Kategori Beruk

Wednesday, October 05, 2011

Kesiannn. Koala betina hangit terbakar diselamatkan. Kuatkan semangat. [Breaking]

BREAKING NEWS - Zoo Australia: Kesian. Itu saja yg mampu kami di faceberuk ucapkan bila terdengar berita ngeri ini.

"She was badly injured," kata James Muscillo, pegawai penyelamat Zoo, "Dia cedera teruk. Terbakar seluruh bulunya, paling teruk di sekitar mukanya, mata, telinga... it was just... terrible."

koala terbakar diselamatkan
Rian the survivor
Koala yang berusia lapan tahun itu ada nama. Nama dia Rian. Kala ini dia masih di Hospital Haiwan Liar Zoo Australia, dan keadaannya dilihat akan bertambah pulih walaupun menyayat hati. Dia menderita terbakar bulu dan mungkin turut mengalami rengsa peparu akibat tersedut banyak jelaga.

Dipercayai Rian adalah survivor dalam kebakaran hutan tiga minggu lepas. Dia diselamatkan James Muscillo yang terpaksa memanjat pokok 20m untuk menangkap koala hangit itu yang kelihatan lemah.

Kata James, "Koala adalah binatang babil. Tahan lasak. Ianya satu keajaiban, tetapi terbukti Rian mampu mengharungi kecelakaan itu dan menipu kematiannya. Walaupun buluannya hangit terbakar, mukanya terbakar hingga cedera teruk, tapi dia mampu lagi cari makan dan makan dengan rilek." 

Seolah-olah kejadian bulu terbakar dan aktiviti makan-makan tu dua perkara berbeza.

Rian akan ditahan di wad untuk beberapa bulan sebelum boleh dilepaskan kembali ke Stradbroke Island, habitatnya. - (Sumber: Daily telegraph)



No comments: