Kategori Beruk

Tuesday, October 25, 2011

Candle Light Vigils. Nyalaan lilin beramai-ramai untuk Yue Yue. [6pics]

Semalam, sekitar 200 orang berkumpul di pasar perkakas di Foshan, untuk memberi tribute khas buat arwah Yue Yue, atau nama sebenarnya Wang Yue. Di bandar-bandar utama lain, 'candlelit vigil' iaitu aktiviti menyalakan lilin di waktu malam secara pukal untuk mengingati sesuatu tragedi atau kehilangan, turut diadakan.

Di Foshan, mereka yang berkumpul betul-betul di spot Yue Yue digilis 2 kali, memulakan acara dengan berdiri diam dalam seminit, sebelum mereka beramai-ramai mengalunkan doa yang kami cuba translate berbunyi macam gini:
"Telah berlalu satu waktu remangan roma dirasai seluruh negara dan luka itu menjadi luka setiap orang. Jika kami yang berada di situ pada hari itu, kami akan berhenti dan membawa adik kecil itu ke pinggir. Kami akan tolong dia, menjerit minta tolong, telefon talian kecemasan dan melindunginya. Kami takkan komplen sistem perundangan yang mandul atau keruntuhan moraliti, kerana bermula dengan kami, kami akan sebarkan kasih sayang dan mengusir sikap tak bertanggungjawab."

A candlelight vigil for Yueyue (her full name was Wang Yue/王悦), at Nanhua University in Hengyang, Hunan.


Jambangan bunga diletakkan tepat di tempat Yue Yue dilanggar.


Maksud: Little Yueyue, walk the road well... Heaven is cold


Sudah pasti, dalam tahun 2011 ini, kisah tragis Yue Yue akan menjadi tragedi kemanusiaan yang paling diingati rakyat China. (sumber)


No comments: