Kategori Beruk

Friday, August 12, 2011

Curi setin makanan kucing. Seorang nenek kena 'banned' seumur hidup.

Shelagh Angell, seorang nenek berumur 85, di banned terus, seumur hidup, daripada memasuki mana-mana cawangan kedai Sainsbury's di UK sebab curi satu tin makanan kucing. Dem... satu tin?

Makcik tersebut mungkin bela ramai kucing barangkali. Kali terakhir, sebelum kena ban, dia pergi ke kedai Sainsbury's adalah untuk beli 6 tin makanan kucing, tapi tersilap ambil tujuh. Maklum ler dah nyanyuk benor kan. Seriusly dia ada sakit Dementia. So dia bayar enam aje lah.

Lepas bayar bil, makcik Shelagh pun layan secawan kopi di kopitiam berdekatan. Tapi selepas bangun untuk blah, tiba-tiba dua orang sekuriti tahan dia. Apalagi menggelabah beliau gaya Mr Bean. Rupanya guard dah lama perhatikan dia. Lepas buat check up, sahlah, dia bayar tak cukup. Di bil ada 6 tin, dalam beg ada 7.

"Apa kes?" Soal guard.

Makcik Shelagh berwajah blur.

Nenek yang sudah menjanda itu pun dipaksa ke bilik manajer untuk soal siasat. Manajer mungkin sedang senggugut tatkala itu. Tanpa timbangrasa, tanpa ada rasa sense of humor, manajer tersebut telah mengharamkan Shelagh daripada memasuki mana-mana cawangan Sainsbury seumur hidup dia. Kalau masuk jugak, sengaja ke atau lupa sebab nyanyuk ke, dia akan dikira penceroboh yang dibolehkan ditangkap polis.


Shelagh adalah bekas jururawat di situ, jadi ahli keluarga dia rasa mmg tak patut nenek diorang diperbuat lagu tu. Bukan itu saja, kebanyakan komen di mail.daily turut melahirkan rasa fucked up. Berharap agar para looter gi serang kedai tersebut habis-habisan walaupun pihak higher level syarikat dah mohon ampun.


Looks like someone is loosing their customers:








1 comment:

Anonymous said...

habeslah semua customer dorg..lol