk tulang kering dia dengan hanger sampai dia melompat terkejut/kegelian. Nanti tak fasal-fasal kamu kena makan hanger tersebut. Lawak bodoh ketika perlawanan memuncak menempah bencana. Perkara 1 di atas kadang-kadang termasuk kategori ini juga sebenarnya.

3) Kutuk team pujaan si dia.

Sengaja atau tak sengaja. Sila periksa pasukan manakah yang menjadi kegemaran suami korang. Tak susah, tanya aje. "Abang abang, rasa-rasa World Cup nanti sapa menang?". Sambil-sambil pakaikan tie pun buleh tanya kan. So that, nanti korang tak tersalah kutuk team dia. "Fabregas Spain ke? Patutla lemah..." Sekali tengok jelingan ekor mata suami kamu dah lain macam. Sila beredar sekarang dan bancuh kopi jantan untuk dia cepat-cepat.

4) Perli dia solat tahajud malas tengok world cup rajin.

Ini pedas amat ni kalah wasabi. Jadi, time dia tengah ralit tengok bola tu jangan sesekali kamu cuba naik mimbar baca khutbah atau pasang kaset ceramah Ust Asri bertajuk 'Solat Malam' di sekitar TV tu. Cuba try cari time lain untuk aktiviti amar makruf nahi mungkar itu sebab ketika tengok bola, fikiran orang lelaki ni dia tak berapa nak center. Kalau cukup center dia takkan bakar kerusi stadium yang tak tau apa apa tu.

5) Cuba tarik perhatian si dia untuk ke ranjang.

Faham, malam ni malam Jumaat. Tapi Brazil lawan Argentina tuuu... Atau. Mungkin sebab sebenarnya kamu jeles bila laki kamu tengok bola dengan khusyuk seolah-olah bola itu lebih gebu dari kamu. Sampaikan kamu selak peha kat sebelah dia pun dia buat buat mati pucuk.

Cuba-cubalah bersabar, usah 'usik' dia dulu. Pergi ambil wudhu dan dirikan solat malam. Bukan apa, ketika itu nafsu dia semacam 'temporary malfunction'. Otak dia pun sama. Jadi, sedikit-sedikit kamu kacau dia, dia akan senyum dan tolak dengan baik. Kamu cuba untuk lebih-lebih sikit, dia buat donno. Kalau betul-betul lebih, ada yang nak kena marah nanti. Pasti kamu akan kecewa ditolak suami untuk bersama. Lalu, besok masak tanpa perasaan buat gulai kari kamu rasa macam air garam. Akhirnya suami kamu memilih untuk makan sambil tengok bola kat gerai mamak aje. Kamu berpeluk tubuh sendirian kat rumah. Laki kamu bersorak sama kawan-kawan berpelukan di gerai mamak tengok Messi sumbat gol. Lepas tu tukar-tukar baju tengok ketiak baju dah macam peta Afrika Selatan.

6) Cuba dapatkan pendapat dia berkaitan hal selain hal World Cup.

Contoh, "bang ketiak I makin bucuk la, nak tukar deodorant la. Deodorant apa bagus ek?" Kamu tanya soalan ini ketika dia sedang layan Portugal lawan Jerman. Pasti soalan kamu di jawab sepi. Atau kalau suami kamu sikit mithali dia jawab, "pakai kapur barus aje." sambil matanya tak lepas dari TV.

Serious kukatakan, bila kekhusyukan tonton bola tahap dewa, telinga para suami akan pekak badak, totally disabled. Serious ni. Bukan sebenarnya dia sisihkan kamu sebab kamu kan isteri kesayangan dia, tapi sebenarnya soalan/ngomelan kamu tu tak sampai ke gegendangnya. Kalau sampai pun bunyi dia macam bunyi lebah atau bunyi kucing nak mengawan. Kamu akan perasan soalan ringkas pun boleh buat dia blur nak jawap apa tak tau. Justeru. Hal-hal rumah tangga, perabot baru, kucing tak mau makan, atau apa-apa hal aje, simpanlah terlebih dahulu biar game Portugal vs Germany tu habis dulu. Kalau team Portugal (team pujaan laki kamu) menang, memang waktu terbaik untuk minta langsuir eh langsir baru.

7) Alih siaran.

Haa... ini memang disaster. Mungkin kerana tensen tengok laki kamu bertapa selama seminggu kat depan TV kunyah kuaci, kamu lalu pedajal game dia dengan tukar siaran TV pergi ke Astro Awani. Susuk Christiano Ronaldo tengah gelecek bola bertukar jadi susuk Dr Fadilah Kamsah tengah sengih bagi motivasi. Ketika itu laki kamu pasti akan jadi blur gila babi punya. Lalu kamu kata, "tengok astro awani lagi baiklah. Bermanfaat."

Saya tak sanggup nak cerita kejadian berikutnya sebab kesian.

Okey, cukup 7 dahulu. Yang lain-lain lagi akan disambung nanti kalau ada.... hehe...



No comments: