Kategori Beruk

Thursday, November 03, 2011

Penggemar Shark Fins Soup? You are killing the sea. Shark fin market in Taiwan showed it all. [8pics][breaking]

Hasil tangkapan dibawa ke pasar ikan di Taiwan. Selalunya sirip akan dibawa balik tanpa tubuh penuh jerung dan hal ini dipantau pihak berkuasa.
Pendapatan lumayan penjualan sirip jerung menjadi punca pelbagai spesies jerung diancam kepupusan. 73 juta jerung ditangkap setiap tahun, menurut PEW, sedangkan reproduksi jerung adalah perlahan. Manakala kedudukan jerung di puncak rantai makanan bakal mengkucar-kacirkan ekosistem lautan jika spesies karnivor ini pupus.

Jerung ditangkap, of course, untuk diambil siripnya dibuat sup. Taiwan adalah antara negara terbesar melakukan penangkapan jerung untuk dijual sirip. Sepuluh negara top ten pembunuh binatang teratas dalam rantai makanan di populasi laut ini adalah Indonesia, Sepanyol, Taiwan, Argentina, Mexico, Pakistan, USA, Jepun dan... Malaysia.

Malaysia boleh!

Menjelang 2012, undang-undang pemburuan jerung di Taiwan akan diperketatkan dan kami harap imej-imej sadis seperti di bawah akan lenyap. 

Badan jerung yg telah dibuang sirip disebut 'logs'



Yeah. Di Terengganu ada jemuran keropok keping kalau macam ni, tapi di Taiwan pula sirip jerung kering.

 



Sebab terlalu pukal, mereka guna jentolak.
 

Untuk lebih lanjut dan lebih photo, sila rujuk sumber.



No comments: