Kategori Beruk

Thursday, July 15, 2010

Sumpah lawak hahaha. Sketsa paling lawak abad ini!!


Hak penjagaan anak

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Mereka pun pegi ke pejabat agama dan berjumpa kadi untuk meminta nasihat.

Kadi tanye kat isteri tu:
"Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?"

Si isteri tu jawab:
"Saya yang mengandungkan anak tu dan saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya," jawab si isteri dengan penuh emosi.

Si suami terkedu sebab dia tau lepas ni kadi akan tanye dia pulak.
Ahhh.... sudah... mende aku nak goreng kadi ni nanti?


Kadi pun tanye si suami:
"Hah... Kamu, bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela?"

"Tuan kadi, kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, lepas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan, air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

Jawab kadi, "Hak kamu le."

Si suami tu pun berkata:
"Hah... sama le kes ni pun."








Job Interview
 
Reaching the end of a job interview, interviewer asked young engineer who was fresh from college,
" what starting salary you were thinking about?"

the young engineer said,
" around 100K per year, depending on the benefits package."

interviewer said,
" well... what would you say to a package of 4 weeks vacation, 21 days paid annual leave, full medical and dental, company matching retirement fund to 50% of salary, and a company car leased every 2 years - say a BMW 3 series?"

the young engineer sat up straight and said,
" wow!!! are you kidding?"

the interviewer replied,
" yeah, but you started it!! ".





 
MamaLia 



Sepasang suami isteri bertengkar kerana anak mereka yang bernama Lia,nama yang diberikan oleh si suami ketika anaknya baru lahir dahulu.

Mama: Kan saya dah cakap dulu,jangan beri nama anak kita Lia!
Papa:Kenapa? kan nam tu cantik dan sedap didengar?
Mama:Tapi saya yang kena berkorban perasaan. Jiran tetangga di sini selalu memanggil saya..mamalia..mamalia!

 

 
 
Kenapa kakak tak ketawa? 



Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan. Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati, seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.
 
 
Kubur Doktor

 
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggaldunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkansebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacarapengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tuguberbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacarapengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar. Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorangsaja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu.Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul.




***


Posmen pernah baca lawak ini lama dulu. Tapi pengirim email ini nampaknya bersumberkan blog http://arena184.blogspot.com. So, credit goes to arena184.







No comments: