Kategori Beruk

Saturday, August 06, 2011

China tiada sivik. Hablur mayat baby kering dijadikan ubat kuat!!

Manusia memang dicipta bersifat proaktif dan reaktif. Manusia proaktif mencari masalah. Manusia reaktif pula menyelesaikan masalah yang ditimbulkan manusia yang satu lagi. Namun, dalam mengejar kemajuan kita ada garis panduan untuk dirujuk, bukan main hentam asal boleh.



China membuktikan sekali lagi moral adalah taik. Sivik adalah bulu ketiak, ada masa simpan, ada masa boleh buang. Untuk menghasilkan ubat kuat yang super power, newdaily.co.kr menceritakan bagaimana sebuah TV dokumentari Korea mendedahkan kegiatan sebuah hospital menjual bayi yang dibuang, meninggal atau gugur untuk diproses menjadi hablur ubat kuat secara terperinci.


Apabila hospital di China itu mempunyai kes kematian bayi, staff hospital tersebut akan memberitahu syarikat pengeluar ubat kuat tersebut. Kemudian, pihak syarikat tersebut akan ambil dan simpan dalam peti ais. Peti ais yang macam kat rumah tu aje. Supaya orang tak syak.

Tak boleh simpan lama-lama, hilang khasiat, mereka kemudian memasukkan bayi itu ke dalam pengering microwave oven untuk keringkan jadi keras. Bila dah cukup kering keras ala-ala sebatang tongkat ali, diorang lalu kisarkan jadi hablur.

Kemudian hablur tersebut akan dimuatkan ke dalam kelongsong-kelongsong standard pil seperti di pasaran biasa. Yang mana kebanyakan orang yang menelan tak tahu dalam tu adalah daging bayi kering yang dikisar halus. Kajian makmal menunjukkan 97% bahan dalam pil kuat tersebut memang daging bayi. Feh, menggigil.

Industri lahanat ini sememangnya cukup rahsia, ibu budak yang dikisar itu pun tak tahu. Dan of course,  generate $$$ gila-gila.

Jadi hablur ubat kuat akhirnya untuk kuatkan tang mana aku tak pasti. So, kalau korang terfikir untuk mencuba ubat kuat dari China tu, fikir-fikirlah ya.

Jijik sial.







No comments: