Kategori Beruk

Thursday, October 20, 2011

Real life CSI. Tahi penjenayah memberi petunjuk kepada penangkapan. We call this... 'shitty CSI episode'. [breaking]

BREAKSHIT NEWS - Vara, Sweden: Sebelum merompak, mereka berdua pergi berak dulu sedas. And know what, akibat daripada kecuaian busuk itu, dua penjenayah jijik terbabit berjaya ditangkap polis.

Kejadian ini bermula apabila dua orang lelaki menyelusup masuk ke sebuah kebun strawberry milik Elof Dahlen untuk merompak. Namun, modus operandi rompakan lelaki itu diselangi iklan. Ya, mereka berhenti sat, duduk celah pokok strawberry tu dan berak beregu. 

Lepas berak, mereka lalu meneruskan operasi rompakan. Mereka merompak duit Elof Dahlen sebanyak RM4,500, beberapa peralatan, dan sebuah kereta; dan mengikat tuan kepada kebun itu. Ketika melarikan diri, mereka melakukan satu lagi kecuaian yang cukup untuk membawa padah.

Kecuaian pertama, berak kat situ.

Kecuaian kedua, taik tu mereka tinggal.

Pasukan CSI Sweden ketika membuat siasatan menjumpai taik mereka dan daripada taik itu pihak CSI berjaya mengekstrak keluar DNA tuan punya dubur. Dan dalam satu operasi, mereka berdua di tahan.- (sumber)


"You got no proof officer, we know nothing about the robbery."
"Maybe you know why your shits were there?"
"That's dog shit."
"Inside that dog shit is your DNA."


No comments: